FG 12

855 36 2
                                    

3rd view

Roti berjenama gardenia itu dicapainya. Dibakar di dalam toast. Dia mencapai pula jem strawberry di atas kabinet dapur. Disapu jem strawberry bersama roti yang dibakar tadi. Digigitnya roti itu separuh.

Dia mengerling ke arah jam menunjukkan 7.01 am menandakan dia masih ada banyak masa sebelum pergi ke kerja pada pukul 7.30. Matanya dialihkan ke luar balkoni.

Walaupun masih awal pagii jalan raya sudah dipenuhi dengan kereta manusia-manusia yang sudah memulakan rutin harian mereka. Dia memandang pula sekeliling rumah. Seperti biasa. Bosan dan sunyi.

"Hana! Kau ada nampak seluar slack aku tak?" suara Kay dari dalam biliknya memecahkan kesunyian. Hampir sahaja jantung Hana tercabut akibat jeritan Kay tadi.

"Try kau tengok dekat ampaian tuu. Hari tuu nampak macam ada situu" balas Hana sambil menyapu jem strawberry bersama roti lagi.

Kay keluar dari biliknya dengan berpakaian kemeja putih yang oversized tetapi tidak berseluar. "Ehh bodoh, pakailah tuala!!" dengan serta merta Hana menutup matanya dengan kedua-dua tapak tangannya.

"Halah, kau je nampak bukan orang lain" Kay terus menghampiri ampaian. Hana hanya menggeleng sahaja dengan perangai kawan serumahnya itu. Makin lama makin tak malu. Dilihatnya lagi kawannya yang sibuk mencari seluar sambil menyanyi kecil.

"Yang kau excited sangat nii kenapa?" soal Hana hairan melihatkan kawannya yang terlebih gembira hari nii. Kay tersenyum lalu merapati Hana.

"Hari ni Anne datang sini" ujar Kay tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

"Ouhhh" balas Hana malas ambil kisah sambil mengsisip air milo panasnya.

"Addie pun balik hari ni"

"Pvvttt" tersembur air milo dari mulut Hana terus ke muka Kay mendengarkan nama itu. Kay hanya menayangkan wajah jijik.

"Seriuslah?! Apsal aku tak tahu?!"

"Ehh gila, aku baru tukar tauu baju nii, nasib baik seluar aku tak kena. Kalau tak memang kau tak hidup dah lepasni" Kay mahu berlalu pergi sebelum ditahan oleh Hana.

"Apesal aku tak tahu? Seriuslah dia balik sini. Kenapa kau tak bagitahu awal-awal?"

"Ehh manalah aku tauu. Siapa suruh dia tak bagitahu kau. Dah tepi" Kay menepis tangan Hana lalu berlalu masuk ke biliknya sambil membebel. Sementara Hana menyentuh dadanya, merasakan degupan jantungnya yang kencang sekarang. Perasaan gembira mula menyelubungi dirinya. Tersenyum bahagia dia keseorangan.

################################

Bunyi pintu kereta di tutup menyedarkan dirinya dari alam mimpi. Kelopak matanya dibuka perlahan, menyesuaikan cahaya matahari yang terus ke wajahnya.

Keadaan sekeliling dipandangnya sehingga matanya bertemu dengan figura wanita disebelahnya yang berambut hitam panjang, warna kulit yang putih kemerahan, bibir yang kecil merah jambu, dan hidung yang terletak elok menyerikan wajah si dia, Anne.

"Aku mati dalam tidur ke. Macam mana boleh ada angel depan aku nii" bisik hati kecilnya.

"Dah puas ke tenung aku" suara Anne mematikan lamunannya. Telefon di tangan diletakkan di hadapan stereng lalu memandang manusia yang merenungnya dari tadii.

"Mana ada aku tenung" datar sahaja dia membalas sedangkan wajahnya sudah berubah kemerahan, langsung dia memandang ke luar tingkap mengelak mereka bersemuka.

"Nak mengaku pun susah" ujaran Anne tidak di balas. Dia mencapai getah rambut di dalam beg tangannya lalu menarik setiap helaian rambutnya yang panjang untuk diikat ponytail.

Manusia di sebelahnya hanya mengerling dengan hujung matanya. Setiap gerak geri Anne diperhati tak dilepas. "Kenapa cantik sangat kau nii" salivanya diteguk apabila matanya tersinggah ke bentuk badan Anne yang menggoda.

"Ehem Addie, kau tenung aku lagii"

"Mana ada!" kepalanya beralih ke luar tingkap lagi sekali. Kali ini dia betul-betul malu kerana ditangkap apabila merenung ke tempat yang tak sepatutnya.

"Kau tergoda ehh... Apesal muka merah tuu" sakat Anne

"Mana ada!"

"Hmm, cepatlah tergoda dengan aku"

"Kenapanya?"

"Sebab aku nak kiss kau lagii" ujar Anne dengan suara cringe

Addie menggulingkan bebola matanya "Erghh, mana perangai perfect kau tuu?"

"Ehh, aku ingat kau tak suka"

"Better than this" Anne hanya mengangguk sahaja.

##################################

Anne mencuit Addie yang sedang ralit mencari moisturizer. "Kenapa?" soal Addie kepada Anne yang nampak agak gelisah.

"Aku nak pergi toilet kejap boleh?"

"Pergilah, buat apa tanya aku" Anne menggulingkan biji matanya "Tanya je pun salah" bebelnya lalu berlalu pergi meninggalkan Addie. Addie hanya tersenyum kecil dengan gelagat Anne.

"Haa!" Addie mencapai moisturizer berjenama safi itu lalu membuka langkahnya ke kaunter sambil meneliti ingredients di dalam moisturizernya.

Bukk!!

Malang tidak berbau, dia terjatuh akibat terlanggar dengan seorang perempuan yang duduk mencangkung mencari skin care di bahagian bawah rak. Mata yang berada disekeliling mereka mula tertumpu kepada mereka.

"Aduh" Addie mengosok pinggulnya yang sakit lalu memandang manusia yang dia terlanggar tadi terlihat seperti skincare² yang dipegangnya habis jatuh berterabur. "Awak okey? Saya-"

"Kau buta ke pompuan!" marahnya sambil mengutip skincarenya kembali.

"Maaf, saya tak sengaja" perempuan itu memberikan jelingan maut sahaja. Addie bantunya mengutip barang-barangnya yang jatuh bertaburan tadii.

"Kau!"perempuan itu menunding jarinya ke arah Addie. "Kau belanja aku semuaaaa nii untuk tebus kesalahan kau balik" tersenyum sinis sahaja perempuan itu menunjukkan bakulnya yang dipenuhi barang.

"Hah?!" Addie mengerling barangannya yang banyak itu lalu mengeluh berat. Apakan nasib lagipun salah dia juga jalan tak tengok depan.

"Fine" mereka beriringan ke kaunter. Perempuan itu meletakkan satu persatu barang sambil cashier mengscan satu persatu barang. Setiap bunyi "tip" yang dihasilkan membuatkan Addie semakin gelisah. Dari mahu membeli 1 moisturizer tetiba jadi banyak pula skincare.

"RM265.80" lancar sahaja cashier itu berbicara. Hampir sahaja jatuh jantung Addie dek dengar jumlah yang diberitahu. Dia mengeluarkan duit dari dalam dompetnya sambil memaki perempuan di sebelahnya di dalam hati.

Mereka keluar darii Watson bersama. "Thanks belanjakan tapii nii still tak cukup" ujar perempuan itu.

"What?! Kau nak apa lagi"

"Eh! Kau ingat tak sakit ke kena sepak tadi"

"Benda tuu sikit je kot"

"Sikit kau kata?! Habislah kulit aku nii kena sepak dengan kau"

"Bapak kekwat siot kau"bisik Addie geram tapi dapat didengari perempuan itu.

"Kau-

"Addie...sorry lambat" entah dari mana Anne datang lalu merangkul tangan Addie. Addie melepaskan nafas lega. Boleh dia larii dari perempuan kikis duit nii.

"Ehh Tasya, buat apa kat sini" Addie membulatkan matanya memandang Anne. "Macam mana Anne boleh kenal pompuan nii!"

Tbc...

Falling [gxg]Where stories live. Discover now