"Oh, shit."
"Holy shit."
Pap.
Semua mulut terkunci sebaik sahaja jelingan tajam Qauthar singgah di wajah mereka. Semua pelajar di dalam kelas teesebut segera melarikan pandangan sebelum berpura-pura sibuk dengan buku di atas meja. Qauthar mengeluh perlahan. Mulutnya tak henti menyumpah adiknya.
Damn. Aku benci ada adik.
"Akiff."
Tubuh Qauthar tegak. Kepala diangkat dan anak mata kelabu Qautar tajam merenung wajah Ian yang tegak di hadapan pintu kelasnya. Ian senyum senget sebelum dia tekup mulut. Jelingan tajam daripada Qauthar langsung tak menggugat dia.
Makin lawak adalah.
"Redhead huh?"
"Shut up stupid blondy!"
Ian diam. Dia tahan gelak ketawa bila dia lihat pipi Qauthar panas. Memang dia tak faham akan perangai kawan Megat. Pelik. Tak, lebih tepat bipolar. Kejap baik, kejap beku. Lepastu ada hari garang.
Kadang-kadang pandang wajah Ian pun tak nak.
"Ian, you better not." Ian tersentak sebaik sahaja mendengar suara Aidan dari belakang. Kepala ditoleh sebelum pandangannya jatuh pada wajah Aidan yang berkerut di belakangnya. Aidan geleng kepalanya sebelum mata dijegil.
"Why tho? Dia lelaki pertama dalam sekolah ni yang rambut merah." Ian gelak kecil lagi namun gelaknya mati sebaik sahaja dia perasaan akan sesuatu. Megat dan Ivy berjalan beriringan ke arah kelas tersebut sambil bergelak ketawa. Aidan yang perasan akan perubahan wajah Ian toleh.
Dan matanya buntang.
Bruh. Sejak bila mereka berdua ni berbaik? Bila habis saja cuti hujung minggu memang akan ada banyak kejutan ke apa?
"Megat."
Langkah Megat mati. Dia dongakkan wajahnya sebelum bibir merahnya senyum lebar. " Ian, aku lupa nak kenalkan kau dekat seseorang."
" Stop. Kau nak kenalkan aku pada dia?" Jari telunjuk Ian dihala ke arah Ivy dengan kening berkerut. Ivy jeling wajah Ian dan Aidan dengan wajah bosan. Seakan dapat mengagak yang kawan-kawan Megat tak akan suka pada dia.
"Is she your girlfriend?"
Dan ketawa Megat dan Ivy pecah. Mereka pandang wajah masing-masing sebelum kepala digeleng.
"Ian." Megat tepuk bahu kiri Ian. " Dia sepupu akulah."
Dan perbualan mereka mati sebaik sahaja mereka perasan akan kelibat guru Matematik yang menghala ke arah kelas Megat. Kalut Aidan dan Ian melangkah masuk ke dalam kelas 5 Beta dengan wajah keliru.
Sepupu? Damn. Aku tak tahu pula minah pendiam tu sepupu Megat. Ian toleh ke sebelah, memandang wajah Aidan yang duduk elok di sebelah Farrah. Wajab Aidan jelas keliru. Nampaknya bukan dia seorang yang baru tahu akan hubungan Megat dengan Ivy. Tapi kalau Ivy dan Megat adalah sepupu, apa salahnya.
Bukannya dia bencikan Ivy.
Ivy yang pertama kali benci akan dia.
Damn.
Aku benci hidup aku.
Ian letakkan kepalanya di atas meja sebelum dia raup perlahan wajahnya. Nafas dihela berat sebaik sahaja dia teringat akan pertemuan pertama dia dan Ivy. Sangatlah janggal. Memang patut perempuan tu benci akan dia.
Sebaik sahaja guru kimia mereka melangkah masuk, Ian laju mengangkat tangan untuk pergi ke tandas. Kepalanya yang berserabut memang takkan buat dia tenang belajar. Senyum dihulur kepada Cikgu Farrel namun guru tersebut hanya balas dengan pandangan kosong. Matanya seakan tertancap pada wajah manusia lain. Ian toleh.
YOU ARE READING
Kerana Aku Percaya (On Hold)
Genç KurguDipaksa melihat ayahnya dibunuh di hadapan mata bukanlah satu pilihan yang baik. Daripada kanak-kanak lelaki yang periang, Akiff Qauthar berubah menjadi seorang yang pendiam. Satu-satunya manusia yang dia percaya, ibunya sanggup membunuh ayahnya di...