BAB 15

4.6K 377 169
                                    

"Korang pergi mana? Dating ke?" Ivan sengaja buat-buat bertanya. Saja nak bagi lakonan mereka lebih mantap! Kononnya...

Airish dan Ayden tidak memberi sebarang komen. Mereka lebih selesa mendiamkan diri. Tidak mahu membuka mulut.

"Ayden ni dalam hati ada taman. Kau apa tahu?" Mark menjeling Ivan. Dia masih menunjukkan ketidakpuasan hatinya terhadap jejaka itu. Dahi Ivan dijentik kuat. Padan muka!

"Ewah kau ni! Aku lempang kang!" kata Ivan. Tidak mahu mengalah dengan Mark. Dahi yang terasa pedih digosok. Tajam matanya memandang Mark.

"Dah mula dah..." Elinna membuat muka toya. Berkawan pun dua tu, bermusuh pun dua tu juga! Pelik tapi benar!

Sabar jelah layan drama mereka. Layan sambil gumpal kertas best juga! Senang nak baling dekat mereka berdua nanti!

Seorang lelaki yang berjalan mendekati mereka dengan tergesa-gesa diperhati oleh Elinna. Tu bukan ke lelaki yang terlanggar Mark ketika di mall?

"Airish! Jumpa juga awak akhirnya!" Lelaki itu memegang kedua-dua belah bahu Airish. Wajahnya ceria saja. Senyumannya melebar.

Airish terkaku buat kesekian kalinya. Kenapa... kenapa begitu banyak dugaan yang menimpanya? Lepas satu, satu dia kena hadap!

"Don't touch her!" Ayden menepis kasar lengan lelaki itu. Dia memandang tajam ke arah lelaki itu. Penuh dengan amaran.

"Awak buat apa dekat sini, Rayyan?" tanya Airish dengan nada mendatar. Dia kenal suara itu. Wajahnya kosong. Kosong seperti hatinya saat ditinggalkan oleh lelaki itu.

"Saya nak jumpa awak! Saya nak explain kenapa saya tinggalkan awak sebelum ni," jawab Rayyan tanpa mengendahkan pandangan tajam dari tiga orang lelaki yang berada berdekatan dengannya.

Semua itu tidak penting! Dia perlu menjelaskan mengapa dia menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita.

"Kenapa baru sekarang?" Pedas soalan yang dilontarkan oleh Ivan. Dia mengangkat keningnya ke atas. Lagaknya seakan ingin memprovok lelaki itu.

"Tak perlu explain apa-apa. Saya tak nak dengar!" Airish meninggikan suaranya. Terketar-ketar suaranya. Ajaibnya air matanya langsung tidak keluar. Barangkali hatinya sudah tertutup rapat buat lelaki yang bernama Rayyan Ilman!

Rayyan seakan tidak percaya dengan Airish yang sekarang. Dia tergamam. Sungguh dia tidak pernah melihat Airish meninggikan suara. Walau gadis itu marah macam mana sekalipun, dia tidak akan meninggikan suara. Namun, kali ini...

"Airish, dengar dulu! Masa tu saya terpaksa Airish. Saya terpaksa. Saya terdesak! Masa tu a... ada orang ugut nak bunuh saya kalau saya rapat dengan awak," terangnya senafas. Air matanya bergelinangan. Nada suaranya seperti terdesak.

Airish tidak pasti sama ada dia ingin percayakan lelaki itu ataupun tidak. Namun, lelaki itu seperti memberitahunya dengan jujur. Tapi siapa pula yang tidak suka mereka berdua rapat?

Ayden berdecit. Mark dan Ivan pula menayang wajah menyampah. Nak menipu pun agak-agaklah!

"Kau ingat aku tak tahu ke perkara sebenar, Rayyan Ilman?" Sinis sekali nada suara Ayden. Dengan Airish yang naif itu boleh la nak menipu!

"But it's okay. Lagipun Airish ni bakal isteri aku. Dah tak ada kena mengena dengan kau," tambahnya sebelum tersenyum mengejek.

Rayyan terkejut dengan kenyataan yang dinyatakan oleh Ayden. Tak mungkin! Tak mungkin secepat itu jejaka itu mula bertindak.

Tentang namanya pula dia langsung tidak pelik apabila Ayden mengetahui namanya. Dia tahu bahawa jejaka itu seorang mafia. Dia mendengus geram.

"Tak guna! Apa yang aku nak, semua kau dapat! Dari dulu lagi! Kau tunggu... Aku akan pastikan kau merana!" monolognya di dalam hati. Terpancar api kemarahan di dalam anak matanya. Mendidih darahnya.

Mrs. AydenWhere stories live. Discover now