FG 22

568 34 10
                                    

Seraya malam mula menjelma. Rasa kesunyian mula tersemat di dalam diri. Kadang dirinya terfikir mengapa malam merupakan permulaan segala rasa negatifnya timbul. Mungkin pada siang hari dia tiada masa untuk memenung. Bulan yang dipantulkan cahaya matahari itu direnungnya.

*sigh... what a tired day

Bahunya terasa disentuh menghentikan segala lamunan, senyuman mula terukir di bibirnya melihatkan gerangan yang menyentuh bahunya.

Hilang segala resah. Alangkah indah, harinya ditutupi dengan wajah polos si dia. Sinaran malam menyinarkan kecantikannya.

Sebelum ini, setiap malam dia tidur dengan rasa kesal dalam diri. Tetapi sekarang selepas berjumpa dengan si dia, setiap malamnya dipenuhi dengan pelukan hangat si pemilik hati.

Kadang waktu malam diambil masa untuk berbual dengan sesama sendiri jika tidak terlalu penat.

Ya, sejak dia muncul hatinya sering bermain irama kegemarannya. Kadang dia mahu memberitahu satu dunia tentang perasaanya ini. Tetapi biarlah rasa ini hanya dia dan "si dia" sahaja tahu. Itupun sudah membahagiakan.

"Kenapa tak tidur lagi sayang?" suara merdunya sentiasa menjadi kegemaran deria pendengarannya.

"Sebab tunggu awaklah sayang" dia menarik "si dia" ke dalam pelukkannya. Erat. Tidak mahu melepaskannya. Padahal setiap masa bersama "si dia".

"Rindu dah ke sayang?"

rindu? Ya, dia rindu.

Baru beberapa minit tidak berjumpa, tetapi hatinya menangis kerinduan akan si dia. Apatah lagi dia bakal berjauhan dengan pemilik hati selama 3 bulan. akan datang.

Terasa sejuk dipipinya. Sebotol kecil vitagen dihulurkan kepadanya.

"Thank you" dicuit hidung "si dia". Dia mengangguk lalu mengambil tempat di sebelah.

"Sayang" panggil si dia.

Fokusnya mula tertumpu pada si dia. Turut diambil kesempatan untuk dia meneliti wajah polos si dia.

"Kenapa taknak ikut pergi Istanbul?" kepalanya diteleng ke kiri. Hairan. Sudah beberapa hari dia memberitahu perkara ini kepada Anne tetapi Anne masih tidak mahu berbincang tentang ini. Padahal dalam 3 hari lgi Anne akan bertolak ke sana. Tiba-tiba hari ini dia bersuara tentang itu.

"Sayang, I bukan taknak tapi you tahu kan, production tu yang tak bagi" pipi mulus Anne disentuh lembut.

"Diaorang tuu kenapa. Konon nak kurangkan cost. Nak shooting sampai luar negara tapi cost berapa je" Addie hanya tersenyum dengan bebelan Anne.

Ya, walaupun dia tidak menjalani treatment pun dia tetap tidak boleh pergi. Kerana production itu telah menetapkan had.

Tetapi ini memberi peluang kepadanya. Sekurangnya, tidak lah dia sakit kepala memikirkan alasan untuk tidak pergi ke Istabul tu. Memang rasa berat di hati, tetapi kali ni dia perlu berkorban. Sekejap sahaja.

"Kalau pergi sendiri, I tanggung" Anne mencapai tangan Addie.

"Tak boleh sayang" lembut bibir Addie berbicara.

Terus wajah Anne berubah muram. Jauh di sudut hatinya, mahu sahaja dia melarikan diri tetapi itu tidak dapat mengubah apa-apa. Malah akan jadi semakin teruk.

Addie menyentuh dagu runcing milik Anne. Membawa pandangan hazel bertemu pandangan hitamnya.

"Kejap je sayang" Anne menunduk.

"Come" Addie membawa Anne masuk ke dalam dakapannya. Hangat.

##################################

Falling [gxg]Where stories live. Discover now