BAB 6

716 17 5
                                    

SEKETIKA mata bulatnya bertambah bulat memandang apa yang telah dilanggarnya tadi. Jantung mengepam laju.

Wajah itu. Mata biru itu.

Persis seperti yang dilanggarnya semasa di kafe hospital tempoh hari.

Lelaki itu---

Tengku Dayren Daniel.

Tangan yang menggenggam lengannya itu dilepaskan. Dia membetulkan posisinya semula. Berdiri tegak seraya melangkah setapak kebelakang kemudian menundukkan kepalanya. Tangan diletakkan diperutnya.

Fuh! Nasib tak jatuh.

"Er, te..terima kasih Tengku. Ma..maaf. Saya tak sengaja." Kata Alisha Dahlia gagap. Kepala semakin ditundukkan. Takut dan malu.

'Ya Allah dugaan apa lagi ni. Kau lindungilah aku ya Allah. Semoga aku tak hilang kerja lepas ni!' Doanya dalam hati.

Sungguh dia takut sekarang ini. Mana taknya orang yang baru sahaja dilanggarnya sebentar tadi ialah---

Chief Executive Officer of Hotel D'Leciano.

Tengku Dayren Daniel.

Lelaki itu hanya diam memerhati tingkah gadis dihadapannya itu. Tangan dimasukkan kedalam poket seluar. Mata dibawa kearah nametag gadis tersebut.

"Alisha Dahlia." Gumamnya perlahan bersama senyuman sinis.

Alisha Dahlia yang bagaikan mendengar sesuatu, terus mengangkat pandangannya. Memandang tepat ke arah Tengku Dayren Daniel.

Seketika dia mengalihkan pandangan kearah lain. Wajah membahang. Terasa bagai ada satu renjatan menjalar di seluruh tubuh, tatkala mata biru itu memandang tajam kedalam anak mata hazelnya.

"Huh? Te..Tengku cakap apa tadi?" Soalnya perlahan kepada Tengku Dayren Daniel, bersama kerutan halus di dahi. Menahan sakit pada perutnya.

Tengku Dayren Daniel hanya diam. Tidak memberi sebarang respond.

Seketika dia bersuara.

"Please be careful after this little girl." Ujarnya perlahan seraya berlalu pergi meninggalkan Alisha Dahlia, keseorangan dilaluan tandas lobi hotel tersebut.

Alisha Dahlia yang bagaikan terpukau mendengar ayat itu terus sahaja mengangkat pandangannya.

Memerhati Tengku Dayren Daniel yang mula melangkah pergi.

'Little girl'

Gumamnya perlahan. Mengulang semula perkataan yang meluncur keluar dari bibir merah lelaki itu. Dada terasa sakit bagai diasak kuat tatkala mengulang ayat tersebut.

'Ya Allah kebetulan apakah ini?'

Seketika Tengku Dayren Daniel berhenti. Menoleh semula kearah Alisha Dahlia yang masih berdiri statik ditempatnya tadi.

Mata memandang kearah Alisha Dahlia tajam.

"Which department are you from?" Soalnya tegas bersama kening dijongketkan sebelah.

"housekeeping department." Jawab Alisha Dahlia perlahan.

Tengku Dayren Daniel hanya mengangguk. Tangan dimasukkan kedalam poket kemudian menyambung semula langkahnya. Bibir melorek senyuman sinis dalam diam.

*****

"SAYA minta maaf Encik. Sekejap lagi saya akan hantar orang untuk kemaskan semula." Ujar Kak Izah kepada orang disebelah talian.

The Real Self Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang