BAB 26

3.4K 308 45
                                    

Pagi-pagi lagi Airish dan yang lain sudah terpacak di depan hospital. Setelah siap menjalani pemeriksaan, dia terus dibenarkan untuk melakukan pembedahan. Dia bersyukur kerana semuanya masih berjalan dengan lancar.

Sekarang ni dia sudah terbaring di atas katil di hadapan pintu bilik pembedahan. Sekejap lagi, dia akan ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan itu.

"Umi, ayah... Doakan Kasih tau." Senyuman manis diukir. Dari semalam dia berdoa supaya semua urusannya dipermudahkan. Doa penenang hati dibaca di dalam hati.

"Doa umi dan ayah selalu mengiringi Kasih, sayang," kata Puan Laila sambil menggenggam tangan anaknya. Kali ini, dia hanya mampu berserah kepala Tuhan yang Maha Esa.

Ayden menatap wajah putih bersih isterinya. Dalam keadaan macam ni pun isteri dia masih lagi mampu tersenyum. Kalau diberi pilihan, dia sanggup menggantikan tempat isterinya itu.

"Ayden..."

Dia tersentak tatkala namanya diseru oleh Airish. Dia mendekatkan dirinya dengan Airish. Tangan Airish dicapai sebelum dia mengusap lembut tangan kecil itu.

"I'm here, tesoro," sahutnya lembut. Dahi isterinya dicium sekilas.

Dada Airish terus berasa sebak setelah suara Ayden menyapa halwa telinganya. Ya Allah! Kenapa dengan dia ni? Hati dia langsung tak tenteram dari semalam. Bukan disebabkan pembedahan tapi disebabkan Ayden!

"Don't leave me," rintihnya berkali-kali. Berjurai-jurai air matanya. Sudah tidak mampu menahan air matanya daripada mengalir. Dengan secebis harapan, dia berdoa apa yang dia takutkan selama ini tidak akan terjadi.

Segala tangisannya dihambur di depan semua orang. Teresak-esak dia menangis. Kalau tadi dia mampu tersenyum, namun sekarang tidak lagi. Dia tak cukup kuat untuk kehilangan orang yang dia sayang.

"Shhh... Aku ada sayang." Ayden memujuk isterinya. Ditarik tubuh kecil isterinya ke dalam dakapannya. Ditepuk-tepuk belakang isterinya untuk menghilangkan sendu.

"Kau jangan risau la, Airish! Kalau Ayden tinggalkan kau, aku ganyang dia cukup-cukup! Tak pun aku sula je mamat beku ni!" Ivan bersuara setelah dia hanya menjadi pemerhati sedari tadi. Dia cuba untuk mengurangkan kebimbangan Airish.

"Kau nak sula dengan apa? Aku nak join, weh!" kata Mark dengan teruja. Hah, kalau bab ni laju aje!

"Aku nak join jugak!" jerit Elinna dan Haydar serentak. Tangan mereka diangkat tinggi ke udara. Bahagia je muka masing-masing.

"Diam, bahlol!" Mark dan Ivan memekik kuat. Dorang tak sedar ke yang dorang dekat hospital sekarang ni? Suruh orang lain diam tapi diri sendiri pun bising. Haih! Memekak aje kerja!

"Setan," carut Haydar. Ivan dan Mark dipandang dengan pandangan membunuh. Tak guna betul! Elinna menjulingkan matanya ke atas. Serius dia menyampah dengan dua ekor beruk tu!

Tak lama selepas itu, terdengar suara Mark dan Ivan mengaduh. Macam mana kalau tak mengaduh kalau Encik Rahman tengah pulas telinga mereka? Pedih wo! Berbisa betul tangan ayah Airish ni!

"Kamu berdua ni! Sekarang ni kita dekat hospital tau bukan dalam hutan hujan tropika ataupun hutan belantara!" bidas Encik Rahman. Tangannya masih lagi memiat telinga Mark dan Ivan.

Haydar tersenyum mengejek ke arah Mark dan Ivan. Puas hati dia! Tulah... Siapa suruh menyetan je kerja.

Pap!

Terus mati senyuman Haydar. Dia mengeringai kesakitan tatkala Puan Laila mencubit lengannya. Dah macam ketam tangan Puan Laila ni!

"Kamu pun sama je, Haydar. Jangan nak mencarut je kerja. Tak baik!" Puan Laila mula membuka ceramah tak berbayarnya. Haih! Susah juga kalau ada anak lelaki ni. Nakalnya ya ampun!

Mrs. AydenWhere stories live. Discover now