FG 9

925 51 1
                                    

Laci mejanya dibuka satu persatu. Almarinya diselongkar. Biliknya bersepah akibat barang yang dicarinya tidak singgah di matanya. Dia duduk di birai katil. Nafas berat dilepasnya. Kemarahan di dada memuncak. Keningnya dikerut. Gigi diketap. Mukanya ditekup lalu disisirkan rambutnya kebelakang.

"Kak Ti!!" tiada sahutan.

"Kak Ti!!" masih tiada sahutan. Pintu dihampirinya lalu bukanya dengan kasar. Langkah diatur menuruni tangga. Matanya melilau mencari figura Kak Ti. Dia melangkah ke dapur.

"Kak Ti!!"

"Ye Anne"

"Kenapa saya panggil tak jawab" tegas nadanya tapi masih mengekalkan adab sopannya dengan orang tua.

"Kak Ti, dekat belakang sidai baju"

"Album gambar saya mana?"

"Hari tuu Kak Ti nampak ada dalam bilik yang Addie guna tuu. Masa tuu Addie tak duduk sini lagii"

"Kak Ti tak ambil album saya tu?"

"Taklah, sebab masa tuu Kak Ti dah nampak Anne ada pegang album tuu. Kak Ti ingat Anne dah ambil dah"

"Aduhh" Anne menggosok mukanya kasar. "Mesti perempuan tuu dah buang punya." Mana perempuan tu?"

"Tadi dia pergi bank ambil gaji katanya"

"Ambil gaji pun sampai malam buat apa dia tu"

"Ta-" bunyi enjin kereta memotong percakapan Kak Ti. Serta merta Anne mengdekati pintu masuk menunggu Addie untuk masuk ke rumah.

"Assa-"

"Oii, perempuan!!" tidak sempat Addie menghabiskan salamnya, kedua-dua bahunya telah dicengkam oleh Anne.

"Ke-kenapa nii?" wajah Addie berubah pucat akibat melihat Anne dalam keadaan seperti singa kelaparan.

"Kau pandang aku! Aku nak kau jawab soalan aku sama jawapan dalam kepala otak aku!" mata Anne dijegil tepat ke dalam mata hitam Addie.

"Semua barang yang ada dalam bilik tu, kau dah buang ke?" mata coklat muda Anne bergetar.

"Ke-kenapa nii" tergetar-getar Addie.

"Jawab je lah!!" Anne mendesak Addie.

"Ya! a-aku dah buang".

Masa bagaikan berhenti bagi Anne. Kepalanya ditunduk. Keluhan berat dilepaskan. Dia memejamkan matanya rapat menahan air mata dari tumpah. Anne memandang Addie semula dengan menunjukkan riak kosong. Tangannya melepaskan bahu Addie. Dirinya berpaling. Kakinya mengorak langkah lemah lalu berhenti tidak jauh dari Addie.

"Kau. Keluar!!" marah Anne tanpa memandang Addie.

"Hah! Tapi"

"Aku cakap keluar!!" Kak Ti yang bertentangan dengan Addie mengangguk menyuruh Addie patuh dengan amukkan Anne.

Addie keluar dari rumah mencari grab untuk dinaikinya. Empangan air matanya sudah melimpah. Titisan air di matanya tidak berhenti. Terkejut dengan tengkingan majikannya itu.

Beberapa minit seketika, grab telah tiba dihadapannya, membawa dia pergi ke location yang telah ditetapkan. Lokasi yang berada tidak dekat dan tidak jauh dari rumah majikannya.

Telefon pintarnya dicapai. Ruang chat whatsapp Kak Ti dibuka. Rasa ingin tahunya membuak-buak. Mengapa dia ditengking? Mengapa dia dihalau?

Kak Ti

Assalamualaikum, Kak Ti. Apa yang jadi sebenarnya? Saya tak faham.

waalaikumusalam, Addie. Kamu bertenang dulu. Jangan pergi jauh-jauh, dah malam nii.

Kenapa nii Kak Ti? Apa jadi? Kenapa dia jadi macam tuu?

Sabar, Addie. Bawak bertenang.

Addie ada nampak album yang cover dia ada bunga tulips kaler putih dan pink tak?

Ada. Kenapa?

Album tuu Addie dah buang ke?

Addie tak buang pun. Sebab cover dia cantik. Lagi 1 gambar dalam tuu macam penting je. Addie tak tahu pun dia maksudkan album tu. Album tuu ada dekat dalam almari Addie.

Takpe. Japgi Kak Ti cakap dengan dia. Sekarang Addie balik dulu. Malam nii bahaya.

Em, takpelah Kak Ti. Saya ada somewhere nak pergi. Nanti situasi dah elok saya balik.

Tapi dah malam Addie.

Takpe, Addie tak pergi tempat bahaya pun.

Haa , yelah. Jaga diri.

Dia menutup telefon pintarnya sebelum keluhan berat dilepas. Kereta yang dinaikinya berhenti di sebuah condominium. Tempat yang bakal menjadi tempat tinggalnya yang baru. Tempat yang tidak diketahui sesiapa. Dia membelinya pada gaji pertamanya. Hari nii sudah menjadi gaji kedua nya. 2 bulan dia sudah bekerja dengan artis Malaysia itu.

################################

Pintu condo miliknya dibuka. Mata meliar memandang ruang yang kosong. Hanya ada meja kopi dan kerusi sahaja. Dia mengambil tempat untuk duduk di kerusi meja kopi. Beg tangannya diletakkan di atas meja. Keluhan dilepas. Matanya bengkak. Dirinya terasa kosong. Hancur.

Di dalam kepalanya terbayang apa yang akan berlaku selepas ini. Impiannya untuk mulakan hidup baru rupanya masih panjang.

Ataupun dia tidak akan dapat kebahagian sehingga dia pergi dari dunia ini. Mata dipejam ke alam mimpi.

"No, ni hanya pemulaan"

Satu suara menyapa di dalam kepalanya.

"Bertapa banyak dugaan yang kau dapat, kau kena tempuhi. Kau layak bahagia!!" suara.

Suara dirinya yang dulu. Yang menyedarkan dirinya sekarang. Yang telah diset olehnya. Walau berapa kali dirinya jatuh, dia tetap akan bangun teruskan perjuangan, untuk dapatkan kebahagian yang dia cari.

Matanya dibuka perlahan. Kedua-dua tangannya diangkat selaras dengan mukanya. Pap!! lalu menampar wajahnya sendiri.

We like to party~ yeahh yeahh yeahh yeahh " telefon pintarnya berdering

Dia mencapai telefon pintarnya yang tertera "Kak Ti" di skrin telefon.

"Hello,assalamualaikum" tangannya leka mengosok pipi akibat menampar terlalu kuat.

"Hello, waalaikumusalam. Addie ada dekat mana?"jelas terdengar suara Kak Ti yang kerisauan.

"Ada dekat-dekat sini je. Kenapa Kak Ti?"

"Anne. Dia hilang"

"Hah! Macam mana boleh hilang. Bodyguard tak follow dia ke?" debar di dada kian melaju.

"Lepas Kak Ti bagitahu yang kamu ada simpan lagii album tuu, dia terus keluar dari rumah tanpa cakap apa-apa. Kak Ti dah try contact dia tapi tak dapat"

"Aduhh, lepas tuu macam mana nii?"

"Kak Ti dah suruh beberapa bodyguard cari dia sekitar sini. Kalau ada apa-apa update Kak Ti bagitahu lain.

"Saya on the way ke Kak Ti"

"Okey" Addie mematikan talian. Matanya tertarik dengan skrin telefon apabila terdapat 20 missed call dari Addie. Keningnya terangkat. "Ahh, sudah" dia mengemas barangnya lalu bergegas turun untuk mencari Anne.

Tbc...

Falling [gxg]Where stories live. Discover now