Memori
Bang!!
Tubuh kecil Quthar kaku. Air mata yang berlinang buatkan matanya mula kabur. Bibir merahnya menggeletar ketakutan.
"Papa!!" Dan laju kaki kecilnya berlari ke arah tubuh Qadr yang terlentang kaku di atas lantai marmar rumah mereka.
Cecair berwarna merah pekat tak berhenti keluar daripada luka tembakan di dadanya. Badan Qauthar menggeletar kuat.
Takut. Sedih. Keliru.
Semuanya bercampur menyebabkan dia kaku di sisi tubuh Qadr yang mula sejuk.
"Pergi sial!!"
Brakk!!
Tubuh kecil Qauthar disepak kasar. Terpelanting Qauthar ke belakang sebelum tubuhnya merempuh meja di belakang.
Dia cuba untuk bangun sekali lagi namun,
Brakk!
Dia disepak tanpa belas kasihan oleh ibunya sekali lagi. Quthar pegang perutnya yang sakit. Dia cuba untuk membuka mulut sekali lagi namun itu hanya menyebabkan ibunya semakin marah.
Brakk!!
Dan Qauthar muntah darah.
"Diam!! Aku tak nak dengar suara kau! " Perempuan berambut merah ini menengking kuat. Dia tekup kedua telinganya sebelum menyumpah.
"Aku benci dia! Aku benci penipu tu!"
"Mama.." Qauthar cuba bangun namun dia terjatuh kembali. Dia angkat wajah sebelum matanya berkaca memandang perempuan berambut merah tersebut.
Lagaknya seperti orang gila.
"Mama..papa sakit mama.."air mata Qauthar jatuh. Suaranya serak. Sakit disepak oleh ibunya terlalu perit.
Apalah yang dia mampu buat bila dia hanyalah kanak-kanak berumur 8 tahun.
"Diam!!" Suara Zara memetir. "Aku bukan mama kau! Mama kau dah mati!!"
Zara angkat pistol di tangan kanan sebelum diacu ke arah tubuh Qadr yang kaku. Bibir merahnya senyum sinis.
Bang! Bang!
Dan ketawa Zara pecah. Lama dia ketawa sebelum esakan kecil kedengaran. Dia terduduk sebelum kepalanya dipegang. Dia tarik rambut merahnya.
"Kau curang dengan aku!! Curang! Kenapa..?" Dan Zara mengongoi di sebelah tubuh Qadr yang sudah tak bernyawa.
Qauthar mengesot sebelum dia sentuh kaki ibunya.
"Mama.."
Bang!
Satu peluru menembusi bahu kanan Qauthar. Qauthar menjerit kuat sebelum dia jatuh terlentang di sebelah mayat Qadr. Air mata laju keluar daripada matanya.
Nafas Qauthar yang muka tercungap menarik perhatian Zara.
Zara kaku. Matanya membulat sebelum dia campak pistol di tangannya. Segera dia mendekati tubuh anaknya sebelum kepala Qauthar dia pangku.
"Sa.. sayang." Dan air mata merembes dari mata Zara.
"Ma.. ma..maa." Qauthar mula tercungap menyebabkan Zara naik panik. Dia pandang tubuh anaknya yang kini berlumuran darah. Wajah pucat anaknya dia tatap.
Dia ke yang buat semua ni?
"Ak.. Akif takut ma.." dan Qauthar capai tangan kanan ibunya sebelum dia genggam erat.
Zara tertunduk sebelum dia cium bertalu-talu tangan anak lelakinya. Apa yang dia dah buat.
Dan Zara kaku sebaik sahaja Qauthar berhenti memberi respon. Dia pandang mata anak lelakinya yang tertutup.
YOU ARE READING
Kerana Aku Percaya (On Hold)
Teen FictionDipaksa melihat ayahnya dibunuh di hadapan mata bukanlah satu pilihan yang baik. Daripada kanak-kanak lelaki yang periang, Akiff Qauthar berubah menjadi seorang yang pendiam. Satu-satunya manusia yang dia percaya, ibunya sanggup membunuh ayahnya di...