SEKETIKA kedudukan Dahlia berubah, kini dia berada tepat di sisi kiri Tengku Dayren apabila lengannya ditarik lembut.
Pandangan di angkat. Sesaat, dia tersentak melihat figura di hadapannya.
'Wa-wanita ni, bukan ke? Orang yang aku langgar masa depan lift hari tu?' Bisik hati kecil Dahlia. Otak ligat mengulang kembali kejadian di hadapan lift tempoh hari. Kemudian, dipandang lagi wajah Puan Sri Qayrah yang juga sedang menatapnya tika ini. Benar,
Puan Sri Qayrah.
Orang yang sama dilanggarnya tempoh hari semasa dia hendak cepat memasuki lift selepas keluar daripada bilik hotel Tengku Dayren.
Jadi maknanya, orang yang dia langgar waktu itu ialah mama kepada majikannya. Aduh, kecilnya dunia ni.
Senyuman cuba diukir semanis yang mungkin walaupun kelihatan janggal. Tambahan lagi, saat melihat tatapan pelik Puan Sri Qayrah. Seolah-olah wanita itu juga sedang berfikir akan sesuatu. Yeah, sesuatu yang pasti sama seperti yang dia fikirkan sesaat yang lepas.
"Ha-hai auntie, saya..."
"Puan Sri Qayrah" Belum sempat Dahlia menghabiskan ayatnya terus saja dipotong oleh Puan Sri Qayrah dengan nada bongkaknya.
Tengku Dayren yang melihat gelagat mamanya hanya tersenyum sinis serta menjongketkan sebelah keningnya. Tahu benar perangai mamanya yang satu itu. Berlagak! Samalah mcm dia. Hmm
'Aduh Lia yang kau gatal panggil dia aunty tu dah kenapa?! Ingat dia makcik kau ke?!' Monolog Dahlia di dalam hati.
"Ma-maaf, Puan Sri. Saya Dahlia." Walaupun janggal dan segan, namun tetap juga tangannya dihulur hendak bersalaman dengan Puan Sri Qayrah.
"Hm, eh kejap. You ni yang langgar I hari tu kan?" Tidak mempedulikan huluran tangan Alisha Dahlia, kini Puan Sri Qayrah menyoal pula selepas mengingati wajah gadis yang telah melanggarnya tempoh hari tanpa sempat dia berkata apa pun.
Hendak marah dan meroyan pun tak sempat. Huh!
"Hah? Ya-ya. Saya minta maaf Puan Sri saya tak sengaja. Saya nak cepat masa tu." Bagai hendak pengasan Dahlia selepas melihat tatapan tajam wanita itu. Ha sebijik macam tatapan anak teruna dia lah!
"You...."
"Ma, sampai bila nak borak depan pintu ni?" Tengku Dayren yang diam sedari tadi, mula bersuara. Mungkin penat sudah menjadi tunggul depan pintu selepas tu layan drama singkat dua wanita itu lagi.
"Eh, yang Dani...."
"Hah, Qayrah siapa tu, kenapa tak jemput masuk?"
Sekali lagi. Belum sempat Puan Sri Qayrah menghabiskan ayatnya, kedengaran suara asing yang terlebih dahulu memintas.
Kini, pandangan mereka bertiga berahli ke arah suara tersebut. Seorang wanita tua yang tidak kurang cantiknya berpakaian dress labuh berwarna hitam menyapa pandangan mereka. Tampak cantik walaupun sudah berusia.
"Eh Dani, bila sampai?" Soal wanita itu selepas tiba di hadapan pintu mewah tempat mereka berdiri. Senyuman diukir manis buat cucu sulungnya.
"A few minutes ago."
Wanita tua itu hanya mengangguk. Seketika pandangannya berahli pula ke arah Dahlia. Gadis itu pula mula menundukkan pandangan lalu mencuba hendak menyorok di belakang Tengku Dayren semula. Haih, rasa macam nak masuk dalam baju Tengku Dayren jer terus. Biar takde siapa yang nampak.
"Ha yang cantik manis ni siapa nama?" Kini soalan diajukan pula kepada Dahlia.
"Sa-saya Dahlia nek- eh Puan" Jawab Dahlia gagap. Mana tak gagap kalau dah dipandang bagai hendak di telan hidup-hidup saja oleh Puan Sri Qayrah.
Tak tahulah apa masalah makcik sorang ni.

YOU ARE READING
The Real Self
AksiyonOn Going . . ALISHA DAHLIA sebaris nama yang mampu menggetarkan jiwa kaum Adam hanya kerana memiliki rupa paras yang anggun dan sikap rendah diri yang dimilik. Namun kehidupan gadis yang baru berusia 17 tahun itu tidaklah seperti remaja lain. Hidup...