BAB 8

689 16 2
                                    

JEMARI yang berada diatas ribanya diramas sesama sendiri. Menahan perasaan takut. X yang melihat tingkah Alisha Dahlia tersenyum sinis dibalik topeng muka yang dipakainya. Topeng muka yang sentiasa dipakai apabila bersama Alisha Dahlia.

Risau jika musuhnya perasaan akan diri sebenarnya. Kelak hancur semua rancangan yang telah diatur sekian lama olehnya itu. Bukan mudah untuk dia mengatur rancangan itu seorang diri. Tambahan pula, orang yang hendak dimusnahkan itu amat berkuasa orangnya.

"So, aku nak kau dengar apa yang aku terangkan ni baik-baik. Aku takkan ulang." Ujar X tegas. Posisi duduknya hanya santai. Tetapi matanya memandang kearah Alisha Dahlia tajam.

Alisha Dahlia yang duduk berhadapan dengan X hanya mengangguk faham. Kini mereka berada didalam pejabat X yang berada dirumahnya sendiri.

"Read first." Arah X sepata. Sebuah fail berwarna hitam dihulur ke arah Alisha Dahlia.

Alisha Dahlia mengangkat pandangan. Fail bertukar tangan. Setiap patah perkataan dibaca dengan teliti.

Biodata Tengku Dayren Daniel.

Bacaan terhenti seketika. Dada terasa sakit tatkala nama itu menyapa pandangan mata. Peristiwa di bilik hotel Tengku Dayren Daniel terimbas kembali. Fail ditangan digenggam kuat. Perasaan bercampur baur. Keluhan lemah dilepaskan.

"Nak buat apa dengan biodata ni?" Soal Alisha Dahlia apabila selesai membaca semua maklumat berkaitan Tengku Dayren Daniel.

"Aku nak kau ingat semua tu. Benda tu akan senangkan kerja kau." Jawab X tenang. Alisha Dahlia hanya mengangguk. Bagai kerbau dicucuk hidung.

"Aku kenal Dayren dah lama. Aku tahu semua rancangan dia. So, tugas pertama kau setakat ni senang je." Ujar X tenang. Posisi duduk ditegakkan. Masa untuk beraksi.

*****


BAJU uniform kerjanya dilipat kemas kemudian dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Setengah jam lagi waktu kerjanya akan bermula. Nasib sajalah selepas berjumpa dengan X tadi, dia terus dihantar ke rumah semula.

"Ibu, Lia pergi kerja dulu tau. Lia dah lambat ni." Ujar Alisha Dahlia selepas menyalam tangan Puan Arshia. Sedaya upaya dia hendak mengelak dari ibunya.

Sejak kejadian semalam, dimana X membuat masalah dirumahnya. Puan Arshia hanya mendiamkan diri sahaja. Dari pagi lagi ibunya itu tidak bercakap dengannya. Dan, perkara itu amatlah melegakan Alisha Dahlia.

Dia kenal ibunya, Puan Arshia pasti akan berdiam diri jika ada sesuatu bermain difikirannya. Dan Alisha Dahlia pasti ianya melibatkan kejadian malam tadi.

Mana tidaknya sudah pasti ibunya akan mengesyaki sesuatu. Bayangkan beberapa orang lelaki yang berpakaian tertutup serba hitam masuk ke dalam rumah mereka secara tiba-tiba. Ditambah pula, orang itu mengikat mereka ibarat dijadikan tebusan. Malah rumah turut disepahkan.

Kemudian, apabila Alisha Dahlia sudah mengatakan dia terima akan tawaran X, atau lebih tepat lagi ugutan itu. X terus sahaja berlalu pergi diikuti orang-orang suruhannya. Sungguh biadab.

Sudahlah rumah mereka disepahkan. Bukannya nak kemas dulu sebelum keluar. Yang kena mengemas semula Alisha Dahlia juga. Huh!

Belum sempat dia hendak menoleh, terasa tangannya direntap dari arah belakang.

"Lia ada sorokkan sesuatu dari ibu ke?" Soal Puan Arshia. Dia dapat rasakan anaknya seperti menyembunyikan sesuatu darinya.

"So..sorokkan sesuatu? Ma..mana ada. Lia tak sorokkan apa-apa lah ibu." Tipu Alisha Dahlia. Suaranya bergetar tatkala kata-kata itu terungkap dari bibir merahnya.

The Real Self Where stories live. Discover now