Hi, lama menanti?
Hehehe maafkan author
Apapun, ENJOY!!BAJU kurung moden berwarna biru gelap serta dipadankan dengan tudung berwarna senada yang tersarung ditubuhnya ditilik buat kesekian kali. Amat cantik dipandangan mata. Menyerlahkan lagi kulit putih dan gebunya.
Sekarang ini dia berada di kondo Tengku Dayren Daniel. Tidak tahulah apa mimpi lelaki itu membawa dirinya ke kondo ini selepas sahaja 'menculik' dirinya pulang dari sekolah tadi.
Sudahlah itu, dia dipaksa pula menukar baju sekolahnya dengan baju kurung yang semestinya sudah disiapkan oleh lelaki itu. Untung sahaja baju ini sesuai dengannya.
Klak!
Pintu bilik yang didudukinya terbuka. Wajah tidak berperasaan Tengku Dayren Daniel menyapa pandangan. Alisha Dahlia hanya kaku di kedudukannya.
Terpegun seketika melihat ketampanan lelaki itu. Lengkap berpakaian tuxedo yang berwarna senada dengan baju yang tersarung cantik ditubuhnya.
"Beautiful"
Alisha Dahlia merasakan wajahnya membahang selepas mendengar perkataan yang keluar dari bibir merah Tengku Dayren Daniel. Dia mengalihkan pandangan selepas melihat senyuman sinis lelaki itu.
Haih senyum sinis pun tetap menawan nyah!
Tengku Dayren Daniel berdehem. Dia melangkah mendekati gadis itu. Cuba mengusir perasaan aneh yang mengusik tangkai hati.
"Are you done? Let's go. We are late"
Alisha Dahlia hanya mengangguk. Mengiakan pertanyaan Tengku Dayren Daniel. Lelaki itu mendengus perlahan. Lalu menatap Alisha Dahlia tajam.
"I'm asking you. Where is you voice bella.(beautiful) ujar lelaki itu dengan suara dalam. Alisha Dahlia menelan liur kesat.
"Y- yes. I'm done"
Puas mendengar jawapan Alisha Dahlia terus ditarik saja tangan gadis itu. Disatukan jemari lembut itu dengan jemari kasarnya, selamba. Langkah mula diatur keluar dari bilik itu.
Amboi, Tengku sesedap rasa nasi goreng mak nenek hang je pegang tangan anak dara orang kan! Hrmp!
Alisha Dahlia terkedu, terkejut, tersentak, tergamam dan segalanya yang berkaitan 'ter' apabila melihat tingkah selambah lelaki itu. Automatik langkahnya terhenti dari mengikuti langkah besar Tengku Dayren Daniel. Tangan kecilnya direntap kasar dari gengaman lelaki itu.
"Apa tengku ni! Tengku ingat saya ni isteri tengku kah boleh disentuh sesuka hati macam tu!" Tempik Alisha Dahlia geram. Panas pula hatinya dengan tingkah lelaki itu.
Sesaat makin membara panas dihati Alisha Dahlia selepas melihat senyuman sinis Tengku Dayren Daniel. Seolah lelaki itu sedang memperlekehnya. Boleh pula lelaki itu tersenyum sedemikian rupa selepas dipekik olehnya. Sah gila!
Tengku Dayren Daniel hanya tenang. Seketika dia melangkah mendekati gadis itu bersama senyumam sinis yang semakin memekar.
Saat jarak yang memisahkan mereka hanya tinggal beberapa inci, langkahnya dimatikan. Wajah ditundukkan lalu bibir dirapatkan ke tepi telinga kanan Alisha Dahlia seraya berbisik.
"Soon. Soon you'll become my wife"
Selepas membisikkan kata-kata itu, Tengku Dayren Daniel melangkah setapak menjauhi Alisha Dahlia yang jelas terpampan dek ayatnya sebentar tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Real Self
AksiOn Going . . ALISHA DAHLIA sebaris nama yang mampu menggetarkan jiwa kaum Adam hanya kerana memiliki rupa paras yang anggun dan sikap rendah diri yang dimilik. Namun kehidupan gadis yang baru berusia 17 tahun itu tidaklah seperti remaja lain. Hidup...