BAB 36

1K 61 3
                                    

Mark dan Ivan saling berpandangan buat seketika. Otak mereka pula sedang bekerja keras mencari alasan untuk lari dari situasi tersebut. Tidak mahu terjebak sama. Cerita dongeng apa yang dorang nak bagi ni?

"Aku balik dulu, geng! Kepompong aku dah nak beranak!" ujar Mark selamba walaupun dia agak tergopoh-gapah bangun dari duduknya. Tidak tunggu lama, dia terus membuka langkah untuk beredar dari situ.

Namun, baru sahaja beberapa tapak dia melangkah, terasa kolar bajunya ditarik dari arah belakang membuatkan badannya terdorong sedikit ke belakang. Hatinya mendongkol geram.

"Hantu kepala hijau mana pulak yang tarik aku ni?" marahnya, sedikit bengang. Kepalanya ditoleh untuk melihat gerangan yang menarik kolar bajunya. Tidak semena-mena, air liurnya diteguk tatkala melihat muka dingin dan pandangan tajam dari gerangan tersebut.

Hah sudah! Kalau dah bapak harimau ni pegang dia, memang tak ada peluang la dia nak lari. Confirm! Dia menggaru pelipis kanannya yang tidak gatal.

"Aduh, jangan cakap aku kena jadi storyteller pulak lepas ni," gumamnya perlahan. Inilah salah satu sebab dia nak lari dari situasi ni. Tak mahu jadi mangsa 'storyteller' tak berbayar Ayden!

"Jangan nak lari," larang Ayden dengan keras. Matanya merenung tajam mata milik Mark. Bagai nak tembus dia tenung Mark! Pandai buat, pandai la tanggung.

"Kau!" Kali ini matanya beralih pula pada Ivan yang sudah tercegat di depan pintu. Hanya tunggu masa sahaja untuk angkat kaki dari situ.

"Kalau masih rasa nak bernafas di muka bumi ni, pandai-pandai kau berjalan datang sini balik. Atau... kau nak aku pergi escort kau?" Nada suaranya hanya mendatar namun masih terdengar sinis. Muka tidak beremosi ditayangkannya. Tangannya yang sedang memegang kolar baju Mark dilepaskannya.

"Ish, benci betul aku dengan orang tua ni. Suka main ugut-ugut orang. Dasar Ayden tua!" rungut Ivan dengan muka yang memerah akibat geram tapi kakinya tetap melangkah mendekati Ayden dan Mark.

Kalau ikutkan, bukan salah dia dan Mark pun. Salah Ayden juga! Dia yang rancang itu ini, alih-alih dia dan Mark juga yang kena. Tak guna betul! Tapi... Mark tu tetap juga salah sebenarnya! Sebab semua tu idea Mark. Dia langsung tak ada kena mengena! Mana adil!

Dia duduk di sofa berhadapan dengan Airish. Mark turut mengambil tindakan yang sama. Mereka sempat bertukar pandangan sebelum masing-masing menggerakkan bibir mereka, mengucapkan sesuatu tanpa suara.

Airish hanya memandang dua jejaka itu. Tahu yang mereka berdua sedang mengutuk Ayden apabila dia dapat membaca gerak bibir dua jejaka tersebut.

Ayden yang sedang berdiri di antara dia dengan Mark dan Ivan pula dipandang. Baru saja dia ingin membuka mulut tapi Haydar terlebih dahulu bersuara.

"Er... aku keluar la sekejap. Duduk depan pintu bilik. Korang settle kan la dulu masalah korang." Usai sahaja dia berkata, dia terus angkat kaki beredar dari situ. Lagipun dia tidak ada kena mengena dengan hal tersebut bahkan dia langsung tak faham apa yang dibicarakan oleh mereka semua.

Ayden hanya mengangguk faham. Dia tahu yang Haydar tidak tahu soal ini disebabkan ketika itu jejaka tersebut tidak ada di Malaysia.

"Jadi... apa maksud Ivan? Siapa yang rancang semua tu?" soal Airish tanpa berbasa-basi. Tidak betah untuk menunggu jawapan daripada tiga jejaka di hadapannya itu.

Dia menunggu tiga jejaka itu memberi respons tapi sorang pun tak ada tanda-tanda untuk buka mulut. Agak-agak ada emas ke dalam mulut dorang ni? Dia mengeluh.

"Tu plan Mark dan Ivan, tesoro. Bukan aku." Ayden mula membuka cerita. Ketika melontarkan ayat tersebut, sempat dia menjeling ke arah Mark dan Ivan.

Melopong Mark dan Ivan dibuatnya. Tak percaya dengan kenyataan yang keluar dari mulut Ayden. Cenggitu aje dibuatnya mereka?

Mrs. AydenWhere stories live. Discover now