x13x

98 6 7
                                    

Malam itu sangat dingin. Hujan tidak berhenti jatuh menyembah bumi. Bau tanah mula menusuk hidung para pelajar tingkatan lima yang beratur di hadapan hotel. Qauthar sibuk meneliti telefon bimbit di tangan kanan dan sesekali dia mengangkat kepalanya, mencari kelibat kawan-kawan dia yang dari tadi tak muncul-muncul. Selamba dia menyandar di dinding kaca hotel tersebut.

Qauthar sedar bahawa dia sedikit menjadi tumpuan pelajar perempuan. Beberapa pelajar perempuan satu batch dengannya tak henti meminta nombor telefon bimbit dia. Menyibuk.

Qauthar hela nafasnya marah. Tangan kiri diangkat menyisir rambut merahnya yang disikat rapi kerana ini adalah majlis formal. Harus 'menghormati' majlis pesan Najwa yang dari semalam sibuk menempel dengannya. Awalnya Qauthar agak sebal kerana adiknya mengikuti program ini tanpa memberitahu dia namun Qauthar kalah dengan mulut Najwa.

Adiknya terlalu pandai berbicara buatkan dia hilang kata. 

Telefon Qauthar yang tiba-tiba sahaja berdering buatkan kedua keningnya terangkat. Nama pemanggil yang tertera buatkan dia sedikit pelik. Kenapa dengan adiknya ni? Takkan adik dia tak tahu yang majlis dah nak bermula.

"Akiff."

Tubuh Qauthar beku apabila ada satu tangan halus menarik tali leher yang dipakai olehnya sebelum tangan itu membetulkan kedudukan tali leher itu. Wajah Qauthar berubah. Agak terkejut. Lama dia teliti wajah selamba perempuan di hadapannya yang ralit membetulkan tali leher Qauthar.

"Kau buat apa dekat sini? Mana Najwa?"suara garau itu berdentum, sedikit kasar namun tidak seperti biasa.

Sha tersentak. Baru tersedar dirinya sedang membetulkan tali leher Qauthar dan bukannya abangnya. Ya Allah, kenapa kau bangang sangat Raysha?!

Automatik tubuh Sha menjauh. Wajahnya sedikit pucat sebaik sahaja anak matanya jatuh pada mata kelabu milik Qauthar. Mata itu kelihatan tidak marah namun keliru dengan tindakan Raysha. "Ma..maaf. Memang tabiat aku betulkan baju Megat." Gulp. Sha telan liur yang hampir tersekat di kerongkongnya. Kedua tangan menggengam erat baju blouse rasmi berwarna putih yang wajib dipakai oleh ahli jawatan kuasa. "Najwa... dia pergi toilet. Dia suruh aku datang sini kejap."

Dan Sha hulur sekuntum bunga ros merah kepada Qauthar. "She ask me to give you this."

Qauthar sedikit kedu. Hilang kata apabila dia lihat tangan halus itu menggeletar sambil menghulur bunga tersebut kepada Qauthar. 

Aku ni menakutkan sangat ke?Sempat Qauthar berfikir sebelum huluran tersebut disambut.

Perlahan huluran tersebut disambut sebelum Qauthar berdehem. Deheman Qauthar menarik perhatian Sha, seakan memberi isyarat agar mengangkat wajah dan memandang Qauthar.

Sha akur. Kepala diangkat. Dia hilang kata apabila lelaki tinggi di hadapannya itu membongkokkan badannya ke arah Sha. Wajah mereka merapat buatkan masing-masing dapat mencium haruman yang dipakai.

Wajah Sha berkerut. Makin dia kedu apabila lelaki itu mencapai tangan kanannya sebelum diletakkan di talj leher hitam yang dipakai olehnya. "Tolong aku betulkan baju aku. Biasanya Najwa buatkan untuk aku."

Garau. Suara itu perlahan berdentum di telinga Sha, seakan berbisik. Bulu roma Sha sedikit tegak. Seram apabila lelaki garang di hadapannya memberi arahan. Dengan tangan terketar, tali leher milik Qauthar dia ketatkan sebelum dirapikan. Blazer hitam yang dipakai oleh Qauthar juga Sha rapikan.

Seakan tahu Qauthar akan menyuruh dia selepas ini. Aksi mereka buatkan mereka menjadi tumpuan orang ramai. Namun Sha dan Qauthar seakan di dalam dunia mereka sendiri.

Si Sha ralit menjalankan tugas.

Manakala si Qauthar ralit meneliti wajah adik Megat di hadapannya. Cantik. Dan baru Qauthar perasan akan bulu mata Sha yang panjang itu. Mata Sha seperti Megat. Mata hitam pekat yang menawan. Hidung itu juga kecil. Sesuai dengan bentuk wajah Sha.

Kerana Aku Percaya (On Hold)Where stories live. Discover now