BAB 23

3.6K 309 42
                                    

"Bos, macam mana dengan adik Haydar?" Elinna menerkam Ayden dengan soalannya sejurus sahaja Ayden masuk ke dalam rumah.

Dia ditugaskan untuk menjaga Airish di rumah. Kata bosnya, risau kalau jadi apa-apa dekat isterinya. Iyalah... baru tadi terjadi kejadian yang tak diduga berlaku.

"Masih dalam wad kecemasan. Airish mana?" soal Ayden tatkala dia langsung tidak nampak kelibat Airish. Sejak dia masuk dalam rumah tadi matanya asyik meliar mencari isterinya.

"Dekat atas. Dia tidur kot sebab dia baru lepas makan Panadol." Elinna membalas sambil memandang wajah kacak bosnya. Walaupun pakaian bosnya dah serabai habis, dia masih nampak kacak.

Kalau bos dia belum kahwin ni, mahunya dia masuk jarum! Tapi bosnya tu mana la layan perempuan!

Nak tunggu bos dia bercakap dengan perempuan pun macam tunggu gajah bertelur je. Mustahil! Dengan dia pun Ayden akan bercakap hanya atas urusan kerja. Entah macam mana bos dia boleh tangkap cintun dengan Airish. Hebat betul penangan Airish ni.

"Panadol?" Berkerut dahi Ayden bertanya. Hairan. Airish demam ke apa? Bertambah risau hatinya saat ini.

"Dia senggugut," pintas Elinna laju. Rasa malu pula bila menyebut perkataan senggugut tapi apa boleh buat? Bos dia tu dah risau semacam je tadi! Runsing sangat dengan keadaan isterinya.

Melihat mulut bosnya membentuk 'O', dia tersenyum. Nampak jelas perangai protective bosnya bila bersama dengan Airish. Kalau dulu, mana pernah bosnya ambil tahu pasal orang lain selain Mark, Ivan dan Haydar.

"Saya balik dulu ya, bos." Dia meminta izin untuk pulang. Takkan la dia nak bertapa di rumah bos dia pula? Harus la dia pulang! Nanti kacau bos dia nak berasmaradana pula. Dia tergelak lucu di dalam hati. Bos dia tahu dia gelak nanti kang naya!

"Thanks, Elinna." Ayden mengukirkan senyuman. Ikhlas. Kalau tak ada Elinna, tak tahu la dia nak mengharapkan siapa untuk tengokkan isterinya masa dia tak ada dekat rumah.

Elinna tergamam. Rasa berbunga-bunga je hati dia bila Ayden senyum. Selama ni senyuman sinis je terukir di bibir Ayden. Lagi sedih bila secalit pun tak ada senyuman di wajah bosnya itu.

"Aiseyh! Jangan buat perangai Elinna! Suami orang tu!" Dia mengingatkan dirinya sendiri. Memang tak la dia nak jadi orang ketiga! Never! Tak pernah terfikir dek akal nak hancurkan rumah tangga orang.

Tanpa membuang masa, pintu rumah itu dituju. Sempat dia berpesan kepada bosnya untuk mengirimkan salamnya kepada Airish.

Belum puas dia meluangkan masa dengan Airish tadi. Senang betul dia dengan sikap Airish. Lembut je. Kadang-kadang macam budak-budak pun ada. Comel!

Ayden mengorak langkahnya ingin menuju ke lif untuk naik ke biliknya. Baru sahaja dia ingin masuk ke dalam kotak bergerak itu, dia terpandang sebuah kotak yang berada di bawah tangga.

Entah kenapa hatinya meronta-ronta untuk melihat isi di dalam kotak itu. Tak silap dia kotak tu kepunyaan Airish. Ada pakaian Airish ke? Rasanya semua barang isterinya dah siap dikemas.

Setelah isterinya itu berpindah ke rumahnya, hari tu juga dia kerahkan tenaga pekerjanya untuk mengemas barang-barang isterinya. Dia agak musykil dengan kehadiran kotak itu.

Kotak itu dibuka. Banyak set alat melukis yang sedikit berhabuk di dalam kotak itu. Sebuah buku berwarna hitam yang mempunyai bentuk hati berwarna merah di tengah menarik perhatiannya. Buku itu dibelek.

"Cantik. Kau memang berbakat, tesoro," pujinya bersertakan senyuman nipis. Satu persatu lukisan yang dilukis oleh isterinya ditilik.

Dia tahu isteri dia pandai melukis tapi dia tak pernah ada peluang untuk melihat lukisan isterinya dengan mata kepalanya sendiri.

Mrs. AydenWhere stories live. Discover now