FG 2

1.5K 74 3
                                    

Aku memandang sekeliling cafe yang sesak dipenuhi orang tetapi masih boleh dikategorikan dalam suasana yang tenang. Aroma kopi berterbangan masuk ke dalam rongga hidung mengaktifkan rasa nyaman dalam diri.

"Penatnya" aduku perlahan. Aku mengambil kesempatan untuk duduk sebentar di kerusi yang berada di belakang, dari tadi melayan pelanggan di kaunter.

"aii, teruk betul kau punya penat" ujar Darwish yang sibuk mengbrew kopi untuk pelanggan.

"Penatlah. Kau tak faham. Layan manusia lagi penat dari buat coffee" balasku dingin. Darwish hanya menggeleng sahaja. Malas melayan.

Tidak lama kemudian, terdengar lagi loceng pintu cafe berbunyi. Terus aku mengeluh menandakan aku perlu layan manusia lagi.

Gaps! mataku menangkap susuk tubuh Kay yang memasuki cafe dengan... perempuan tuu?! Apesal dia ikut Kay.

"Ehem" deheman Kay berjaya membuatkan aku tersedar dan berdiri serta merta.

"Addie, kau kerja cafe ni ke, jauh gila dengan apartment kita" tegur Kay.

"Haah, sini lah" aku mengerling perempuan di sebelah Kay sekilas. Dapatku lihat lirikan matanya yang tajam ke arahku. Dendam lagilah tu.

"So, your order?" soalku professional.

Kay membuat pesanan dan aku menyuruh mereka duduk di tempat yang selesa.

Tidak lama kemudian Darwish menghampiriku.

"Addie, tu ada kawan kau panggil" Darwish menunjukkan jarinya ke arah Kay yang sedang melambai tangan sambil tersenyum.

"Buat apa" soalku semula. Orang dah tengah kerja. Nampak dekat manager aku. Habis dia ingat aku curi tulang.

"Mana lah aku tahu" balas Darwish menjungkitkan bahunya.

Aku memandang ke arah Kay lalu menggerakkan bibirku "buat apa".

"Sini je lah" balas Kay.

"Darwish, minta tolong cover aku kejap" bagitahuku dan mendapat anggukan dari Darwish. Walaupun agak berat untuk aku pergi dekat dia tapi sebab kawan, aku terpaksa. Lagi-lagi kena hadap perempuan sombong tu. Memang hilang mood terus. Dari mood aroma kopi yang mendamaikan terus berubah mood jadi kopi hangit yang rasa nak marah setiap masa.

Sempat aku menggulingkan biji mataku sebelum menghampiri mereka.

"Haa, meh duduk sini" ajak Kay menepuk kerusi di sebelahnya berhadapan dengan perempuan sombong tu. Dia hanya menghiraukan aku.

"Nak apa, cepat sikit nanti manager aku nampak, mati aku" balasku gelabah. Risau jugalahkan.

"Ni Anne, kau kenalkan? takkan lah tak kenal" Kay memulakan perbualan. Aku hanya mengangguk sedikit.

" Anne, ni Addie dia-"

Lagu perfect by ed sheeran kedengaran dari telefon Kay menandakan seseorang menelefonnya.

Kay mengangkatnya lalu meminta izin untuk memberi privacy kepadanya.

Dia memandangku seperti "kau jangan pergi mana-mana" sebelum dia keluar dari cafe.

Aku be like weyy jangan lah tinggal aku dengan perempuan ni.

Aku memandang sekeliling.

Awkward.

Nak tegur ke tak. Nak tegur ke tak.

Tegur jelahh. "Kau jangan cakap dengan aku" ujarnya sebelum aku membuka mulut.

"Aku tak cakap apa-apa pun" aku menggulingkan biji mataku. Dia meletakkan telefon pintarnya di sisi lalu memandangku serius.

"Aku nak ajar kau nii. Kau dengar sini elok-elok. Kau... kena tahu semua benda pasal perkerjaan kau nii, pasal tempat nii and apa yang kau kena buat. Nii aku tanya pasal tempat privacy pun kau tak tahu" geram aku dia sekolahkan aku ke.

"Aku tahulah"

"Kalau kau tahu, kau boleh je kan bagitahu aku hari tu. Takda lah aku buang masa nak gaduh dengan kau"

"Kau yang cari pasal dengan aku. Ingat dia sorang ada kaki"

"Sudahlah, aku ada kerja untuk kau. Aku tak kisah kau nak google ke nak pergi buat thesis ke. Tapi yang pasti nanti bila kau masuk kerja, kau tahu semua benda yang aku suka and benda yang aku tak suka"

hah!

aku keliru dengan apa yang dia cuba sampaikan. Nak kata dia nii main-main. Tak, sebab tengok muka dia serius semacam.

"Kau merepek apa nii? Bila masa pula aku kerja dengan kau? Kau kata kita kena buat macam tak pernah jumpa sebelum nii" soalanku tidak sempat dijawabnya apabila Kay memasuki cafe.

"Anne, we have to go. Aku ada appointment. Jom lah aku hantar kau balik" ajak Kay. Anne hanya keluar dari cafe tanpa meninggalkan sepatah kata kepada aku.

"See you at home. Tata" ujar Kay lalu mengikuti langkah Anne.

Apa maksud dia? Aku keliru.

################################

Televisyen yang menayangkan sebuah drama telahku tatap selama 15 minit yang lalu bersama Hana.

"Hana, kau takda kerja lain ke asyik hadap drama je" ujar Kay yang baru keluar dari dapur bersama cawan berisi air milo di tangannya.

"Aku ni memang ada kerja tapi nama pun kerja kena buat dekat tempat kerja lah takkan nak buat dekat rumah. Aku ni ada life bukannya macam kau memanjang je kerja" ulas Kay panjang.

"Tch! Orang tanya sepatah jawab berpatah-patah" Kay sengaja menguatkan suaranya. Sempat Hana menjelingnya sekilas.

"Eh! Addie kau dah dapat cuti ke esok" soal Kay kepadaku.

"Dapat" balasku yang mata masih menghadap tv. Best pulak cerita yang Hana suggest ni.

"Dah packing?" soal Kay lagi.

"Dah" balasku pendek.

"Kau Hana dah packing ke besok kena gerak awal. Interview dia awal" soal Kay beralih kepada Hana.

"Dah. Ishh kau ni jangan banyak tanya boleh tak, adoii sakit telinga aku dengar" bebel Hana sekejap.

"Hey! Aku tanya je lah!" balas Kay lalu membaling bantal kecik petak tepat kena kepala Hana. Sempat jugak dapat jelingan maut dari Hana. Kalau mata Hana ditukarkan dengan pisau tu mahu mati dah si Kay.

"Eh! Kay tadi kau panggil aku duduk dengan korang kenapa" soalku mengberhentikan jelingan maut Hana.

"Oh, aku nak kenalkan kau dekat kawan aku" balas Kay matanya tidak lekang dari kertas kerjanya.

"Buat apa kau nak kenalkan dekat aku. Apa nama dia? Anne kan" soalku inginkan kepastian.

"Haah, Anne. Sebab dia-" tidak sempat Kay menghabiskan kata-katanya Hana mencelah

"Haa? Anne? Anne artist tu ke" tanya Hana excited.

"Haah" balas Kay lagi.

"Wahh kau, kawan dengan artist tak bagitahu aku pun" ujar Hana.

"Tu lah kau, kata dekat aku takda life lah apa lah, at least aku ada kawan artis. Kau takda kau diam" balas Kay.

"Eleh kau----" haihh boleh pulak gaduh. Aku menggeleng kepalaku malas nak layan karenah diaorang ni. Soalan aku tadi pula dibiarkan saja.

Tbc...

Please drop vote and comment (⁠ ⁠◜⁠‿⁠◝⁠ ⁠)⁠♡

Falling [gxg]Where stories live. Discover now