JAM menunjukkan pukul enam tepat. Tinggal sejam lagi sebelum semua orang atasan dan CEO hotel ini tiba.
Punggung dilabuhkan dikerusi empuk yang terdapat di dalam bilik khas department mereka. Badan disandarkan seraya melepaskan keluhan kecil. Letih!
"Yeay! Finally siap pun kemas bilik yang bapak besar nak mampus tu!" Keluh Zara sambil menghempas punggung kasar, di sofa sebalah tempat Alisha Dahlia duduk. Kepala dilentokkan ke bahu kawan baiknya itu.
Penat namampos!
"Harap CEO tu tak complain lah. Dua jam kot kita kemas bilik dia tu. Kalau dia complain juga tak tahu lah nak kata apa lagi." Kata rakan mereka, Reen. Gadis berbangsa cina yang turut bekerja di bahagian housekeeping department ini. Reen juga terlibat untuk mengemas bilik CEO hotel tersebut.
"InsyaAllah, dia tak complain punya. Korang jangan lah fikir negatif sangat." Sampuk Aiman. Pekerja yang juga terlibat untuk mengemas bilik CEO mereka itu.
"Yes! Betul kata Aiman tu. Dorang ni jer yang over. Cuba korang pikir yang baik-baik jer. Ni tak negatif je memanjang!" Ujar Haikal pula. Turut terlibat dalam tugasan hari ini.
"Eleh, kau cakap bukan main yakin ek! Buatnya dia betul-betul complain, macam mana?! kau sorang yang tanggung ek!" Sampuk Zara pula. Duduk ditegakkan semula. Memandang Haikal dengan pandangan mautnya itu. Cis, mautlah sangat!
"Yang kau nak emo pula pahal hah?! Relax lah. Tengok Lia tu santai je takde nye dia nak gelabah sotong macam korang berdua ni. Over je lebih!" Balas Haikal selambah.
Alisha Dahlia hanya memerhati pergaduhan manja rakan-rakannya itu. Tiada tenaga untuk menyertai sekali perang mulut yang sedang berlangsung sekarang ini.
Sebenarnya dia sangat letih. Mana tidaknya, walaupun mereka semua ada lima belas orang yang ditugaskan untuk mengemas bilik CEO itu, tetapi tetap juga mereka memerlukan masa selama dua jam untuk mengemas bilik yang luas dan mewah itu.
Maklumlah, CEO hotel ni boleh tahan cerewet orangnya!
Rasa bagai hendak tercabut tulang-tulang mereka. Apalah nasib.
Sudahlah perutnya sedari tadi terasa sakit. Haih, ni mesti period pain datang lagi!
"Dah lah korang ni, kalau berjumpa je mesti gaduhkan. Nak aku kahwinkan korang ke hah?!" Soal kawan mereka lagi, Melinda.
"Eh, takde maknanya aku nak kahwin dengan minah sotong ni Mel! Daripada kau kahwinkan aku dengan minah sotong ni, baik kau kahwinkan aku dengan Lia ni hah. Kan Lia? Kau nak tak kahwin dengan aku Lia?" Gurau Haikal bersama senyuman miangnya.
Alisha Dahlia dan rakannya yang lain tertawa kecil mendengar kata-kata Haikal itu. Lucu!
Lain pula dengan Zara. Wajah gadis itu sudah masam mencuka. Cemberut habis!
"Hek eleh! Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau ke? Entah-entah takde siapa yang nak kat kau tu. Lia pun taknak. Rupa macam cicak kubing! Eh lamberttt lagi!" Balas Zara pedas. Sengaja!
"Eh, minah sotong ni kan!" Kata Haikal geram. Tangan digenggam membentuk penumbuk. Diacah-acah bagai hendak menumbuk Zara dihadapannya itu.
"Ha, ha kau nak apa? Nak tumbuk aku? Ha meh la, meh masuk!" Kata Zara pula seraya bangkit dari duduknya.
Sekali lagi, Alisha Dahlia dan rakannya yang lain tertawa melihat telatah dua orang kawan mereka itu. Bingit ruangan itu seketika dengan tawaan mereka.
Sweet like sugar!
Seketika mereka semua tersentak. Memandang tepat kearah pintu yang dibuka dari arah luar bilik khas perjumpaan mereka itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Real Self
ActionOn Going . . ALISHA DAHLIA sebaris nama yang mampu menggetarkan jiwa kaum Adam hanya kerana memiliki rupa paras yang anggun dan sikap rendah diri yang dimilik. Namun kehidupan gadis yang baru berusia 17 tahun itu tidaklah seperti remaja lain. Hidup...