FG 3

1.2K 75 4
                                    

3rd view

Addie memandang lama cermin yang memantulkan dirinya sekarang. Berbaju kurung moden biru laut bercorak floral. Jantung Addie berdebar-debar. Dia berasa tidak sedap hati macam ada sesuatu buruk akan terjadi.

Entah dari mana Hana datang terus duduk di birai katil Addie. "Kau dah siap?"Hana memandang Addie atas bawah.

"Asal kau tengok aku macam tu?"Addie pelik dengan Hana yang memandang Addie lain macam.

"Takda apa. Style kau memang macam tu ehh? Jom lahh"Hana terus meninggalkan Addie yang terpinga-pinga.

"Dia perlekehkan style aku ke? Biadap. "Addie membelek-belek dirinya di hadapan cermin."Cantik apa aku macam nii"

"Cepat Addie, lambat aku tinggal"jerit Hana membuatkan Addie bergegas pergi.

################################

Addie pov

Jantungku laju berdebar memandang lelaki di hadapanku yang bakal menjadi bos aku nanti. Dia menyelak setiap helaian resumeku.

Selesai dia meneliti resumeku. Dia menyilangkan kedua-dua tangannya ke dadanya. "So Addie, awak diterima bekerja dekat syarikat saya"keningku terangkat kerana terkejut dengan kata-katanya. Dia tak suruh aku intro apa-apa pun. Tau-tau dah dapat. But still aku happy dah dapat kerja.

"Saya tau awak pelik. Tapi awak jangan peliklah. Kay dah cerita semua benda pasal awak dari A to Z"jelas dekat muka aku yang aku tengah keliru sekarang.

"Okey skop kerja awak boleh ambil dekat assistant saya then Kay akan terangkan semuanya. Awak boleh start kerja esok. Nanti saya akan maklumkan kepada bos awak nanti"sekarang nii yang menarik perhatian aku bukan skop kerja tu. Yang menarik perhatian aku dia sebut nama Kay. Kenapa Kay. Hairan.

"Kay?"dia hanya mengangguk dengan pertanyaanku."Awak boleh pergi sekarang"

"Ouh, terima kasih"aku bangun dari dudukku lalu keluar dari pejabat. Sempat aku memberi sekuntum senyuman kepadanya.

Selesai aku menutup pintu. Aku tertarik untuk meneliti setiap sudut pejabat nii. Pejabat pelakonlah katakan. Mana tau dapat jumpa artis favorite aku.

Decoration pun cantik. "Wahh, banyak juga award diaorang" terlepas kata-kataku apabila ternampak almari yang dipenuhi award-award yang diterima artist mereka.

"Cik Addie ke?"aku memalingkan diri apabila seseorang menyebut namaku. Seorang gadis cantik tinggi lampai memakai blouse merah serta mini skirt hitam sedang tersenyum manis ke arahku.

Aku membalas senyumannya."Nanti tolong bagi file nii dekat Kay" file tadi bertukar tangan. Aku memberikan senyuman kepadanya. Tidak sempat dia mahu berbicara seseorang memanggilnya.

Aku menjungkitkan bahuku lalu membelek file itu sambil berjalan. Malang tak berbau, adeh! bontot aku!Manusia mana langgar aku nii.

"Oops sorry" sinis dia memandangku yang terduduk di lantai apabila dilanggarnya tadi. Lagi terkejut gerangan dia perempuan sombong hari tu.

Aku bangun lalu memandang tajam tepat ke dalam bebola matanya. "Kau" aku menunding jari ke arahnya. Dia memeluk diri. Senyuman sinis dia buatkan hatiku semakin bergelora marah.

"Kau tu yang jalan tak betul. Orang jalan tengok depan, kau jalan tengok file. Bodoh ke?" api marahku semakin membara. Aku tak mampu nak buat apa-apa disebabkan orang sekeliling yang memerhati. Nanti rosak reputasi aku. Dahlah aku baru masuk kerja.

"Senyap pula. Selalu melawan" first aku respect dia sebab dia berani cakap macam tu depan orang ramai. Second, dia dah malukan aku buat aku rasa nak tumbuk dia sekarang.

Dia menggulingkan bebola matanya. "Jumpa dekat rumah" lantas dia berlalu pergi. Pelik. Kenapa dia cakap macam tuu

"Awak okey ke?" gadis tadi menghulurkan file kepadaku dalam pada masa yang sama menghentikan lamunanku."Takpe-takpe saya okey je. Terima kasih." dia membalas senyumanku. Cantik.

"Nama saya Mel. Btw, nanti awak akan berhubung dengan saya tentang jadual kerja bos kita"

"Ouhh kita berjumpa lagilah nanti. Nama saya Addie. Emm, boleh tak saya nak tahu siapa bos kita?"

"Yang tu saya tak boleh bagitahu sebab bos sendiri taknak awak tahu siapa dia. Awak jangan risaulah, bos kita tu baik"lega hati aku dengar bila dia kata camtu.

" Takpelah, awak pergi kemas dulu barang-barang awak masuk rumah tu. Nanti awak akan jumpa dengan bos awak sendiri"

Aku hanya mengangguk. "Terima kasih tentang maklumat tu. Saya pergi dulu eh. Jumpa nanti" sempat dia membalas senyumanku sebelum aku meninggalkannya.

################################

3rd view

Addie memasuki perut kereta Hana. Dia mengambil seat di sebelah Hana lalu memalingkan kepalanya ke belakang untuk melihat manusia di seat belakang.

"Kay!"

Kay yang sedang bermain game mobile legend tidak terganggu sikit pun dengan panggilan Addie. Addie memandang Hana disebelah. Hana faham dengan isyarat Addie lalu merampas iPhone 12 pro milik Kay.

"Wehhh, aku sikit lagi nak menang tuu" protes Kay lebih kepada marah.

"Kay fokus dekat aku" Kay mencebik memandang Addie. "Macam mana aku boleh dapat kerja tu dengan senang?"Addie menekan sedikit katanya.

"Lahh tuu je ke. Kau tak happy ke? Aku mudahkan kau dapat kerja kot" Kay mengangkat keningnya berkali-kali.

"Taulah, tapi macam mana? Kau buat apa? Kau kerja apa?"

"Banyak pula soalan kau. Aku tolong kau bukan nak berterima kasih"Kay menyilangkan kedua tangannya lalu memandang keluar tingkap.

"Kau merajuk ke?" Hana memandang Kay dengan muka jijik.

"Suka hati akulah!"panas hati Kay apabila Hana melihat dirinya begitu.

"Jomlah gi rumah tu" jelas terpancar di muka Addie yang dia gembira apabila dirinya sudah dapat pendapatan tetap.

"Kau tau ke rumah tu dekat mana?" Hana bertanya.

Senyuman dibibir Addie semakin kendur lalu memandang Hana perlahan-lahan. "Taktahu". Reaksi Addie sedih.

"Aku tahulah" serta merta terbit senyuman gembira di bibir Addie apabila Kay berkata begitu.

"Haahlah, kau yang kena bagitahu apa aku kena buat"

"Patutlah kau nak ikut. Kata ada kerja" Hana menjeling Kay sekilas.

"Haah kerja aku, kaulah. File aku mana?" Addie menghulurkan file di tangannya sejak dari tadi.

"File tu bukan aku punya?"

"Kerja aku bukan kau punya" Kay menyimpan file tadi di dalam beg galasnya.

"Kau kerja apa?" Hana bersuara tiba-tiba.

"Aku sponsor company diaorang. Sebab tu kau senang dapat kerja. Bergunakan ada kawan macam aku"Kay menjungkitkan keningnya berkali-kali.

"Haah. Terima kasih" Addie mencapai Kay lalu memeluk erat manakala Kay meronta-ronta minta dilepaskan.

"Dah, jom gii makan" ajakan Hana membuatkan Addie melepaskan pelukan. Kay membetulkan rambutnya yang rosak sambil menjeling Addie tajam.

"Jom"

"Tak payah. Bos kau nak belanja makan. Kita terus gi rumah dia" Hana hanya mengangguk lalu menggerakkan gear ke gear 1.

Tbc...

Falling [gxg]Where stories live. Discover now