Hi? Ada yang masih tunggu?
Nah Author lanje chapter 10,
Kalau nak feeling lebih repeat
Semula chapter 9. Enjoy!!
Typo? Maaf yer.
"TERIMA kasih Mak Long"
Mak Long dan Zara mengukir senyuman membalas ucapan Alisha Dahlia. Lalu kereta Myvi itu bergerak meninggalkan kawasan rumah gadis itu.
Mata memerhati sekeliling kawasan perumahan setinggan itu. Takut jika kelibat orang yang hendak dielakkan tiba-tiba muncul saat ini. Dia risau jika X muncul kemudian melakukan sesuatu yang buruk terhadap keluarganya.
Selepas berpuas hati bahawa tiada sesiapa yang sedang memerhatinya, dia mula masuk ke dalam rumah.
Langkah di atur terlebih dahulu ke arah bilik ibunya. Kelihatan Puan Arshia sudah lena dibuai mimpi. Alisha Dahlia tersenyum nipis. Tubuh dibongkokkan sedikit bagi membetulkan selimut ibunya. Lalu dahi syurganya itu dikucup penuh kasih.
"Selamat malam ibu"
Selepas selesai memeriksa keadaan Puan Arshia dia mula melangkah keluar. Bilik bersebelan ibunya menjadi destinasi seterusnya. Dia letih.
Dia perlu beristirahat sekarang. Esok dia perlu ke sekolah pula. Hanya tinggal 5 jam lagi waktu yang tersisa sebelum matahari mula mengambil tugasan bulan semula.
Pintu dikuak perlahan. Risau jika kakaknya terjaga dari lena. Dia melangkah masuk. Sesekali dia menguap. Menandakan dia sudah mengatuk yang amat. Tidak menunggu lama dia mengatur langkah ke arah bilik air yang terdapat di dalam biliknya.
Selesai membersihkan diri, dia melabuhkan punggung dibirai katil lusuhnya. Fikiran masih membayangkan apa yang akan berlaku selepas ini. Dia tidak kisah jika X hendak menghukumnya kerana dia telah mengingkari arahan lelaki misteri itu. Namun, yang membuatkan dia risau jika X menjadikan keluarganya sebagai ganti. Dia tidak sanggup.
Jangan hanya kerana dia mereka yang tidak terlibat menjadi mangsa kekejama lelaki itu.
Dia mula berbaring di sebelah Alisha Dania. Keluhan kecil dilepaskan. Banyak sungguh perkara berlaku hari ini. Seketika kejadian di lift tadi terlakar kembali di ruang fikiran. Pipinya mula kemerahan saat mengingati setiap tingkah Tengku Dayren Daniel.
Dia menekup wajahnya seraya menggeleng laju.
"Dah kenapa pula aku nak ingat pasal mamat tu" gumamnya dibalik tangan yang menekup wajahnya sendiri. Dia mula mengiring ke kanan. Membelakangi kakaknya. Selimut ditarik hingga ke leher. Cuba menutup mata. Hendak masuk ke alam mimpi namun tidak berjaya. Panahan mata redup lelaki itu sentiasa berulang di minda.
"Arhhh...dah kenapa dengan aku ni. Wahai mata tutup lah aku nak tidur ni" gumamnya lagi, perlahan. Wajah diraup lembut. Cuba menghalau bangan lelaki itu. Lalu doa tidur dibaca dengan betul berharap dia mampu melelapkan mata dengan tenang. Akhirnya tidak sampai beberapa saat lena mula hadir menjemputnya ke alam mimpi yang pastinya indah dari realiti kehidupan.
Tidurlah Lia...♡♡♡♡♡
"BAIKLAH itu saja untuk hari ini. Kerja yang saya bagi tadi, saya nak kelas tambahan minggu depan semua kena hantar. Faham?"
"Faham cikgu"
Cikgu itu hanya mengangguk lalu melangkah keluar saat anak-anak muridnya sudah mengucapkan terima kasih dan salam seperti biasa. Tamat sudah waktu kelas tambahan bagi pelajar tingkatan lima yang bakal menghadapi SPM tidak lama lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Real Self
AksiOn Going . . ALISHA DAHLIA sebaris nama yang mampu menggetarkan jiwa kaum Adam hanya kerana memiliki rupa paras yang anggun dan sikap rendah diri yang dimilik. Namun kehidupan gadis yang baru berusia 17 tahun itu tidaklah seperti remaja lain. Hidup...