"Damn, it's raining." Qauthar hela nafas perlahan sebaik sahaja melangkah keluar daripada kereta Audi. Payung yang dihulur oleh Sha dia sambut sebelum dibuka. Qauthar menunggu Sha keluar daripada kereta sebelum mereka sama-sama melangkah ke arah pagar rumah milik Qauthar.
"Apa yang lama sangat kau berbual dengan driver kau?" Qauthar bertanya perlahan, cuba berbasa-basi. Sha yang berada di bawah payung yang sama mengangkat bahu.
"Just pesan yang maybe kita akan lambat."
Qauthar angguk perlahan sebelum langkah mereka mati di hadapan pagar yang berkunci. Qauthar keluarkan kunci daripada poket seluar sleknya sebelum ditekan. Sebaik sahaja pagar besi tersebut mula bergerak, kepala ditunduk memandang Sha di sebelah.
Qauthar terdiam. Dia baru sahaja tersedar bahawa payung yang mereka gunakan sedikit sempit. Bahu kiri Qauthar sudah basah kuyup namun dia tak endahkan. Dia risau sebaik sahaja tersedar bahu kanan Sha yang memakai blazernya kini basah kuyup.
"Sha."
Sha angkat wajahnya perlahan. Mata bundar itu berkelip perlahan, bertanya. "Rapat sikit."
Jeda.
Mata Sha bulat.
"What?"
Qauthar mengeluh lemah sebelum tangan dililit di bahu Sha. Rapat dia tarik Sha ke bawah payung. Tindakan tiba-tiba Qauthar hampir buatkan Sha putus nafas. Tubuhnya yang ditarik rapat ke tubuh Qauthar buatkan cologne si Qauthar melekat pada hujung hidungnya.
Erghh.. dia benci bau cologne tersebut. Bau tersebut terlalu maskulin baginya. Kaki mereka laju melangkah ke arah pintu sebelum Qauthar lepaskan lilitan pada bahu Sha. Sha sedikit kaku namun riak wajahnya dikekalkan. Sebaik sahaja mereka berlindung daripada hujan, laju Sha menjarakkan diri daripada Qauthar. Dia sedikit segan.
Qauthar tidak perasan akan Sha selamba membuka pintu rumahnya dengan kunci miliknya sebelum pintu ditolak luas. Kepala ditoleh ke arah Sha sebelum tangan kanan dihulur buatkan mata Sha membulat.
"Rumah kau takde orang lain ke?" Sedikit risau dia bertanya. Kan tak pasal-pasal dituduh bersekedudukan . Seram. Sha tak nak kena tuduh dengan lelaki di hadapannya. Abang Najwa kut!
Qauthar sedikit tersentak. "Wait a minute." Sebaik sahaja menuturkan ayat tersebut, tubuh si lelaki hilang di sebalik pintu utama. Sha tersentak.
Sudah. Si lelaki nak tinggalkan dia ke.
Sha peluk tubuhnya yang mula dingin kerana angin dan hujan. Bibirnya sedikit menggeletar akibat kesejukan namun dia tahan. Dia takkan masuk tanpa kebenaran tuan rumah.
"Sha."
Dan Qauthar datang sambil mengangguk kepalanya. " Aku dah call orang gaji aku. Lagi 10 minit dia datang."
Sha angguk faham. Namun dia masih lagi tidak berganjak buatkan Qauthar renung Sha lama.
"Sha? Kau tak nak masuk ke?"
Dan itu buatkan Sha hela nafas lega. Dia angkat wajahnya sebelum senyum paksa. " Aku tunggu kau jemputlah. Takkan aku nak masuk macam tu je dalam rumah orang."
Dan Sha mengikut langkah Qauthar. Pintu utama dibiar terbuka. Qauthar melangkah ke dalam biliknya manakala Sha ke arah ruang tamu rumah Qauthar. Perlahan dia labuhkan duduk di atas sofa sebelum blazer milik Qauthar dia lucutkan. Belum sempat Sha menilik ruang tamu tersebut, Qauthar turun ke ruang tamu.
Si dia sudah menyalin baju kepada t-shirt hitam lengan panjang. Di tangan kanannya terdapat sehelai hoodie berwarna kelabu.
"Nah."
YOU ARE READING
Kerana Aku Percaya (On Hold)
Teen FictionDipaksa melihat ayahnya dibunuh di hadapan mata bukanlah satu pilihan yang baik. Daripada kanak-kanak lelaki yang periang, Akiff Qauthar berubah menjadi seorang yang pendiam. Satu-satunya manusia yang dia percaya, ibunya sanggup membunuh ayahnya di...