BAB 2

712 20 40
                                    

JEMARI yang berada di atas meja kaca itu digerakkan, menghasilkan bunyi ketukan-ketukan kecil di dalam ruangan itu.

Riak wajah yang dipaparkan hanyalah kosang dan tenang. Tetapi terselit aura yang pasti akan menggerunkan bagi sesiapa yang melihatnya.

"How?" Soalnya sepatah kepada orang kanannya setelah lama berdiam diri.

"She is in the hospital now. Her mother was in the hospital because of her father's crime. Her sister, is at her best friend's house." Jawab orang kanannya yang bernama Zack itu, tenang.

Dia hanya menganggukkan kepala sahaja. Mendengar penerangan Zack dengan teliti. Seketika dia mengambil pula gambar seseorang di dalam laci bawah, sebelah kanannya.

Seraya itu dia bersandar pula di kerusi empuknya yang sememangnya buatan Itali itu. Tangan kanan memegang gambar tersebut, manakala tangan kiri pula direhatkan dipemegang kerusi itu. Kaki disilang gaya bossy. Gambar itu ditatap penuh minat. Meneliti setiap inci wajah anggun itu.

Gambar seorang gadis yang sedang tersenyum dan lengkap berpakaian uniform hotel D'Leciano.

Seketika bibir melakar senyuman sinis.

"her condition?" Soalnya lagi kepada Zack. Tanpa memandang wajah Zack.

"She is fine. As you saw on the beach just now." Jawab Zack tenang.

Sekali lagi, dia hanya mengangguk.

"Good. Now, go to the hospital. You know what to do right?" Arahnya tegas sambil tersenyum sinis. Mata birunya setia memandang gambar ditangan.

Zack mengangguk patuh. Selepas mendapat isyarat mata dari bosnya itu, zack mula mengatur langkah keluar dari bilik tersebut sambil menundukkan kepalanya sedikit. Tanda hormat.

Senyuman sinisnya kian memekar apabila memikirkan semua yang dirancangnya setakat ini berjalan lancar tanpa sebarang halangan.

"I need to get you now before it's too late amore. (Love)" bisiknya perlahan. Keluhan halus dilepaskan.

Gambar ditangan, diletakkan semula ke dalam laci. Posisi duduknya ditegakkan. Ruang fikiran mengimbas kembali apa yang dilaporkan oleh Zack sebentar tadi. Tangan dikepal membentuk penumbuk. Jelas kelihatan urat-urat hijau timbul. Rahang diketap kuat, menghasilkan bunyi lagaan giginya. Pandangannya berubah tajam.

Panas hatinya mendengarkan hal yang disampaikan oleh Zack sebentar tadi. Baginya tiada siapa yang boleh menyakiti gadis itu melainkan dirinya.

"Soon you will be mine amore." Bisiknya keras. Dia mendengus kuat. Cuba menenangkan diri. Mengelakkan sisinya yang satu itu bangkit. Sisi yang dahagakan darah.


*****


BIBIR melepaskan keluhan lemah. Sungguh hatinya dilanda pilu melihat keadaan sekujur tubuh yang sedang lena itu. Bagai tiada langsung kesakitan yang dipamerkan diwajah pucat itu. Tenang dan damai.

Seketika memorinya terimbas kembali kejadian tadi. Bagai cd yang rosak. Memutarkan kenangan pahit berterusan. Tergamaknya seorang ayah melakukan keluarganya sedemikian rupa. Tanpa belas kasihan.

Mana pergi semua janji manisnya. Mana pergi kasih sayangnya. Mana pergi sikap bertanggungjawabnya. Mana?

Jawapannya tiada lagi. Semua sudah berakhir hilang dibawa angin. Terhapus buat selamanya.

Seketika dia tersentak dari khayalan yang tidak berkesudahan. Apabila merasakan jemari yang digenggam erat itu bergerak.

"Ibu, ibu dah bangun ke?" Soal nya lembut. Tatkala mendapat anggukan dari wanita tua yang bergelar ibu itu, terus sahaja dia bangkit dari duduk. Bergegas keluar memanggil doktor untuk merawat ibunya.

The Real Self Where stories live. Discover now