BAB 6

5.5K 605 179
                                    

Bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu menghentikan perbualan di antara Airish dan Puan Laila. Di luar ada suara yang memberi salam. Salam itu disambut oleh Airish dan Puan Laila.

Puan Laila segera membuka pintu rumahnya dan terjegul muka Aryana, kawan satu universiti Airish.

"Siapa, umi?" soal Airish seraya mendekati uminya.

"Airish! Rindunya dekat kau," terjah Aryana lalu memeluk tubuh kecil Airish dengan erat. Terkejut Airish apabila dipeluk secara tiba-tiba tetapi bibirnya terus mengukirkan senyuman.

"Aryana? Ya Allah! Aku pun rindukan kau." Airish membalas pelukan Aryana. Rindu tak terkata terhadap kawannya yang satu itu.

Tersenyum Puan Laila melihat keakraban mereka berdua. Mereka sangat rapat semenjak di bangku sekolah lagi. Namun, setelah Airish kemalangan, Aryana tidak datang melawat Airish. Sibuk barangkali.

"Makcik... Aryana nak bawa Airish jalan-jalan boleh? Dah lama tak luangkan masa dengan Airish." Ariana mengedipkan matanya beberapa kali. Bibirnya pula tak lokek dengan senyuman.

"Boleh tapi balik sebelum maghrib ya. Ini pun dah pukul 6 petang," tutur Puan Laila dengan lembut.

Airish dan Aryana apa lagi. Terus bersorak kegirangan lagi-lagi Airish. Mana tidaknya, setelah dia keluar dari hospital, dia hanya berkurung sahaja di dalam rumah.

Bukan dia tidak mahu keluar ambil udara yang segar tapi umi dan ayahnya yang melarang keras supaya tidak keluar tanpa ditemani sesiapa.

"Jom Airish!" ajak Aryana sambil memandang ke arah Airish.

"Kau tak payah la bawa tongkat. Aku kan ada," ujarnya setelah melihat Airish sibuk menghayunkan tongkatnya.

Tongkat Airish diambil lalu diserahkan kepada Puan Laila. Dia memimpin tangan Airish sambil melemparkan senyuman manis.

Pada awalnya, Airish agak ragu-ragu untuk tidak membawa tongkatnya. Selama ini, tongkat itu la yang menolongnya berjalan.

Namun, memikirkan Aryana ada disisinya menyebabkan keraguannya tadi terhapus begitu saja.

Seusai bersalaman, Airish dan Aryana segera memboloskan diri ke dalam kereta. Sejurus itu, kereta Aryana laju membelah jalan. Mulut mereka sibuk berceloteh sepanjang perjalanan.

"Kita nak pergi mana ni?" soal Airish. Dia hairan kerana rasanya dah hampir sejam Aryana memandu kereta tetapi masih tiada tanda-tanda untuk berhenti.

"Adalah!" balas Aryana ringkas. Senyuman penuh makna tersungging di bibirnya.

Bunyi laungan azan maghrib menyebabkan hati Airish resah. Entah ke mana la Aryana ingin membawanya.

"Er... Aryana. Aku rasa kita patut pulang sekarang. Nanti umi aku risau," tutur Airish dengan berhati-hati.

Aryana diam tidak membalas. Ariana berterusan memandu sehingga sampai di suatu tempat yang begitu sunyi.

"Jom turun! Kita dah sampai." Aryana bergegas menapak keluar dari keretanya.

Baru sahaja Airish ingin menjejak kakinya ke tanah, Aryana menarik lengannya dengan drastik menyebabkan badannya terdorong ke hadapan.

"Ke... kenapa ni Aryana?" tanyanya dengan gagap. Dia merasakan seolah-olah ada sesuatu yang buruk akan menimpanya sebentar lagi. Nalurinya tidak pernah salah!

Soalannya tidak berjawab malah dia diheret secara paksa oleh Aryana. Setelah itu, Aryana menolak badannya sehingga dia terjelopok di atas tanah. Dia mendesis kesakitan.

Mrs. AydenWhere stories live. Discover now