BAB 1

19.6K 787 315
                                    

Bum!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bum!

Bunyi dentuman kuat dan kaca berkecai kedengaran. Keadaan kereta Kasih Airish amat mengerikan dan tragis. Keretanya terbalik dan remuk malah cermin keretanya pula pecah.

Hujan pula turun dengan lebatnya. Sesekali terdengar dentuman kilat yang sambar-menyambar seakan turut bersedih dengan kejadian yang menimpa Airish.

Airish tertiarap di atas jalan raya akibat tercampak keluar dari keretanya. Senyuman manis yang tidak lekang dari bibirnya tadi mati dengan serta merta. Diganti dengan darah membuak-buak keluar dari mulutnya.

"Allah! Allah..." Berkali-kali dia menyebut kalimah Allah. Dia menggigil menahan rasa sakit yang seakan tiada penghujungnya.

Nyawanya seolah-olah berada di hujung tanduk. Darah pekat sudah berlumuran di seluruh badannya. Tangannya pula bergetar hebat.

"Maafkan Kasih, ayah... umi... Kasih, tung... tunggu di sana..." rintihnya dengan suara tersekat dikerongkong.

Pergerakannya kian lemah. Matanya layu. Pandangannya mulai kabur. Suaranya yang mengerang kesakitan masih terdengar tetapi semakin perlahan dan akhirnya terdiam.

Setitik demi setitik air matanya menitis bercampur dengan darah. Perlahan-lahan kelopak matanya terkatup.

Dari kejauhan, ada sepasang mata yang memerhati kemalangan itu bersertakan senyuman kemenangan. Bibirnya dihiasi dengan senyuman sinis apabila melihat Airish sudah seperti nyawa-nyawa ikan.

"Akhirnya dendam kesumat yang tersemai di dalam hati aku pada kau terbalas jua!" soraknya. Dia ketawa kuat.

"Berhari-hari aku merancang rancangan kejam ini sehinggakan aku langsung tak sempat makan dan tidur!" sambungnya bersama hilai tawa. Tak ubah seperti seorang lelaki yang psycho.

                ****** ♪ ♬♬ ♪******

Hampir setahun Airish koma disebabkan kemalangan yang menimpanya. Encik Rahman dan Puan Laila tidak henti-henti membaca surah Yaasin untuk anak mereka yang hanya mampu terbaring kaku di atas katil hospital.

Tanpa disangka dada Airish berombak kencang seakan pernafasannya tercungap-cungap. Encik Rahman dan Puan Laila mulai panik. Namun, tidak lama. Dalam masa beberapa saat, pernafasan Airish kembali normal.

Encik Rahman dan Puan Laila menarik nafas lega. Mereka terus tidak jadi untuk memanggil doktor. Tanpa mereka sedari, hujung jari telunjuk kanan Airish bergerak-gerak.

"Ayah... Umi..." Terdengar lemah suara Airish dari atas katil. Dia cuba untuk membuka matanya. Gelap. Itu yang dia nampak.

Sedikit pun cahaya tidak menerobos ke dalam anak matanya. Dia terkebil-kebil seketika. Takkan blackout pula?

"Ya Allah, Kasih! Anak umi!" Puan Laila lantas memeluk tubuh anak gadisnya dan menangis semahu-mahunya.

Encik Rahman terus mengesat air matanya. Sebelum ini, dia memang sukar menitiskan air matanya. Namun kini sapu tangannya sudah basah dinodai air mata.

"Alhamdulillah. Kamu sedar juga akhirnya," ujar Encik Rahman. Dia tunduk mencium dahi anaknya.

"Ayah, umi... Ke... kenapa Kasih nampak gelap je? Tak ada elektrik ke?" soal Airish dengan blur. Dia masih lagi terpinga-pinga. Badannya yang terasa sengal diabaikan.

Dia hanya membahasakan dirinya Kasih dengan orang yang dekat dengannya sahaja.

Encik Rahman dan Puan Laila terpana. Bagai ada satu batu besar menghempap mereka. Mereka sempat bertukar pandangan. Jantung mereka berdegup kencang.

Dengan pantas, Encik Rahman terus memanggil doktor. Dalam masa lebih kurang lima minit, Encik Rahman kembali bersama seorang doktor yang merawat Airish.

"Kasih... Biar doktor periksa Kasih dulu ya," ujar Puan Laila. Dia mengusap lembut kepala Airish.

Doktor yang dikenali sebagai Dr. Aiman itu terus melakukan pemeriksaan terhadap Airish. Beberapa soalan diajukan olehnya kepada Airish. Tidak semena-mena dia melepaskan keluhan berat.

Airish mulai gelisah. Hatinya berat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Hatinya berasa tidak enak.

"Ke... kenapa doktor? Anak saya baik-baik saja kan?" soal Puan Laila dengan resah. Dia berdoa agar apa yang difikirkannya ketika itu tidak menjadi kenyataan.

"Saya minta maaf," ujar Dr. Aiman sambil meraup mukanya. Begitu berat dia ingin mengatakan hal sebenar.

"Kemungkinan besar anak Puan mengalami buta total iaitu dia tidak dapat melihat sebarang cahaya atau objek. Pendek kata, pandangannya hanyalah gelap seakan berada di dalam gua dek kerana ada serpihan kaca yang termasuk ke dalam anak matanya semasa kemalangan dulu," jelasnya dengan panjang lebar.

"Namun begitu, saya akan melakukan pemeriksaan lanjut untuk sebarang pengesahan. Saya minta diri dulu," pamitnya lantas beredar dari situ.

Tubuh Puan Laila lemah longlai. Dia hampir terjelopok di atas lantai. Nasibnya baik kerana Encik Rahman sempat menahan tubuhnya.

Airish pula sudah terkaku. Dia masih mencerna kata-kata dari Dr. Aiman. Rohnya bagai melayang saat mendengar setiap bait bicara Dr. Aiman.

Kini dia mulai sedar. Tidak hairanlah kalau sekelilingnya hanya hitam pekat seolah-olah kedua-dua belah matanya ditutup menggunakan kain.

"Kenapa aku, Ya Allah? Kenapa Engkau memilih aku untuk melalui semua ujian ini? Mengapa begitu berat dugaan yang Engkau berikan kepada aku? Aku tidak kuat, Ya Allah!" Bergema ruangan itu dengan raungannya. Akhirnya, air matanya bercucuran membasahi pipi.

"Sabar, Kasih. Kasih ada umi, ada ayah. Umi dan ayah akan selalu ada dengan Kasih," pujuk Puan Laila bersama deraian air mata. Dia memeluk erat tubuh anaknya.

"Kasih... Kasih patut bersyukur kerana Allah masih pinjamkan nyawa untuk Kasih. Anak ayah kuat, kan?" ucap Encik Rahman. Air matanya ditahan daripada jatuh.

Airish mengangguk laju. Cepat-cepat dia beristighfar. Dia tidak mahu menyalahkan takdir. Dia perlu bersyukur kerana telah diberi peluang kedua untuk hidup. Rasa bagaikan mati dihidupkan semula pun ada juga.

"Ya, ayah! Kasih kuat!" Begitu bersemangat dia melontarkan kata-kata itu. Bibirnya tersenyum manis setelah menyeka air matanya.

"Kasih kuat sebab Kasih ada ayah dan umi. Jangan tinggalkan Kasih, ya?" sambungnya.

"Ya, sayang... Umi dan ayah takkan tinggalkan Kasih," tutur Puan Laila sambil menguntumkan senyuman.

"Umi... Rayyan mana, umi? Dia tak datang ke?" tanya Airish.

Puan Laila dan Encik Rahman tersentak hebat. Allah! Begitu banyak dugaan yang menimpa anak mereka.

Melihat kebisuan kedua-dua ibu bapanya. Hatinya dipagut rasa sedih. Senyumannya kian memudar. Rayyan Ilman. Sang dia yang bertakhta dihatinya dari dulu sehingga kini.

"Rayyan... Di mana awak sekarang? Kenapa di saat saya membuka mata, awak tidak ada di sisi saya? Ke mana awak menghilang? Awak dah pergi meninggalkan saya ke? Tapi... Mengapa?" getus hati kecilnya.

Mrs. AydenWhere stories live. Discover now