FG 21

702 35 4
                                    

Terjenguk-jenguk dia ke dalam cermin kaca yang menempatkan Anne dan beberapa pelakon terkenal. Skrip dibaca satu persatu mengikut scene yang ditetapkan. Ini bukan kali pertama dia melihat perkara sebegini tetapi kejadian tadi telah menyebabkan dia tak boleh duduk diam.

Panas sahaja hatinya mengingatkan kejadian tadi. Kalau diikutkan memang mahu saja ditumbuk pelakon lelaki utama itu. Suka hati sahaja menyentuh kekasihnnya. Pegang tangan. Peluk bahu. Bikin geram ja!

Padahal belum mula shooting lagi. Yang Anne tak reti pula nak elak. Lagi dilayan. Saja nak buat Addie berasa tidak tenteram. Tetapi dia hanya PA mampu menunggu di luar sahaja.

"Nah" secawan kopi panas dihulurkan kepadanya. Walaupun dia agak kecewa kenapa tak bagi kopi sejuk, boleh tenangkan dirinya ini. Tetapi dia tetap menerima dengan sekuntun senyuman.

Dia mengambil tempat di sofa bersebelahan studio itu. "Awak okey tak? Muka awak merah. Macam marah je" dia tersedar. Jelas sangatkah wajah berkerutnya.

"Ehh, tak tengah panas" yaaa panas dalam. Mel hanya memberikan pandangan hairan. Setahunya, ada aircond betul-betul di hadapan mereka. Bila dilihat ke dalam studio. Baru faham. Jealous rupanya.

Betul-betul berkuasa perasaan cemburu ni. Sampaikan air kopi panas pun dihirup tanpa sedar. Panas kot.

"Takda chance lah saya kan?" Mel bersuara seraya disisip air kopi itu.

"Chance apa?" soalan itu berjaya menarik perhatiannya. Dipandang hairan wajah Mel yang manis itu. Mel hanya menggeleng. Lagi membuatkan dia hairan. Kalau dah lembab tuu lembab je lah Addie.

Telefon Addie bergetar. Gelabah dia mencapai telefon pintar pemberian Mel itu dari dalam poket seluarnya. Sempat Mel mengerling, tersenyum simpul dia. Rasa bahagia kerana Addie masih menggunakan pemberiannya.

"Hello? Yaaa. Kenapa pula? Taknak lah. Benci kau" lantas Addie menutup telefon pintarnya. Mahu sahaja dia bantah perkara yang dikatakan tadi. Tapi ini untuk kebaikan dia juga. Tasya yang menelefonnya. Memberitahu treatment yang bakal bermula pada minggu hadapan. Di mana 2 hari selepas Anne bertolak ke Istanbul. Tapi dia tidak mahu berjauhan dengan Anne. Selama tiga bulan pula tu.

"Mel"

"Hurm?"

"Kalau saya tak ikut pergi Istanbul boleh ke?" Mel membalas pandangan Addie hairan. Takkan nak berjauhan dengan kekasih hati kot.

"Kenapa taknak ikut?"

"Personal problem" Addie menjawab pendek. Cukup untuk membuat Mel faham.

"Boleh je. Lagipun awak tak penting sangat pun" Addie memandangnya tajam. Dikatanya dirinya tak penting.

"Tak. Maksud saya, kerja awak tak banyak pun" gelabah Mel menjawab. Addie hanya mengangguk.

"Tapi Anne okey ke kalau awak tak ikut?" Addie membuang pandangan ke hadapan. Ada juga dia terfikirkan tentang tu. Dia tuu bukan boleh, suka ikut kepala batu dia je.

##################################

"Sayang~" meleret-leret dia memanggil Anne yang laju di hadapan.

"Apa!" Anne memberhentikan langkah lalu memeluk tubuh.

"Sayang, bukan tak boleh tangkap benda tu. Tapi I dah cuba kan sayang" dia memegang kedua-dua belah bahu Anne. Anne masih mengelak pandanganya.

"Alasan je kan" Anne mencebik.

"Mana ada sayang. I memang takde talent nak tangkap benda tu. Kita beli dekat kedai sana ehh. Takyah tangkap-tangkap dah" pujuk Addie.

"Apa takde talentnya! Benda tuu kena usaha, nii you buat 2 kali dah give up. You memang takde effort kan nak buktikan you sayang I!" bebai Anne sehingga dia menarik perhatian orang sekelilingnya. Nasib baik dia memakai cermin mata hitam dan mask bersama hoodie. Buat masa sekarang dia diarahkan untuk berpakaian seperti ini. Dan diberitahu untuk tak menonjol tetapi baru tadi saja dia menarik perhatian orang.

"Okey, fine! Jom ikut I" Addie menarik lengan Anne ke tempat claw machine yang berisi anak patung haiwan. Kalau tak dicegah habis diketahuan orang lain nanti.

"Duduk sini" Addie menyuruh Anne duduk di bangku sebelah mesin itu. Anne masih dengan berpeluk tubuh dan mencebik.

Dia memasukkan duit RM1 ke dalam mesin itu lalu cuba menangkap tetapi gagal. Perkara ini berlarutan sehingga 6 jam. Darii petang sehingga malam.

Anne dari duduk terus baring. Dari baring terus mencangkung. Dia memasukkan kedua tangannya ke dalam poket hoodienya. Darii mengcangkung dia pergi bermain osom dengan budak mana entah. Kadang dia pergi membeli tealive. Kadang dia lapar dia pergi membeli waffle. Dia lapar lagi dia pergi membeli pizza.

Sekali sekala disuapkan makanan itu ke dalam mulut Addie. Sekali sekala dia menyokong Addie dari tepi. Selepas itu dia penat dia duduk semula di kerusi. Dia mencapai wafflenya. Boleh dilihat sisa sampah yang berada di kerusi itu. Habis dijadi perhatian orang sekeliling.

Ada yang hampir marah kerana Addie tidak berganjak dari tadi. Ada yang memandang serong Anne akan sampah yang dibuat. Ada yang tumpang melihat kegigihan Addie.

Akhir sekali...

"Kepada pelanggan yang..."

Pengumuman menandakan pasar raya yang bakal ditutup mula bergema di setiap pelosok mall itu.

Pada masa yang sama, Addie sudah mengcekam patung harimau itu. Anne yang disebelah turut berasa debaran. Fokus Addie masih di situ.

Akhirnya, patung harimau itu diangkat lalu di masukkan ke dalam lubang keluar.

"YEAYYY!!" mereka bersorak gembira. Sehingga berpelukan. Hampir jatuh air mata Addie. Anne di sebelah memberikan ucapan tahniah kepada Addie. Apahal dua orang nii macam dapat anugerah ni.

Selesai sesi ucapan tahniah dan sebagainya, Addie mencapai patung harimau sebesar tapak tangannya itu. Ya patung itu kecil sahaja. Tak berbaloi dengan titik peluhnya.

Tetapi alangkah tersangat baik girlfriendnya itu menerima dengan hati yang terbuka. Dicium-cium patung harimau itu. Sesuai sangat dengannya garang diluar, lembut di dalam.

"Thanks sayang. I appreciate it" Anne memeluk erat si Addie. Dia hanya membalas pelukan dengan senyuman manisnya.

"Oii! mall dah nak tutup dah. Tak reti balik ke? Nak sweet-sweet dekat rumahlah" pembesar suara saja memerli mereka.

Terus pelukan mereka dilepaskan. Addie memandang sekeliling yang lenggang. Betullah berapa jam tadi dia main benda ni.

Tetiba perutnya berbunyi menandakan perlu diisi. Anne hanya tersenyum lembut.

"Jom makan I belanja" ujar Anne.

"Eh takpelah biar I- "terus terdiam si Addie melihatkan walletnya yang mempunyai sekeping wang RM5.

Anne yang turut melihat hanya membuat muka tak bersalah. Disebabkan patung sekecil tapak tangan itu hampir habis dekat RM100. Addie hanya menggeleng. Apa benda dia buat ni. Haih, nasib sayang.

"Takpelah, RM5 tu boleh isi minyak"

"Sayang! Ini kalau isi minyak kereta 1km pun tak lepas tau" Anne hanya memeluk patung harimau itu.

Lalu...

"Eh! You marah I ke?" Anne melawan semula.

"Eh, mana ada sayang. I gurau je. Jom pergi makan, you belanja ehh" Anne hanya menjelingnya sekilas.

"Okey jom. Nak makan apa?"

"Kita bincang dekat luar lah sayang. Mall ni nak tutup dah" lembut Addie berbicara. Dia memeluk bahu Anne yang sedikit rendah itu lalu memimpinnya keluar dari mall.

Susah juga layan orang period ni. Emosi memanjang" getus hati Addie.

Tbc...

Enjoy reading guys (⁠◍⁠•⁠ᴗ⁠•⁠◍⁠)⁠❤

Falling [gxg]Where stories live. Discover now