BAB 3

723 19 23
                                    

ALISHA Dahlia meramas jemarinya yang sedikit gementar itu antara satu sama lain. Sedari tadi dia memerhati keadaan sekeliling yang nampak elegant ini. Lelaki yang bertubuh gelap yang membawanya kesini itu hanya berdiri di sampingnya.

Kini dia berada di dalam sebuah restoran mewah. Hanya ada dia dan lelaki yang bertubuh gelap itu sahaja di bahagian atas restoran ini.

Sebenarnya, restoran ini mempunyai dua tingkat bangunan. Ditingkat bawah tadi Alisha Dahlia sempat melihat beberapa orang pelanggan. Yang pastinya datang dari keluarga berada, kerana jelas dari segi pemakaian mereka yang mengatakan bahawa mereka bukanlah orang biasa-biasa jika dibandingkan dengan dirinya yang serba kekurangan itu.

Namun, itu bukanlah yang membuatkan dia berasa tidak sedap hati. Kerana, yang membuatkan dia risau sekarang ini adalah, ditingkat atas ini kenapa hanya ada dia dan lelaki disampingnya ini sahaja.

Sudah sepuluh minit dia berada di dalam restoran mewah ini tanpa berbuat apa-apa, selepas setengah jam perjalanan dari hospital tadi.

Tidak lama kemudian, fikirannya kembali mengimbas apa yang terjadi di kafe hospital tadi. Sungguh dia pelik dengan lelaki yang dilanggarnya tadi.

Apa maksud dia 'where are you going?'. Dia kenal aku ke? Aku ada plan nak jumpa dia ke? Ish, kenal dia pun tak, nak jumpa apanya? Dia salah orang kot'. Soalnya pada diri sendiri.

'Ya Allah, kau lindungilah aku dari segala kejahatan ya Allah'.

Doanya dalam diam. Sungguh dia berasa takut dan risau tika ini.

Seketika dia tersentak dari lamunannya apabila kerusi dihadapannya ditarik oleh seseorang. Pandangan dibawa kearah orang itu.

Seorang lelaki yang bertubuh tegap dan tinggi dengan berpakaian serba hitam. Wajah lelaki itu juga tidak dapat dilihat dengan jelas kerana ditutup dengan separuh topeng muka, topi dan hoodie yang dipakainya.

"Ehem!" Lelaki itu berdehem.

Alisha Dahlia tersentak. Mata dikalih ketempat lain. Pipinya membahang. Malu!

"Jai you may go now." Arah lelaki dihadapan Alisha Dahlia kepada lelaki yang setia berdiri disampingnya itu, atau lebih dikenali sebagai Jai.

Alisha Dahlia memandang kearah Jai yang sudah melangkah kebelakangnya beberapa tapak menjauhi mereka. Berdiri tegak di situ.

"So, Alisha Dahlia. How are you?" Soal lelaki dihadapan Alisha Dahlia sekadar berbasah basi selepas duduk bersandar dihadapan Alisha Dahlia.

"I...i'm fine." Jawab Alisha Dahlia gagap. Sungguh dia berdebar saat ini. Berdebar bukan disebabkan cinta! Tetapi disebabkan dia dapat merasakan ada aura negatif pada lelaki dihadapan dia ini.

Lelaki itu hanya mengangguk bersama senyuman sinis disebalik topeng muka yang dipakainya tatkala mendengar suara gagap gadis anggun dihadapannya ini.

"Good. So aku tak nak buang masa. Let's straight to the point." Katanya seraya menegakkan tubuh dari duduk bersandar dikerusi tersebut.

Alisha Dahlia hanya diam memerhati tingkah lelaki itu.

"Aku tahu kau perlukan duit sekarang. Dan aku boleh tolong kau tapi---" kata lelaki itu dengan tegas. Ayat akhirnya sengaja digantungkan.

Alisha Dahlia mula diserang perasaan risau tatkala mendengar ayat yang sengaja digantungkan oleh lelaki itu. Tangan digengam kuat bagi menahan perasaan risau dan gementarnya.

"--Tapi, kau tahukan dalam dunia ni tiada yang free." Sambung lelaki itu bersama senyuman sinisnya.

Alisha Dahlia tersentak. Tetapi dia tetap menganggukkan kepala.

The Real Self Where stories live. Discover now