BAB 9

5K 434 143
                                    

Mark berlari anak menuju ke pintu rumah apabila terdengar enjin kereta memasuki perkarangan rumah. Mesti Ayden dah balik!

"Wei, Ayden! Macam mana kau tahu dia dah muncul balik?" Dia menyerang Ayden dengan soalannya tanpa sempat Ayden masuk ke dalam rumah. Ayden baru je ingin membuka pintu rumah!

Dia ni tak menyempat betul! Ada juga yang kena siku sat lagi. Dengan seluarnya yang sebelah di angkat ke atas, sebelah lagi pula berlubang-lubang. Dah macam orang hisap gam!

Ayden menghiraukan sepupunya. Dia berjalan ke ruang tamu lalu menghempaskan badannya di atas sofa lantas membaringkan tubuhnya. Tangan kanannya didaratkan di atas dahi manakala tangan kirinya pula diletakkan di atas perut.

Fuh! Lega betul bila dapat baring ni. Rasa macam diawang-awangan! Mungkin disebabkan badannya yang terlampau penat.

"Woi! Aku tanya ni gila!" Mark mula naik berang. Mana taknya, selamba badak je si Ayden ni landing di atas sofa tanpa menjawab pertanyaannya.

"Padan muka kau!" Ivan mengejek Mark sambil ketawa terbahak-bahak. Ivan ni mudah terhibur betul!

Pap!

Terus terdiam Ivan apabila bantal kecil elok mendarat di mukanya. Kembang kuncup hidungnya menahan geram. Ewah Mark ni! Main baling-baling bantal pula! Dah la kena hidung mancung dia. Patah nanti kang!

"Rasakan!" Mark menjelir lidahnya ke arah Ivan. Puas hatinya dapat mengenakan Ivan kembali. Dia mendabik dada seakan bangga dengan dirinya sendiri. Hampeh!

"Bunga." Ayden bersuara. Sekali gus meleraikan pergaduhan di antara dua jejaka itu. Masing-masing dah tua tapi masih sibuk bergaduh macam budak-budak!

Dahi Mark dan Ivan berkerut seribu. Mereka sempat berpandangan buat seketika. Ayden ni await? Dia nak bunga ke apa? Dah jadi mat bunga dah? Tiba-tiba aje. Buang tabiat ke apa?

"Aku jumpa bunga ros warna kuning sebelah umi Airish," terang Ayden. Tahu sangat otak Mark dan Ivan ni lambat pick up!

Mulut Mark dan Ivan mula membentuk 'O'. Sekarang, baru mereka faham! Ayden ni pun, cerita la sampai habis! Ini tak! Biarkan aje tergantung. Mana mereka berdua tak fikir bukan-bukan.

"Tapi mana la tahu kot-kot bunga tu memang dah ada dalam rumah perempuan tu?" Ivan cuba mengagak. Iyalah, siapa tahu kan? Tengok-tengok bunga tu daripada kekasih Airish!

Mark pula mengiyakan apa yang dikatakan oleh Ivan. Betul juga tu! Mana la tahu semua tu hanyalah kebetulan. Tak mustahil!

"Bunga tu... masih baru. Masa aku nampak bunga tu, bunga tu masih segar. Tak mungkin bunga tu kepunyaan dorang sebab bunga tu betul-betul berada di sebelah umi dia." Ayden mengeluarkan hujahnya. Dia memejam matanya buat seketika.

"Macam... sewaktu mummy aku meninggal. Yang beza hanyalah... jenis bunga," sambungnya lagi. Nadanya cukup menggambarkan bahawa dia tengah menahan sebak. Kata-katanya sedikit sebanyak membuatkan Mark dan Ivan berasa resah.

"Lagipun bunga tu sekuntum je. Aku yakin... dia dah kembali," tambahnya sambil mengeluh berat.

Tanpa sedar, Mark dan Ivan juga mengeluh. Nampaknya, dia memang dah muncul lagi. Bagaimana? Dan... mengapa? Banyak persoalan bermain di benak fikiran mereka ketika ini.

"Habistu kau nak buat apa sekarang?" soal Mark dengan serius. Jarang benar ingin melihat dia serius. Jikalau dia mulai serius, sudah pasti hal itu sangat penting!

Senyap. Ayden hanya diam tidak bersuara. Dia pun buntu. Dia tidak tahu ingin melakukan apa. Dia risaukan keselamatan Airish. Dia yakin... nyawa Airish dalam bahaya.

Budak kecil itu pula bukannya pandai self defense. Tangan pun dah macam ranting kayu. Ditambah pula dia tak dapat melihat apa-apa. Ayden mengeluh buat sekian kalinya.

"Kenapa muka hijau-hijau ni? Nak cendol ke? Tapi macam muka tengah tahan berak je." Selamba Mark mengata Ayden apabila melihat muka Ayden yang seakan berkerut-kerut memikirkan sesuatu. Dah datang balik dah perangai sewel dia! Eleh! Kejap aje dia serius.

"Bongok la kau!" Tawa Ivan kembali meletus. Dia ketawa sambil menampar-nampar lengan Mark yang berada di sebelahnya menyebabkan Mark mengaduh kesakitan. Lebam lengan Mark! Sah! Sah yang Ivan ni seorang yang mudah terhibur.

Kelakuan mereka berdua mendapat jelingan maut daripada Ayden. Jelas kelihatan rahang Ayden bergerak-gerak. Darahnya mula mendidih! Telinga pula seakan mengeluarkan asap yang berkepul-kepul.

"Auch! Ivan! Tolong aku! Aku terkena panahan mata lelaki yang kena sumpahan Elsa." Terjerit-jerit Mark meminta pertolongan daripad Ivan. Tangannya naik memegang dada seakan terkena panahan cinta.

Ivan yang sedar harimau jantan di hadapannya mulai bangun dari pembaringan, dia mula menjauhkan diri daripada Mark. Dia hanya mengabaikan jeritan Mark. Kecut perutnya melihat muka bengang Ayden! Baik dia lari sebelum harimau menerkamnya!

"Woi Ivan! Tolong aku la gila!" laung Mark meminta tolong apabila dia sedar bahawa dia sudah mengejut harimau yang sedang tidur! Dia cuba untuk melarikan diri.

"Kau... pakai baju warna kuning?" soal Ayden sambil membuat riak terkejut tatkala dia baru menyedari Mark memakai baju berwarna kuning tapi pelik sangat ke kalau pakai baju warna kuning?

Mark terpinga-pinga. Dia memandang tubuhnya yang dilitupi oleh baju t-shirt berwarna kuning. Apa kejadah soalan Ayden ni? Dah terang lagi bersuluh dia pakai baju warna kuning. Nak ditanya lagi buat apa!

"Jangan-jangan... kau budak perempuan yang viral tu?" tuduh Ivan dengan melulu.  Tangannya naik menekup mulutnya. Macam maknyah pun ada!

Sengaja ingin berkomplot dengan Ayden. Awal-awal lagi Ayden dah bagi isyarat kepadanya. Dia ketawa jahat di dalam hati. Nasib kau la Mark!

"Kau gila ke? Tu perempuan la bengap! Aku lelaki! Dah tak tahu nak bezakan di antara lelaki dengan perempuan ke?" pintas Mark laju ingin menafikan hal tersebut tapi dalam hatinya usah di kata. Berdebar-debar jantungnya! Risau juga kalau tu betul-betul dia.

"Laa, aku ingatkan kau perempuan. Maknyah rupanya," ucap Ayden selamba. Dia hanya beriak biasa padahal dalam hati dia sudah sibuk mengetawakan sepupunya yang sengal itu. Ambil kau!

Ivan ketawa kuat setelah mendengar ayat selamba yang meluncur keluar dari mulut Ayden. Dia mengangkat ibu jari kanannya ke arah Ayden.

"Bravo! Terbaik la kau Ayden," sorak Ivan dengan sisa tawanya.

Mark mendengus kasar. Mukanya dah macam ayam berak kapur! Ini kalau post dekat Tiktok, confirm viral dalam masa hanya beberapa minit! Mesti jatuh punya saham si sewel ni.

"Chau!" Ayden meninggalkan Mark yang hanya mampu mendengus. Nak jadi kerbau ke apa mamat ni?

Ivan pula hanya mengikut langkah Ayden. Dia sudah tidak mahu berada di situ dengan Mark! Kalau tak, mahunya dia disembelih oleh Mark! Tak nak la dia!

Dia masih ingin hidup lebih lama. Kahwin pun belum. Nak juga merasa kehidupan selepas kahwin! Mesti semuanya indah je kan? Mana taknya, bau kentut pun pasangan boleh cakap wangi macam bau perfume. Macam... tak betul je.

"Weh, Ayden! Maksud bunga ros kuning tu... kau tahu ke?" tanya Ivan sambil menyaingi langkah Ayden. Dia memandang wajah Ayden dengan penuh tanda tanya.

"Welcome back," balas Ayden ringkas namun cukup membuatkan Ivan bagaikan patung cendana. Terkedip-kedip matanya memandang Ayden, meminta kepastian.

Ya. Ternyata tekaan Ayden tepat. Nalurinya tidak pernah salah bahawa 'dia' sudah kembali... lagi.

Welcome back...

Mrs. AydenWhere stories live. Discover now