SUASANA di dalam kereta itu hanya sunyi tanpa sebarang suara. Dahlia yang mula berasa ngantuk, sedaya upaya cuba untuk bertahan daripada terus terlelap. Mana tidaknya, jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.
Seketika dia mencuri pandang Tengku Dayren yang berada di sebelah, fokus memandu. Lelaki ni, baginya amat mesteri. Tidak dapat dijangka. Tengok sajalah tindakan gila lelaki itu sebentar tadi. Huh. Tidak semena-mena kejadian di kediaman lelaki itu menjengah di ruang fikiran.
Flasback
"So Dani, anything you want to tell us?" Tenang saja Puan Qarina menyoal.
Kini, semua ahli keluarga Tengku Dayren sedang berkumpul di ruang tamu yang berada di tingkat dua rumah agam tersebut sementara menunggu majlis bermula. Ini pun mereka berkumpul atas arahan Puan Sri Qayrah. Katanya anak terunanya nak buat kejutan. Hrm kejutanlah sangat. Beria-ia sungguh makcik Qayrah ni.Seram saja Dahlia memandang semua ahli keluarga Tengku Dayren tu. Mana taknya semua pakat tayang muka beku. Baik perempuan atau lelaki. Seram!
Haih, aci tak kalau dia nak lari balik rumah sekarang?Terkejut juga dia apabila masuk saja ke bahagian ruang tamu tingkat dua itu, kelihatan semua ahli keluarga lelaki itu sudah berkumpul. Lagak seperti dia seorang penjenayah yang sedang menunggu dirinya dibicara.
Tengku Dayren hanya menayang riak tenang. Mata melirik ke arah Dahlia yang duduk sambil menunduk di tepinya. Takut barang kali. Seketika mata memandang ke hadapan pula, tempat di mana Puan Sri Qayrah dan Tengku Drayyen berada. Sempat dia melihat senyuman dan kening terjongket mamanya. Faham sangat dengan maksud wanita itu. Dia tersenyum sinis. Hanya mereka yang faham makna dibalik semuanya.
Tanpa membuang masa lagi, Tengku Dayren memulakan bicara.
"Meet my future wife, Alisha Dahlia." Singkat dan padat.
Namun, cukup membuatkan Dahlia dan ahli keluarganya tergamam. Kecuali, Puan Sri Qayrah. Tengku Dayren hanya tersenyum sinis melihat wajah terkejut Dahlia tika ini.
Dahlia yang masih tidak percaya terus saja mengangkat pandangan memandang tepat ke wajah tenang lelaki itu dengan riak penuh persoalan dan terkejut bukan kepalang. Sah! Tengku Dayren ni kena sampuk gamaknya.
Mana taknya, tiada angin tiada ribut tiba-tiba saja mengaku dia ni 'bakal isteri' lelaki itu. Gila!
Hey, Tengku ingat kahwin ni macam main kahwin-kahwin zaman kecil tu ke? Bila mak panggil terus lari bertaburan? Entah suami kemana, isteri kemana. Takut punya pasal. Huh!
"Are you serious Dani?" Bagaikan tidak percaya Puan Qarina mendengar bicara cucu sulungnya itu.
"Yes ma. Ni bakal isteri Dani. Tak lama lagi Dani nak kahwin. Am i right Dani?" Sampuk Puan Sri Qayrah. Menjawab soalan Puan Qarina sekaligus mengajukan soalan kepada Tengku Dayren. Senyum manis di wajahnya bukan main manis lagi! Gembira sangat mungkin sebab dia bakal mendapat menantu. Tadi depan pintu bukan main berlagak! Haih.
Tengku Drayyen memandang pelik isterinya di sisi. Eh, kenapa happy semacam ni. Ada-ada sajalah karena isterinya ini. Kini, dia memandang wajah anaknya pula. Tenang saja wajah itu. Dia tahu pasti ada yang dirancang anaknya ini dalam diam.
"Yes nenda. She will be my future wife soon." Tenang Tengku Dayren menjawab soalan Puan Qarina. Ekspresi wajahnya hanya kosong. Bagaikan tiada perasaan langsung. Menyukarkan mereka yang berada di situ untuk menebak niat sebenar lelaki itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Real Self
AksiOn Going . . ALISHA DAHLIA sebaris nama yang mampu menggetarkan jiwa kaum Adam hanya kerana memiliki rupa paras yang anggun dan sikap rendah diri yang dimilik. Namun kehidupan gadis yang baru berusia 17 tahun itu tidaklah seperti remaja lain. Hidup...