FG 6

1K 69 20
                                    

Selesai perbincangan antara aku, Anne dan Mel. Aku sambung kerja mengemas yang tertangguh tadi. Banyak lagi aku kena kemas nii. Sekarang pun dah malam. Dah lah jalan jauh lepas tu masuk kerja terus kena kemas bilik. Penat. Aku melepaskan keluhan berat.

Bunyi tapak kaki menuruni anak tangga menarik perhatian deria bunyiku. Tak lain tak bukan siapa lagi kalau bukan bos aku, Anne. Dia tersenyum sinis memandangku. Bahagia ke tengok aku macam nii.

"Barang yang tak perlu tu semua pergi je buang dekat luar tuu. Letak dalam plastik ikat elok-elok, esok Lori sampah datang kutip. One more thing P.A, esok jadual aku macam mana?"

"Esok free, takde shooting"

"Baguslah, kau ingat. Esok kita keluar, pergi cari barang. Siap awal, lambat aku tinggal" arahnya lalu berlalu pergi untuk makan malam. Macam tu je, taknak tanya aku sihat ke tak. Erghh. Motif nak keluar esok buat apa?

################################

Aku mengerling jam di tangan. Dah dekat pukul 12 malam. Mata aku pun dah berat. Dahlah lapar. Esok jelah aku sambung.

Lama aku merenung sofa panjang di depanku. Terkenang memory buruk semasa aku tinggal bersama makcik dan pakcik ku. Aku sering tidur di sofa kerana katilku perlu dikongsi bersama sepupuku. Semenjak aku tinggal dengan diaorang tak pernah sekali pun dia bagi aku tidur atas katil. Aku melepaskan keluhan berat. No, kehidupan aku dengan dulu lain. Aku tak boleh samakan. Nii ujian untuk aku mulakan hidup baru.

Figura yang Anne turun dari tangga menarik perhatianku. Mataku bertemu dengan mata hazel miliknya. Dia berlalu pergi tanpa menyapa. Beberapa minit kemudian, dia naik ke biliknya semula. Dia nii suka main tangga ke.

Aku baring di atas sofa dengan menyelimut diri menggunakan jacket yang aku ada. Mataku hampir terlelap. "Addie~" seseorang memanggil namaku. Pukul 12 malam panggil nama aku, berbisik pula tuu. Seram. "Addie~. Addie~" panggilnya lagi. Habis segala ayat kursi aku baca.

"Addie!!" hampir tercabut jantungg aku apabila seseorang menepuk bahuku dari belakang. Istighfar aku memegang dada.

"Kak Ti!! Kenapa tak bagi Salam dulu. Dahlah bisik"Kak TI hanya tersengih.

"Maaflah, takut kalau pnggil kuat sangat nanti Anne terjaga. Addie, tidurlah dalam bilik Kak Ti. Anne suruh"

"Boleh ke?" tanyaku hanya inginkan kepastian.

"Bolehlah. Jom. Barang-barang letak dalam bilik Addie dulu. Tapi Addie gii makan dulu. Kak Ti ada simpan lauk untuk Addie tadi. Anne suruh"

"Anne suruh?"soalku hairan. Pelik. Sejak bila dia jadi baik nii.

"Okeyy, terima kasih Kak Ti" aku berlalu ke dapur diikuti Kak Ti

Selesai aku mengisi perut, kami ke bilik Kak Ti. Dia menyuruhku tidur di atas katil miliknya tetapi aku menolak. Cukup bersyukurlah aku dapat tidur dalam bilik nii. Kak Ti hanya membentangkan tilam kepadaku lalu aku hanya tertidur kerana kepenatan dengan kerja mengemas tadii.

################################

3rd view

Alarm telefon Anne ditutup. Dia mengosok-gosok matanya bagi menyedarkan diri dari keselesaan tidur yang nyenyak. Anne turun dari katil. Bersiap untuk melakukan aktiviti paginya seperti hari-hari sebelum nii.

Selesai Anne mengenakan jersey serta seluar track, dia menuruni tangga menuju ke dapur. Kelihatan Kak Ti sedang menyediakan sarapan. Tetapi susuk tubuh Addie tidak kelihatan di matanya.

"Morning Kak Ti"Anne menyapa Kak Ti lalu duduk di meja makan.

" Good morning Anne"Kak Ti menuang air teh panas untuknya.

"Mana budak tuu?"Anne menghirup sedikit teh tadi.

"Dia tengah mandi agaknya. Tadi Kak Ti dah kejut dia"kening Anne terangkat.

"Kak Ti kejut dia?"

"Ehh, tak dia kejut Kak Ti lepastu dia sambung tidur balik" serba salah Kak Ti hendak memberitahu hal sebenar kepada Anne. "Dia penat sangat agaknya. Semalam berjalan jauh lepastu kena buat kerja kemas pula"

Anne mengeluh berat. Memang dia tak suka dengan orang yang tak tepati masa. "Saya nak pergi tengok dia" Anne berdiri lalu membuka langkah kebilik. Kak Ti hanya mampu melihat sahaja. Dia dapat merasakan Addie akan mengalami malapetaka yang besar.

Anne membuka pintu bilik Kak Ti dan terserlahlah tubuh Addie yang tidur dengan posisi mengangkang dengan air liur meleleh serta extra berdengkur lagi.

Anne mengcangkung supaya dapat mencapai Addie. Anne menolak Addie. "Oii, bangun" Addie langsung tidak memberi sebarang respon. "oii bangun" lebih kuat tolakan Anne kali nii tetapi sama juga respon Addie seperti tadi.

Anne menggulingkan biji matanya. Kesabaran dia sudah di tahap yang paling tinggi. "Kak Ti!! Tolong ambilkan air sejuk sebaldii!! Jangan lupa letak ais sekali!! Kak Ti menjawab okeyy. Langsung Anne tersenyum sinis. "Best ehh kau tidur. Mimpi indah ehh. Tunggu kau"

Kak Ti tiba dengan baldi berisi air sejuk dan ais sekali. "Terima kasih, Kak Ti" Anne mencapai baldi di tangan Kak Ti. "Bismillah" Anne menuang isi di dalam baldi tadi dari muka ke kaki Addie membuatkan Addie terbangun kesejukan.

Reaksi marah Addie hilang apabila melihat pelakunya. "Best tidur? Pukul berapa dah nii? Pergi siap cepat!!" Anne menghulurkan baldi tadi kepada Addie lalu berjalan pergi dari situ. Lantas Kak Ti menutupi badan Addie dengan tuala. Riak kesian mula kelihatan di wajah Kak Ti.

"Addie pergi mandi dulu ehh" Addie hanya mengangguk sambil dirinya menggigil.

###############################

Addie pov

Selesai aku menyiapkan diri aku keluar dari bilik menuju ke dapur. Sialan punya bos, boleh siram aku dengan air sejuk extra ais pula tuu. Dia ingat aku nii apa. Haihh, sabar je lhh. Nasib baik bos. Nasib baik lagi, aku tak kena pecat. Yang kau nii gii bangun lewat nii kenapa. Kau selalu je bangun awal. Aku memukul kepala batuku berkali-kali.

"Wow, tuan puteri dah bangun. Tuan puteri nak apa-apa? Boleh saya ambilkan" Anne tersenyum sinis memerliku.

"Sorry"

"Apadia? Tak dengar" Anne menyilangkan tangannya.

"Sorry! Saya bangun lewat. Saya tak tahu macam mana boleh terlajak"

"Tch, sorry?" Anne menghampiriku dengan senyuman sinisnya. "P.A, kau dah bazirkan masa aku tau"makin dia dekat, makin aku kebelakang.

"Sekarang nii kau nak ganti macam mana?" semakin dekat.

"Sepatutnya aku pergi jogging pukul 7 but now dah pukul 7.15!! "aku terlanggar dinding di belakangku.

Jalan mati. Dia mendekatkan wajahnya denganku. Hanya beberapa inci hidung kami dapat bertemu. Nafas panasnya dapatku rasai.

" Aku ulang macam mana kau nak ganti balik masa aku?! "dia meletakkan tangan kanannya disebelah kepalaku. Nafasku tahan. Mata kami bertemu. Lama aku merenungnya.

Tangan kirinya diangkat perlahan bersama kunci kereta miliknya." Hari nii kau bawa kereta. Driver aku tak datang. Dekat mana pun aku nak pergi kau kena bawa. Even aku nak pergi Thailand sekalipun kau kena bawa" tajam dia memandangku. Aku meneguk salivaku keras. Apa yang akan jadi dekat aku hari nii.

Tbc...

Falling [gxg]Where stories live. Discover now