FG 13

975 41 17
                                    

Addie pov

Aku menjeling tajam ke arah perempuan yang sibuk menyuap dalgakbi ke dalam mulutnya. Dia membalas pandanganku lalu menggulingkan bebola matanya. Erghh.

"Kenapa dengan korang nii?" tanya Anne yang merasakan ketegangan antara kami berdua.

Aku memandang Anne disebelah sambil menongkat dagu. Haihhh, patutlah senyum sinis perempuan tadi macam kenal, rupanya adik Anne. Perangai sama ja dua-dua. First impression buat aku rasa nak sepak. Nasib baik Anne makin baik sekarang nii.

"Janganlah tengok I macam tu" kata Anne lalu menutup wajahnya kononnya malu. But now dia makin cringe. Nasib baik sayang. Hmm? Sayang ke? Sayanglah.

"Ask your sister" ujarku lalu mencapai chopsticks di sebelahnya.

"Heh, why me? Kau yang langgar aku tadi" balas perempuan itu.

"What?! Siapa suruh kau duduk situ" balasku geram.

"Eh! kau yang tak tengok jalan!. Akak...tengok dia nii" adunya kepada Anne dengan acah comelnya. Dengan Anne bukan main manja dengan orang lain heh, hampeh, biadap. Anne hanya menggeleng sahaja dengan perangai kami berdua. Malas layan.

"Ehh tapii, kes semalam tuu. What happened?"Tasya memandang tepat ke arah kakaknya.

"I got drunk. And I kiss her"selamba sahaja dia menjawab. Yang aku nii, muka dah membahang.

"Her?"Tasya memandangku atas bawah. Seumpama tengah judge aku. Eiii, budak nii.

"Mama nak jumpa akak" ujar Tasya mendatar. Suasana mulai serius.

"I know. Nanti akak jumpa dia"balas Anne mendatar juga. What is this situation? Tetiba serius nii kenapa.

"And...who are you? Who got kiss by my sister dan menggegarkan satu Malaysia?" aku tidak menghiraukan pandangan judge dia.

"Umur kau?"

"20"

"Tinggi kau?"

"175"

"Sama umur tapi bapak tinggi siot kau, buat aku makin benci" balas Tasya. Aku pun benci kau.

"Wait, umur kau 20? Aku tua 3 tahun dari kau?" balas Anne tak puas hati. Facts duhh.

"Kata suka aku, umur aku pun taktahu" sindirku perlahan tapi dapat didengari mereka.

"Oii, berani kau perli kakak aku, mintak maaf balik" marah Tasya.

"Mana ada aku marah" aku menyentuh bahu Anne lembut lalu tersenyum manis kepadanya. Anne mengelak pandanganku. Blushing lah tuu.

"No!" balas Anne sekeras mungkin. Tasya mencebik.

"Nak ikut tak? Jumpa Kay" tanya Anne kepada Tasya melihatkan adiknya itu seakan merajuk.

"Alaaa, kak, tak boleh. Ada class lahh lepas nii" Aku tersentak dengan perkataan "class" yang dikatakan Tasya.

"Kau belajar? Ambik kos apa?" tanyaku

"Kedoktoran of course" balasnya belagak.

"Dah sem berapa?" soalku lagi

"Last sem" balasnya mendada. Aku hanya mengulingkan bebola mataku. Sebaliknya perasaan cemburu menyelubungi diriku.

"Akak, Tasya kena pergi. Apa-apa nanti call" ujar Tasya seusai menyalam tangan akaknya itu. Anne membalas dengan senyuman dan anggukan.

"Oii manusia, jaga akak aku elok" aku hanya membalas dengan jelingan. Tasya berlalu pergi. Pandanganku mengekorinya sehingga kelibatnya hilang.

Perasaanku mula dipengaruhi dengan rasa kesal dalam hidupku. Aku mula menyalahkan takdir. Dimana aku tak senasib Tasya yang mempunyai hidup yang lebih baik. Dapat mengejar cita-citanya tanpa merisaukan apa-apa...

Lamunanku terhenti apabila merasakan tanganku digenggam erat seseorang. Aku memandang gerangan yang mengenggam tanganku. Dengan serta merta gelisahku hilang. Dalam sekelip mata aku sudah di dalam dakapannya. Aku terkejut dengan perbuatannya lalu cuba menolaknya tetapi dia makin mengeratkan dakapan kami.

"If you have something to say. Just tell me, I'm always here for you" dia menggosok belakang badan dan kepalaku. Lalu aku membenamkan wajahku ke lehernya. Entah kenapa aku berasa lebih tenang bila bersamanya. Walaupun perkenalan kami agak singkat tapi dia mampu membuatkan jantungku berdegup kencang dengan perbuatannya.

Aku melepaskan pelukan lalu menemukan mata hitam kami. "Thanks"ucapku tersenyum indah memandang bidadari di hadapanku. Aku mula jatuh cinta dengannya? Ya, aku dah jatuh cinta. Aku merasakan sinar yang muncul dalam hidupku. Aku mempunyai asbab untuk terus hidup dan bahagia.

##################################

3rd view

Dia melangkah keluar dari bilik air bersama bathrobenya. Laci meja solek dibuka lalu dicapai hair dryer yang tersedia. Soket ditusuk masuk ke tempat pengaliran elektrik, ditekan butang on dan menghasilkan bunyi yang bising menandakan hair dryer sudah berfungsi untuk diguna.

Sedang dia mengeringkan rambutnya sebuah rak buku kecil berukuran tinggi dan lebarnya 1 kaki telah menarik perhatiannya. Terdapat beberapa buah buku nota yang disusun rapi di rak buku tersebut.

Dia mencapainya lalu menyelak muka hadapan. Tajuk "Hati" terpampang di muka hadapan dengan tulisan tangan. Diselaknya lagi muka surat seterusnya. Kali ini tulisannya seperti sebuah jalan cerita. Jurnal? Diari? Novel?

Soalnya di dalam hati. Setiap bait-bait ayat yang ditulis membuatkan dirinya ketagih untuk ke muka surat yang seterusnya. Sehingga dia terlupa tujuannya yang mahu mengeringkan rambutnya.

"Anne" pintu bilik dibuka dengan tiba-tiba menyentaknya, hampir sahaja ususnya jatuh tadi. "Kau buat apa?" soal si pembuka pintu. "Addie, nak masuk ketuk pintu dulu boleh" ujar Anne. Addie hanya tersengih lalu menghampiri Anne.

"Kau buat apa dengan buku aku" serta merta Anne menyorokkan buku yang dipegangnya. "What? Kau fikir aku tak nampak" Addie ingin merampas buku yang dipegang Anne sebelum Anne mengangkat tinggi buku itu.

Addie mencekak pinggang lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Kenapa kau nak sangat buku tuu" soal Addie.

"Kenapa kau tak bagi aku baca" soal Anne balik. "Kau ambik buku aku tanpa kebenaran memanglah aku tak bagi. Meh sini" jawab Addie.

"Taknak" Anne menyorokkan buku tadii dibelakangnya. "Haih" keluh Addie tertekan lalu menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Kau jangan sampai aku buat"ugut Addie. "Buat apa? Buatlahh kalau berani?" cabar Anne.

Lalu Addie membuka langkah ke depan merapatkan dirinya dengan Anne. Membuatkan Anne mengundur kebelakang sehingga terlanggar meja solek. Tangannya masih dibelakang menggenggam erat buku itu.

Addie merapatkan wajahnya dengan Anne, hanya beberapa inci sahaja jarak bibir mereka. Addie memberikan pandangan seducing kepada Anne membuatkan Anne tidak lepas membalas pandangan Addie.

Tangan Addie menyentuh lembut pipi mulus milik Anne. Seterusnya, turun ke bibir Anne. Tangannya mula menjalar ke belakang badan Anne, merapatkan mereka, tidak memberikan langsung ruang antara mereka. Wajahnya mula turun ke leher milik Anne, diciumnya sekilas. Anne menutup mata menikmati sentuhan halus Addie.

Tangannya semakin ke bawah mengelus lembut tangan Anne yang memegang buku...lalu merampas buku yang dipegang Anne. Tersenyum sinis sahaja Addie memandang Anne bersama buku di tangan. Anne kaku. Dia mula rasa tidak puas hati.

"Wait, buku nii kau ba-" tidak sempat Addie menghabiskan ayatnya, Anne menolak Addie sekeras mungkin ke atas katil...

Tbc...

Yeayyy... Enjoy reading guays.

Falling [gxg]Where stories live. Discover now