Sebelum
Qauthar hela nafas lemah. Matanya ralit merenung setiap kelibat di dalam dewan. Makan sudah, dan sekarang bersambung dengan acara tarian. Qauthar berdecit.
Annoyed.
Dia rasa bosan melihat lautan manusia di hadapannya yang ralit menari waltz. Kepala disengetkan sebelum Qauthar usap belakang leher, cuba hilangkan rasa bosan. Dia tak tahu nak buat apa. Megat sudah ralit menari bersama Ivy, begitu juga dengan rakan-rakan Megat yang lain. Mereka ralit dengan pasangan masing-masing.
Manakala Qauthar hanya membatu di hujung dewan. Bagi Qauthar , cari pasangan adalah perkara melecehkan. Dia malas libatkan diri dengan perkara sebegitu.
Pap.
Bahu Qauthar sedikit naik apabila bahunya ditepuk kasar. Kepala ditoleh sebelum matanya jatuh pada wajah tersenyum Megat. Ivy yang berada di belakang Megat tersenyum lebat dan jelas wajahnya kelihatan merah.
Damn.
Qauthar gigit bibir geram. Dia rasa sesak setiap kali melihat Megat dan Ivy dan dia benci akan perasaan tersebut. Dia rasa lemas.
Lemas dengan perasaan sendiri.
"Kau buat apa dekat sini?" Megat bertanya seraya menyebak rambut hitam pekatnya ke belakang. Wajahnya sedikit berpeluh mungkin kerana baru selesai menari.
Qauthar tayang wajah bosan sebelum menghirup air yang berada di dalam cawan. "Bosan." Sepatah.
Dan itu mampu untuk membuatkan Ivy dan Megat ketawa kecil. Tergeleng kepala mereka dengan jawapan selamba Qauthar.
"Kau tak bawa pasangan ke?"
Dan soalan Ivy dibalas dengan jelingan tajam daripada Qauthar. Ya, dia rasa serabut dengan mereka yang sering bertanya akan soalan tersebut. Salah ke tak bawa pasangan?
Dan Qauthar peluk tubuh bosan. "Tak."
Megat dan Ivy saling berpandangan sebelum mereka hilang kata. Tidak tahu mahu menberi reaksi apa lagi kepada Qauthar. Belum sempat mereka bersuara, Qauthar sudah melangkah pergi. Perlahan Qauthar mencelah di tengah lautan manusia sebelum kaki dituju ke arah pintu keluar. Baru sahaja tangannya hendak membuka pintu utama dewan, dia terdengar satu suara yang dia kenal.
Kepala ditoleh sebelum Qauthar berdecit marah. Dia pandang sekeliling, melihat sekiranya Megat perasan akan adiknya yang diganggu oleh rakan batch mate mereka namun dia hampa. Kelibat Megat langsung tak kelihatan buatkan Qauthar rasa bersalah bila lihat wajah terpaksa Sha yang melayan playboy satu batch dengan dia.
Laju Qauthar melangkah ke arah Sha yang dikerumuni tiga lelaki sebelum, zapp!
Tangan lelaki berambut brunette yang hampir menyentuh Sha direntap kasar. Sha terpaku, begitu juga dengan tiga lelaki yang berada di sekeliling Sha. Si lelaki berambut brunette berubah wajahnya sebaik anak matanya jatuh pada wajah beku Qauthar. Wajah tersebut ketat.
"Apa masalah kau?" Perlahan dia bersuara sebelum tangannya direntap daripada genggaman tangan Qauthar. Alif betulkan blazer yang dipakai sebelum dia melangkah ke belakang apabila Qauthar tarik Sha ke belakang tubuhya.
Sha hilang kata namun dia hanya mengikut. Segera Sha betulkan langkahnya apabila kasar Qauthar tolak tubuhnya ke belakang badan. Tubuh Qauthar yang tinggi buatkan pandangan Sha jatuh pada belakang badannya.
Qauthar hanya diam namun matanya tajam merenung wajah Alif. Tubuhnya yang tinggi buatkan tiga lelaki di hadapan sedikit kecut. Mereka kenal akan Qauthar dan panas baran si lelaki tersebut. Lama Alif berdebat dgn diri sendiri sebelum mengambil keputusan untuk mengalah.
YOU ARE READING
Kerana Aku Percaya (On Hold)
Teen FictionDipaksa melihat ayahnya dibunuh di hadapan mata bukanlah satu pilihan yang baik. Daripada kanak-kanak lelaki yang periang, Akiff Qauthar berubah menjadi seorang yang pendiam. Satu-satunya manusia yang dia percaya, ibunya sanggup membunuh ayahnya di...