×9×

93 10 6
                                    

"Qurratun Najwa."

Gulp.

Langkah Najwa mati. Peluh dingin mula terbentuk di dahinya. Tangan kanan mula menggenggam erat beg yang terjuntai di bahu kanan.

Tap. Tap. Tap.

"Qurratun Najwa." Sekali lagi suara garau itu memanggil nama Najwa, buatkan bulu roma Najwa makin menegak. Peristiwa semalam cukup untuk buatkan dia takut untuk menatap wajah si dia.

Dengan badan yang menggigil, Najwa dongakkan wajahnya. Dalam hati tak henti Najwa menyumpah dirinya kerana degil untuk ke kelas sendiri. Padahal Sha dan tawarkan diri untuk teman dia.

Tapi Najwa berlagak ok. Nak berdikari konon!

Sekali bertembung dengan Cikgu Farrel.

Gulp. Bau maskulin yang datang dari tubuh Cikgu Farrel buatkan Najwa hampir pengsan. Ya Allah, kuat gila! Dia ni nak uji iman aku ke apa?

Cikgu Farrel berdehem perlahan sebelum dia lurutkan cermin mata yang dipakai olehnya. Cermin matanya disangkut pada poket di sebelah dada sebelum dia berpeluk tubuh. Mata  coklat cairnya tajam merenung wajah Najwa yang masih tunduk memandang lantai.

"Awak nak pergi mana ni?"

"Saya nak pergi ke kelas cikgu." Sekali nafas Najwa bersuara. Namun mata masih pada kasut sekolah.

"Kenapa kamu pandang bawah bila bercakap dengan cikgu?"

Gulp. Najwa mati kata.

Terketar tubuh Najwa bila dongakkan wajah memandang guru lelaki di hadapannya. Wajah cikgu Farrel tegang. Dan cermin mata yang dilurut buat Najwa hampir pecah tangisan.

Ini kerana Cikgu Farrel hanya lututkan cermin mata apabila dia  bengang. Satu tabiat cikgu Farrel ya g Najwa perasan semenjak dia menjadi anak murid Cikgu Farrell.

"Kamu ada bertembung dengan saya semalam?" Garau suara Cikgu Farrel bertanya. Nadanya beku.

Begitu juga dengan pandangan yang dilontar olehnya.

Shoot! Dia perasan ke yang aku nampak dia?

Matilah aku macam ni!

Tekak Najwa terasa kering. Perlahan dia mengundur.

Tap.

Dan cikgu Farrel mengikut langkahnya. Sudah! Kenapa cikgu Farrel ikut dia ni?!

"Qurratun Najwa."

Mata Najwa mula berair. Dia takut. Aura yang keluar daripada Cikgu Farrel buatkan dia hampir menangis.

"Cikgu."

Automatik wajah Cikgu Farrel terangkat Najwa pula automatik toleh ke belakang, mencari  pemilik suara yang baru sahaja menyelamatkan dia.

" Cikgu, Si Azmi panggil cikgu."

Wajah Cikgu Farrel semakin berubah. Tegang. Dia mengeluh kasar sebeljm mengangguk perlahan pada Megat yang tegak berdiri di belakang Najwa.

"Terima kasih." Dan segera Cikgu Farrel berlalu. Wajahnya masih lagi tegang dan cermin mata kembali dipakai. Sempat dia menepuk lembut bahu kiri Megat sebelum berlalu pergi.

Najwa masih lagi kaku di tempatnya. Kakinya seakan terpasak pada tanah. Mata berair Najwa tak lepas merenung wajah Megat yang tegak di hadapannya.

Megat kembali toleh ke arah Najwa sebelum wajahnya berubah. Laju dia mendekati Najwa. Wajahnya jelas kelihatan risau.

Mata Najwa yang berair buatkan dia risau.

" Najwa okay tak ni?" Lembut Megat bertanya. Mata bundar Megat tak henti berkelip memandang Najwa di hadapannya yang hanya separas bahunya.

Kerana Aku Percaya (On Hold)Where stories live. Discover now