×6×

125 12 3
                                    

"People ask me why is it so hard to trust people. I ask them why is it so hard to keep a promise "







>>>>>>>

Kini



" Aku hantar sampai sini aje. " Qauthar berkata malas sebelum bagasi Ivy dia tolak sebelum sandar pada pintu pagar. Sempat dia intai ke dalam asrama puteri.

Kosong.

Nampaknya pelajar perempuan masih belum datang.

Ivy anggukkan kepala sebelum jatuhkan pandangan pada wajah Qauthar. Wajah lelaki itu bosan. Kening lebatnya juga sedikit berkerut seakan menahan sesuatu.

Ivy lepaskan keluhan berat.

Entah kenapa tiba-tiba lelaki ini baik sangat nak temankan dia sedangkan mereka bukannya rapat mana. Sudahlah lelaki ini seakan benci pada dia.

"Terima kasih." Ivy tuturkan ayat dia perlahan pada Qauthar yang masih belum berlalu pergi. Seakan menunggu Ivy untuk mengucapkan terima kasih pada dia.

Ivy palingkan tubuh untuk melangkah pergi namun lengan bajunya ditarik kuat oleh Qauthar, buatkan dia toleh dengan kedua kening terangkat.

" Apa?"

Tanpa nada Ivy menyoal.

Kening kanan Qauthar naik. Dia pandang sekeliling sebelum mata kelabunya kembali jatuh pada tubuh Ivy di hadapannya.

"Mana kawan kau?"

Diam.

Wajah Ivy yang berubah buatkan Qauthar faham. Dia lepaskan pegangan pada lengan baju yang dipakai Ivy sebelum kedua tangan dia masukkan ke dalam sweatpants dia.

" Takde apa. Kau pergilah."

Qauthar menoleh sebelum mula melangkah pergi. Namun pada langkah kedua, kakinya mati sebaik sahaja namanya dipanggil oleh Ivy. Tubuh Qauthar keras. Dia langsung tidak berpaling ke arah Ivy.

"I don't have any friends."

Diam. Sedikit lama sebelum Qauthar dengan Ivy hela nafasnya kuat.

" Aku bagitahu kau sebab kau tolong aku hari ini."

Ayat Ivy buatkan hati Qauthar sedikit terjentik.

Kerana dia juga begitu.

Dia tiada kawan sebelum ini. Kerana rupa dia yang kelihatan seperti seorang budak nerd. Hanya selepas dia tonjolkan rupa sebenar dia, barulah ada orang yang cuba rapat dengan dia.

Contohnya Megat.

Mereka sekelas hampir dua bulan namun dia langsung tak perasan akan kehadiran Qauthar, sehinggalah pada hari parti hari lahir dia.

Qauthar toleh. Wajah Ivy dia teliti.

Jujur.

Wajah Ivy jelas kelihatan dia jujur buatkan Qauthar lembut hati pada Ivy.

" Then, let's be friends."

Diam.

Wajah Ivy tidak berubah.

Kerana Aku Percaya (On Hold)Where stories live. Discover now