BAB 1

804 20 55
                                    

BIBIR melorek senyuman kecil tatkala angin petang menyapa permukaan kulit wajahnya lembut. Selendang yang di pakai untuk menutup rambutnya juga turut berterbangan.

Kini dia berada di sebuah tempat yang menjadi tempatnya untuk menenang kan diri dan mencari kekuatan.

Pantai.

Ya. Ini la tempat kegemarannya. Malah yang boleh menenangkan dirinya selain sujud dan mengadu kepada Ilahi. Seketika senyumannya berubah kelat apabila kenangan masa lalu bersama keluarganya menyapa ruang fikiran.

Sungguh, dia rindu akan detik itu dimana keluarganya sungguh bahagia tika itu. Tiada tangisan mahupun kesakitan yang ditanggung oleh mereka sekeluarga. Hanya ada senyuman kegembiraan sahaja yang terukir pagi,petang dan malam di wajah mereka.

Namun semuanya berubah apabila ayahnya kehilangan kerja kerana dianiayai dan hal itu membuatkan ayahnya hilang sumber pendapatan untuk menyara keluarga kecil mereka. Tidak cukup disitu, ibunya pula disahkan menghidap kanser otak.

Ayahnya semakin tertekan apabila keperluan dapur semakin habis dan kos perubatan untuk merawat ibunya pula, memerlukan wang yang banyak.

Hari berganti hari, ayahnya mula berubah. Disebabkan tekanan yang dihadapi, ayahnya mula terjebak dalam dunia kejahilan.

Tiada lagi ayah yang penyayang. Tiada lagi ayah yang menjadi hero mereka dikala susah. Tiada lagi ayah yang selalu bersusah payah membanting tulang hanya untuk menyara orang tersayang.

Yang ada hanya lah ayah yang berjudi setiap hari, minuman keras menjadi kegemaran, pulang dalam keadaan mabuk kemudian memukul anak isterinya dan hutang keliling pinggang.

Sejak itu rumah mereka sering didatangi oleh along yang berbeza hanya untuk menagih hutang ayahnya semula. Dan hal itu menyebabkan keluarganya akan dibelasa teruk oleh orang-orang yang tidak berhati perut itu hanya disebabkan oleh seorang ayah yang tidak bertanggungjawab.

Ketika dia baru berusia 15 tahun, kakaknya yang bakal menghadap peperiksaan SPM pada masa itu terpaksa berhenti sekolah kerana perlu bekerja demi mencari sesuap nasi untuk mereka.

Tetapi malang tidak berbau. Sekali lagi keluarga mereka ditimpa musibah. Seolah-olah Tuhan tidak merahmati hidup keluarga itu.

Kakaknya yang bekerja terpaksa berhenti apabila dia terlibat pula dalam kemalangan tragis yang hampir sahaja meragut nyawanya. Dan kejadian itu telah menyebabkan kakaknya koma selama 3 bulan.

Setelah sedar dari koma kakaknya semakin menjadi pendiam dan trauma.

Selepas kejadian, dia yang baru berusia 15 tahun ketika itu terpaksa mengambil ahli pula tugas seorang ayah demi menyara keluarganya yang tersayang sehingga la sekarang. Dia tabah menghadapi segala dugaan yang menimpa. Walaupun sering menjadi mangsa pukul ayahnya tetapi hatinya tetap dipujuk untuk kekal tabah sehingga kini gadis itu telah pun berusia 17 tahun.

Dia, Alisha Dahlia.

Seketika dia tersentak dari lamunannya apabila merasakan bahunya di sentuh dari belakang.

"Hey termenung apa?" Soal kawan baiknya, Zara. Zara tersenyum melihatnya kemudian mengambil tempat di sebelahnya.

"Takda lah, tengah fikir kerja yang cikgu Haizah bagi tadi" jawab Alisha Dahlia tenang sambil membalas senyuman Zara.

The Real Self Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang