BAB 22

4K 310 56
                                    

Disebabkan ramai yang tak nak Asya unpublish cerita ni,
so here we go✨
tapi awal-awal lagi Asya minta maaf sebab bab ni memang ke laut hakhak

----------------------------------------

"Awak..."

Ayden berpaling ke tepi. Laju kakinya melangkah mendekati isterinya yang kelihatan takut.

"Tesoro... kau okey?" Tubuh kecil isterinya dipeluk erat. Terasa tubuh isterinya itu sedikit menggigil. Rambut isterinya dicium semahunya. Syukurnya tak terkata! Lega hatinya melihat isterinya masih hidup.

Haydar mengurut dadanya. Fuh! Rasa nak meletup dadanya tadi! Nasib baik Airish okey je! Kalau jadi apa-apa dekat Airish, dia dan Ayden la yang paling akan rasa kehilangan.

"Sa... saya takut..." luah Airish. Perlahan je suaranya. Tubuhnya yang menggeletar hebat cuba ditenangkan. Bila dengar letupan tadi, rasa nak pitam je. Lagi-lagi letupan tadi datang dari arah tempat duduk mereka.

"Shhh I'm here, babygirl." Ayden memujuk lembut isterinya. Sekarang, dia langsung tidak boleh menafikan kewujudan Airish di dalam hatinya.

Sempat Ivan dan Mark berhigh five. Walaupun mereka sering bergaduh mulut dengan Airish, namun mereka tidak boleh nafikan yang mereka dah anggap Airish macam keluarga sendiri.

"Panik enggak?" tanya Mark sambil terkekeh-kekeh ketawa. Terbayang-bayang wajah frust menonggeng Ayden sebentar tadi. Hilang terus macho Ayden tadi!

"Paniklah masa enggak!" jawab Ivan. Dia ketawa terbahak-bahak sambil menekan-nekan perutnya. Kepalanya disandar pada bahu Mark. Beberapa saat kemudian, hidungnya terhidu sesuatu.

"Masam bodoh bau ketiak kau!" Dia merungut sambil menutup hidungnya menggunakan tangan. Merah padam hidungnya. Dah macam badut!

"Aduh... aku lupa nak pakai ubat ketiak tadi." Dengan selamba, Mark menghidu bau ketiaknya. Wajah geli-geleman ditayangkan.

Haydar lantas menyiku kepala Mark. Tak senonoh betul Mark ni! Dia pula yang rasa malu dengan perangai Mark!

Ayden menatap wajah Airish. Tertanya-tanya macam mana tiba-tiba je isteri dia boleh selamat. Naik hairan juga dia.

Baru sahaja dia ingin bertanya. Namun, deringan telefon Haydar mematikan niatnya.

"What? Korang ni tak berguna langsung! Aku suruh korang jaga adik aku tapi apa korang buat, hah?" jerkah Haydar dengan mukanya yang bengis. Pantas talian dimatikannya. Pokok bunga yang berada berdekatan dengannya disepak kuat.

"Kenapa?" tanya Ayden. Dia mula rasa tidak sedap hati melihat air muka Haydar yang berubah.

"Que... Dia culik Alissa," jawab Haydar ringkas. Dadanya berombak kencang. Rasa marah, menyesal dan takut! Rambutnya diserabaikan.

Airish terpinga-pinga. Haydar ada adik? Kenapa dia tak tahu? Atau... mungkin bukan urusan dia untuk tahu? Tapi kenapa adik Haydar kena culik? Siapa sebenarnya Que? Dia diasak pelbagai soalan namun satu pun dia tidak dapat jawapan.

"Korang gerak dulu. Aku nak hantar Airish," ujar Ayden sekali gus memberi arahan kepada mereka. Lepas satu-satu masalah! Belum sempat mereka mencerna kejadian tadi, sekarang kena hadap pula masalah lain!

➳༻❀✿❀༺➳

Nafas Ayden, Haydar dan Mark termengah-mengah dek kerana mereka asyik berbalas tembakan dengan musuh disebalik pokok sedari tadi.

"Bodoh la Que ni. Ramai pulak yang dia upah." Mark mendengus geram melihat musuh mereka langsung tidak berkurangan walaupun sudah ramai yang tumbang.

"Ivan, macam mana keadaan dekat dalam gudang?" soal Ayden melalui earbud di telinganya. Mata helangnya tajam memerhati gudang yang tidak jauh dari mereka. Tangannya pula tidak henti-henti melepaskan tembakan.

Mrs. AydenWhere stories live. Discover now