BAB 25

3.5K 293 57
                                    

"Sa... saya tak setuju." Airish memberi kata putus. Dia menyandar badannya ke sofa. Dia tahu dia dah siakan peluang yang ada tapi... perlu ke dia berbahagia di atas keperitan orang lain?

Walaupun Alissa sendiri yang sanggup dermakan mata dia untuknya, dia tetap rasa bersalah dengan Haydar.

Yang lain tercengang mendengar keputusan Airish. Bagi mereka, Airish membuat keputusan dengan melulu.

"Kau dah kenapa budak ketot? Tak nak tengok muka macho aku ke? Tak nak tengok muka suami kau yang macam bontot kuali tu? Tak nak sembuh?" soal Mark bertubi-tubi. Dah macam machine gun!

Jelas mukanya tidak puas hati. Langsung tidak boleh terima dengan keputusan Airish.

Airish mengemam bibirnya. Tipu betul kalau dia cakap dia tak nak tengok muka Ayden. Selama ni, itulah yang dia harapkan.

Ivan menjentik kuat dahi Mark. Geram sebab Mark sempat masuk bakul angkat sendiri tadi! Sudahlah mengutuk Ayden! Melalut pula mamat sewel ni!

"Kenapa?" Ayden bertanya sepatah walaupun dia sudah tahu jawapan isterinya. Dia ingin mendengar dari mulut isterinya sendiri.

Kalau isterinya tak setuju, apa alasan yang akan dia berikan kepada isterinya bila dia terpaksa mengundurkan diri nanti?

"Jangan risaukan saya, Airish. Lagipun ni permintaan Alissa sendiri. Saya cuma perlu izinkan je untuk memudahkan pembedahan nanti. Jangan rasa bersalah," pinta Haydar dengan bersungguh-sungguh. Kalau Airish tak terima, dia pula yang akan rasa bersalah dengan arwah adiknya nanti.

Airish mengetap kuat bibirnya. Dirinya mula berasa serba tidak kena. Nak je dia terus bersetuju setelah mencerna bait bicara dari Haydar.

Tapi... kenapa separuh dari hatinya memaksanya untuk menolak? Dia dapat rasakan yang dia bakal ditinggalkan kalau dia bersetuju.

"Jangan tolak, Airish. Kalau tak, awak buat saya rasa bersalah seumur hidup saya." Suara Haydar seakan mendesak. Kalau disuruh melutut pun, sumpah dia akan buat. Dah tak kisah pandangan orang lain.

"Haydar, sa... saya..." Airish meneguk air liurnya yang terasa kesat. Susah betul bila dilema ni! Bagi dia, tidak setuju adalah yang terbaik buat dirinya. Kalau dia setuju pula, itu semua hanyalah kebahagiaan buat orang yang menyayanginya.

Setuju demi orang lain atau tak setuju demi kebaikan dia sendiri? Mana satu pilihan yang akan dia buat? Tapi perlu ke dia pentingkan diri sendiri hanya untuk kali ini je?

"Tesoro..." Ayden memanggil isterinya apabila isterinya hanya berdiam diri. Wajah isterinya dipandang penuh risau. Kenapa isteri dia teragak-agak untuk terima? Isteri dia tak nak sembuh ke?

"Saya akan setuju kalau Ayden sanggup berjanji sesuatu dengan saya," ucap Airish lancar. Dadanya berdebar-debar. Betul ke apa yang dia buat ni?

Semua sudah bersorak sakan. Gembira tak terkata bila Airish dah bersetuju. Maknanya Airish dah boleh melihat kembali bila tiba masanya nanti. Namun tidak bagi Ayden. Dahinya berkerut seribu. Berjanji? Janji apa yang perlu dia buat?

"Janji dengan saya yang awak takkan tinggalkan saya. Lagi-lagi masa saya tengah operate." Airish menggigit bibir bawahnya. Hujung bajunya diramas. Ketika ini, jiwanya diusik pelbagai emosi.

Gembira, sedih, malu. Gembira sebab hidupnya akan kembali normal. Sedih apabila dia merasakan yang dia bakal ditinggalkan. Malu tatkala dia perlu menebalkan muka hanya untuk janji yang tidak pasti.

Sebaris ayat tapi kesannya cukup mendalam buat Ayden. Isteri dia macam tahu-tahu je rancangannya.

"Ayden! Kau ni pun... berjanji jelah! Macam la kau akan tinggalkan dia," cebik Ivan sambil memutarkan bebola matanya. Berani Ayden tinggalkan Airish? Memang dia sebat punggung jejaka itu!

Mrs. AydenWhere stories live. Discover now