×3×

132 11 9
                                    

"Kau okay tak?"

Megat tujah bahu Qauthar sebaik sahaja Qauthar labuhkan duduknya di tempatnya. Kepala disembam di atas meja sendiri.

"I'm dead."

"What?"

"Aku kena jadi tutor untuk minah tu."

"Siapa?"

Diam.

Qauthar dah hampir hilang ke alam imaginasi. Niat untuk pergi rehat melayang bila teringatkan dia kena jadi tutor untuk perempuan banyak mulut tu.

Tak boleh bunuh diri, dia nak bunuh aku guna mulut dia mungkin.

Menyesal! Menyesal aku selamatkan dia.

Patutnya aku biar aje dia dalam kolam haritu. Biar lemas tak cukup oksigen. Takdelah dia melekat dengan aku sekarang.

Huh.

"Siapa?"

Megat masih lagi setia bertanya. Qauthar angkat wajah. Jelas wajah Qauthar tak puas hati.

"Ivy. Ivy budak kelas kita."suara garau Qauthar bergetar marah. Bukan apa dia nak marah, dia memang tak suka kaum perempuan. Habis berusaha dia jarakkan diri daripada kaum perempuan selama ni.

Last-last kena jadi tutor untuk minah tu haramlah.

Krek.

Bunyi pintu kelas ditolak menarik perhatian Qauthar dan Megat. Ivy yang baru sahaja nak melangkah masuk ke dalam kelas terus berhenti bila lihat hanya Megat dan Qauthar yang beradi dalam kelas.

Mata Qauthar dan Ivy bertemu.

Jelas kelihatan di mata Qauthar yang dia tak berpuas hati dengan Ivy. Buatkan Ivy berpaling kembali sebelum melangkah pergi.

"Dude, apasal kau halau dia." Suara Megat tak puas hati.

Qauthar angkat bahu. Badan disandar pada kerusi miliknya. " Aku tak halau dia. Dia yang pergi sendiri."

Mengeluh. Megat tepuk bahu Qauthar.

"Kau jangan berkasar sangat dengan dia sebab kau tak tahu cerita Ivy."

Diam.

Qauthar angkat kening.

"Why should I care."

"Dia pernah jadi mangsa dera masa kecil Kiff. That's why dia tak bergaul dengan orang." Penjelasan Megat buatkan Qauthar sedikit tersentak. Namun ekspresi beku masih dikekalkan.

"Kisah apa aku."

Qauthar berdiri daripada duduknya. Cermin mata dia keluarkan sebelum diletakkan di atas batang hidungnya. "Kalau kau kesian sangat dekat dia, kenapa kau tak bantu dia?"

Sinis Qauthar bersuara sebelum dia berlalu pergi.




>>>>>>>





Duduk Qauthar betulkan di atas kerus sebelum rambut yang terjuntai di hadapan dia raup ke belakang. Suara guru besar yang dari tadi berkicau buatkan Qauthar nak muntah pun ada.

Come onlah. Bila boleh balik rumah ni?

Rasanya Jaja pun dah naik kematu menunggu Qauthar di dalam kelas. Qauthar makin sakit hati.

Kesian adik perempuan dia. Dahlah tunggu dia habis kelas tambahan. Habis je kelas tambahan, si tua ni duk membebel dekat dewan pulak.

Memang haramlah.

Bahu Qauthar disiku dari tepi. Si lelaki bermata hijau angkat kening pada Qauthar. Langsung Qauthar lupa nama lelaki depan dia. Walaupun semalam mereka dah berkenalan.

Kerana Aku Percaya (On Hold)Where stories live. Discover now