×8×

118 11 4
                                    

Tap.

Tap.

Tap.

Bergema rumah banglo itu dengan hentakan kasut tumit tinggi.

Krekk.

Dan pintu bilik yang berwarna coklat cair itu dibuka dari luar. Bau hapak mula menerjah hidung si pembuka pintu. Matanya mula meliar mencari sekujur tubuh yang sering terbaring di atas katil namun kali ini dia sedikit panik kerana tubuh tua itu tiada.

Perlahan keluhan berat dilepaskan. Pintu ditutup perlahan sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam bilik besar itu. Kaki dihala ke arah pintu balkoni yang sedikit terbuka menyebabkan langsir mula berkibar.

Pintu balkoni dia tolak luas sebelum matanya jatuh pada sekujur tubuh yang tegak menyandar pada penghadang. Mata kelabu itu jatuh pada kolam renang pada tingkat bawah.

" Zara, you need to rest."

Diam.

Zara masih tidak bergerak sebaliknya dia berpeluk tubuh sebelum berpaling ke belakang. Matanya yang berwarna kelabu itu tepat memandang perempuan di hadapannya.

Tajam.

Seakan marah.

" Bila you nak bebaskan I dari sini?"

Karina mengeluh lemah. Sudah berpuluh kali Zara bertanyakan soalan itu kepada dia. Dia melangkah merapati Zara sebelum skarf di tangan dia balut pada leher Zara.

" You masih belum sembuh Zara. You still need to take the medication."

Wajah putih Zara berubah merah. Dia sebak rambut hadapannya ke belakang. Tajam mata kelabu itu merenung Karina.

" Sampai bila Karina? I need to see my children!" Berdentum suara Zara. Dia cengkam kolar leher Karina namun riak wajah Karina langsung tak berubah.

Dia sudah biasa dengan ugutan daripada Zara.

" Kenapa kau tak bagi aku jumpa anak aku?!"

Karina pegang pergelangan tangan Zara di lehernya sebelum dia tepis lembut. Kolar kemeja yang hampir senget akibat digenggam Zara dia betulkan. Senyum dia hulur pada Zara.

Senyum tajam.

" Bukan aku yang halang kau daripada jumpa anak-anak kau." Tenang Karina membalas. Mata kelabu itu dia tentang.

" Anak kau yang tak nak jumpa kau." Kali ini nada Karina tajam. Dan bibir merah itu senyum sinis pada wanita berambut merah di hadapannya.

Wajah Zara berubah. Keruh.

" Kau tipu."

Dan gigi dia ketap marah. Penumbuk dikepal.

Karina mengeluh untuk kali ke berapa entah semenjak dia datang ke sini. Dia pegang bahu Zara sebelum diusap lembut.

" Takkan aku nak tipu kau. Anak saudara aku memang tak nak jumpa ibu mereka. Wake up, Zara! Kau kena ingat apa salah kau pada mereka." Lembut Karina memujuk namun itu hanya mengundang pekikan marah daripada Zara.

Zara tolak kuat tubuh Karina, buatkan Karina hampir jatuh menyembah lantai. Nasib dia sempat seimbangkan diri dia. Karina renung Zara yang sudah terduduk di hadapan dia.

Zara sudah terduduk di atas lantai sambil menangis. Tak berhenti mulutnya mengongoi nama anak-anak dia. Karina kembali melangkah ke arah Zara sebelum tubuh yang rapuh itu dia peluk.

Perlahan belakang Zara dia usap.

" It's okay, Zara. Aku janji aku akan bawa kau jumpa anak-anak kau suatu hari nanti."

Kerana Aku Percaya (On Hold)Where stories live. Discover now