×7×

159 14 12
                                    

Diam.

Atmosfera di sekeliling mereka seakan membeku. Ivy sudah berhenti menangis namun kepalanya masih lagi disandar pada bahu kiri Qauthar. Dia nak angkat kepala dia tapi dia rasa segan.

Dia tak nak Qauthar lihat wajah sembap dia.

Dia tak nak Qauthar lihat wajah kesian dia.

Dia tak nak kelihatan menyedihkan di hadapan Qauthar.

Dan dia.. tak nak simpati daripada Qauthar.

Lama mereka diam sebelum Qauthar jeling jam tangan di tangan kanannya. Jarum jam sudah hampir pukul 3 petang. Dan mereka berdua masih belum menunaikan solat Zuhur.

Keluhan berat dilepaskan sebelum Qauthar rapatkan bibirnya pada telinga Ivy. Sekali lagi bau sitrus menyapa hujung hidung Qauthar. Qauthar berdehem perlahan.

" Kau tak nak bangun ke? Bahu aku dah rasa kebas."

Zap!

Laju Ivy angkat kepala dia daripada bahu Qauthar sebelum jarakkan badan dia. Kepala ditundukkan memandang lantai.

Dia terkejut.

Sangat terkejut bila suara garau itu kedengaran rapat pada telinganya.

Buatkan bulu roma belakang leher dia menegak.

Liur yang terasa kesat Ivy telan. "Sorry."

Qauthar anggukkan kepala dia sebelum berdiri tegak. Anak mata jatuh pada tubuh Ivy yang masih lagi bersila di atas lantai.

" Jom. Dah lewat ni. Kita belum solat Zuhur."

Sebaik sahaja mendengar ajakan Qauthar, Ivy tegak berdiri. Dia tarik rambut hadapan agar menutup wajah sembap dia. Sumpah dia malu. Sudahlah mata dia mudah merah. Hidung dia juga mesti memerah sekarang.

Ivy tegak berdiri, menunggu Qauthar untuk melangkah namun lelaki itu langsung tidak bergerak. Buatkan Ivy naik pelik.

" Bila kita nak pergi?" Serak suara Ivy bertanya. Dia tarik rapat jaket suka milik Qauthar ke tubuhnya.

Qauthar senyum senget.

Suara serak Ivy.

Comel mungkin?

Dia mendekat sebelum tangan kanan diangkat merapati wajah Ivy. Perlahan dia selak rambut hitam pekat Ivy sebelum diselit ke belakang telinga.

Wajah Ivy pegun.

Terkedu dengan tindakan Qauthar. Laju anak mata hitam itu mencari mata Qauthar. Matanya yang bundar dan sembap itu terkelip-kelip memandang wajah Qauthar.

Qauthat senyum.

Senget.

" Tak payah sorok wajah kau. Tetap hodoh."

Dan wajah Ivy berubah.

Masam.

Buatkan Qauthar hampir pecah gelak namun dia tahan. Dia tarik jaket milik dia di tubuh Ivy sebelum menutup wajah Ivy.

" Lain kali tutup guna benda ni."

Dan dapat Qauthar suara Ivy mendengus buatkan Qauthar kembali senyum senget. Mereka berjalan beriringan ke arah surau yang terletak rapat dengam asrama puteri.

Bila Qauthar lihat Ivy membelok daripada surau, laju dia tarik beg galas Ivy. Automatik tubuh kecil Ivy berpaling ke arah Qauthar. Kedua keningnya diangkat sambil merenung Qauthar.

Qauthar angkat kening kanan dia pada Ivy sebelum tangan kiri diseluk ke dalam poket. " Kau nak pergi mana? Kita solat berjemaah."

Diam.

Kerana Aku Percaya (On Hold)Where stories live. Discover now