Mafia Boss ☠️ |heyitsmemisya
Taehyung keluar dari mansionnya seawal 7 pagi, dia keluar di masa Miso masih terlelap tidur. Selalunya orang kalau baru berkahwin akan bercuti sehari atau dua hari, Taehyung berbeza. Dia buat cara dia sendiri.
Walaupun Miso tidak lagi mengikuti kegiatan mereka tetapi wanita itu tidak mungkin tidak menjalankan tugasnya dia dan Hoseok memantau tracking pada setiap kereta senjata api yang Taehyung edarkan.
Taehyung sampai di gudang senjatanya dia lihat ketua pembekal senjatanya sedang berbicara dengan Yoongi.
"Taehyung." kata Encik Gyu.
"Mr. Gyu what happened?" soal Taehyung, Encik Gyu pembekal di daerah kelab malam milik lelaki itu di Busan.
"semalam dua buah pasukan polis unit khas serang markas kita orang aku tak pasti kenapa aku pelik itu polis atau apa mereka takda pula menampakkan logo mereka." jawab Encik Gyu berbicara.
"ada apa-apa hal lagi kau tahu tentang hal ni Yoongi?" tanya Taehyung sambil dua tangannya di sisi pinggangnya. Dia kemudian fokus mendengar Yoongi.
"lepas itu mereka buat apa dengan senjata kita kau dah hantar spy untuk tengok mereka?" tanya Taehyung. Yoongi mengangguk.
"sekarang mereka tengah siasat. Kita tunggu sahaja."
"tunggu? I don't want to wait anymore!" marah Taehyung. Moodnya sekarang bercelaru cenderung memarahi sesiapa sahaja yang membuatkan kepalanya serabut.
"kau kena sabar Tae, diaorang mungkin benar-benar polis yang mengintip kegiatan kita. Aku dengar sekarang kita sedang diburu" kata Jungkook.
Taehyung ketawa mendengarnya. Dia berpaling memandang Jungkook.
"let's see how this can make huh? Let's see siapa yang berani arahkan arahan untuk menentang aku Let's see then." kata Taehyung menjeling Encik Gyu yang sudah tersenyum sinis.
Berapa tahun dia bekerja dengan Taehyung kawasan kelabnya dikawal rapi dengan jagaan orang-orang Taehyung. Mungkin kumpulan Taehyung terlihat biasa-biasa sahaja namun inilah kegiatan Taehyung bermain dengan dadah, menghasilkan senjata haram dan menjualkannya kepada orang luar.
Orang yang berani mati untuk 'perniagaan' haram ini.
Aku sedang memasak donat terasa ingin memasak. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku bertukar aura menjadi seorang ibu yang ingin terbaik buat bakal anaknya. Aku tersenyum saat melihat donat-donat yang aku masak sempurna.
Pagi tahu aku keluar pergi ke klinik bersama dengan Jimin, dia ditugaskan untuk mengawasi aku jika aku ke klinik kesihatan untuk memeriksa kandungan aku.
Dokter berkata aku harus belajar untuk tenang kerana ibu mengandung sukar mengawal emosi.
Aku membancuh coklat dan dicalitkan pada donat tadi. Tiba-tiba telefon aku berdering.
"hello siapa ini?" soal aku menjawab panggilan. Suara itu berbicara dan suaranya aku kenal.
"Eric?" kataku.
"ya saya? Ini sayalah" katanya menjawab aku. Aku menekup mulut aku.
"Eric? Mana awak dapat nombor saya?" tanya aku. Dia terkekeh.
"saya dapat dari Hwasa, saya terjumpa dia digwangju semalam." jawab Eric, lelaki ini adalah pegawai atasan di balai polis Gwangju dahulu. Ingatkan aku pernah menjawab pegawai biasa di sebuah balai polis.
Dia pernah terlibat perperang sengit dan dia koma hampir 2 bulan. Sekarang dia sedar akhirnya dari mimpi lena berpanjangan.
"awak okey? Saya dengar dari Hwasa awak sudah berkahwin." kata Eric. Aku tersenyum.
"ya.. Saya memang sudah berkahwin. Saya-"
Aku terkejut lihat Taehyung merampas telefon bimbit aku. Dia menjeling aku dan menamatkan panggilan telefon tadi.
"apa ni!? Aku tengah bercakap dengan kawan aku lah!" kataku cuba merampas semula telefon aku tadi. Taehyung menjauhkan telefon itu dari aku.
Aku rasa geram betul dengan Taehyung nasib aku mengandung. Kalau tidak aku terajang dengan lelaki di depan aku ini.
"suka hatilah!" kataku menolak dadanya, aku berjalan terus keluar dari bilik dapur. Aku terkejut saat bahumu seperti dilanggar oleh seseorang aku turut memandang orang itu aku pun mengilangkan lengannya lalu aku melabuhkan tubuhnya dari belakang ke depan aku.
"argh!!! Yah!!" jeritnya, aku terkejut Hwasa?
"kau nak bunuh aku ke??!!" kataku, aku mengangkat semula tubuhnya dia terbatuk-batuk.
"macam-"
"dia datang jumpa aku dan dia cakap nak jumpa kau. Aku bagi asalkan dia tak laporan tempat kita dimana or trust me I'll kill her" kata Taehyung menjeling aku dan Hwasa dan berlalu naik ke atas.
Aku tersenyum memeluk tubuh wanita itu aku gembira sebenarnya melihat dia datang akhirnya menjenguk aku.
"selamat pengantin baru bestie!" katanya aku tersenyum kembali memeluk erat tubuhnya. Aku dan Hwasa berjalan duduk di ruang tamu.
"aku datang sebenarnya ada benda aku nak bagi tahu kau" katanya. Aku pula tekun mendengarkannya.
"Eric dah sedar dari koma dia" katanya. Aku tersenyum.
"aku tahu, dia call aku tadi dia cakap yang dia dah sedar dan dia minta nombor aku dari kau, tapi kenapa erk?" tanya aku pula. Hwasa mengerut dahinya.
"kenapa?"
"yalah kenapa dia minta nombor telefon aku?"
Hwasa mengelengkan kepalanya. Aku bertongkat dagu aku pun sama buntu kenapa ya? Mungkin dia pihak atasan selepas ketua polis tetapi aku pasti dia taklah mengenali aku dengan rapat.
Bahkan kami hanya berbicara saat kami ada kerja dahulu sahaja.
"alah.. Mungkin cuma nak call kau, sebab kan masa itu kau juga yang tolong jagakan keluarga dia masa dia koma kau lupa?" soal Hwasa. Aku menepuk dahiku.
"ahh betul juga kan!"
Hwasa mengelengkan kepalanya.
"ah! Tunggu aku nak pergi ambilkan kau donat yang aku masak tadi!" kataku, Hwasa pun tersenyum mengangguk.
"aku harap kau betul-betul tolong aku Eric." kata Hwasa.
YOU ARE READING
MAFIA BOSS S1
ActionKIM TAEHYUNG ft. LEE MISO Cinta? Kim Taehyung tidak percayakan cinta. Sifat lelaki itu dingin, keras kepala dan sifat tidak pedulinya. Terlahir dari keluarga mafia. Lee Miso pula gadis yang juga terlahir dari kalangan Mafia. Namun tidak berkunjung...