FG 15

865 50 2
                                    

"Kau buat apa depan pintu si Addie tuu"tanya Kay hairan kepada Hana yang menekapkan telinganya di pintu Addie.

"Shushh" balas Hana seraya Kay mendekatinya.

"Kau buat apa sini?"tanya Hana pula dalam nada perlahan.

"Aku cari Anne. Dia tak masuk-masuk bilik lagi"

"Anne ada dalam nii"balas Hana membuatkan Kay pun menekapkan telinganya ke pintu.

Setiap bait percakapan Addie dan Anne dapat didengari mereka. Bermula dari Anne mengajak Addie pergi hiking sehingga Anne mahu tidur bersama Addie.

Hana memandang Kay perlahan. Dia menyendari Kay yang mengenggam tangannya seerat mungkin. Jikalau ada buah epal pasti akan hancur buah epal itu.

" Kay..." Hana memanggil Kay perlahan dengan perasaan takut yang menyelubungi diri. Darah pekat mula mengalir dari genggaman tangan Kay.

"Like I said Hana, I will do anything to get Anne. No matter what happen" mata hitam Kay mencerlung tajam ke arah Hana.

##################################

Addie pov

Salivaku diteguk keras. Jantungku berdegup kencang memandang laluan yang gelap. Aku kalih ke arah Anne yang sedang mempersiapkan barang sebelum perjalanan kami bermula.

Aku dan Anne hanya ditemani dengan lampu jalan sahaja. Bunyi burung hantu merancakkan lagii perasaan takutku. Semakin lama semakin aku menghampiri Anne. Aku merangkul tangan kirinya sambil memandang sekeliling. Diriku terasa terancam.

"Addie, okey tak?"Anne bertanya risau. Nii kalau aku jawab aku takut, jatuhlah air muka aku.

"O-okey je. Lambat lagi ke?"soalku tenang. Kot.

"Dah siap"balas Anne sambil menggalas begnya.

"Meh tangan"aku menghulurkan tanganku. Dia mengikat tangan kananku dengan tangan kirinya.

"Nii supaya kita tak berpisah. Apa-apa jadi...kau ada aku. Aku ada kau"

"Bukan ke lagi bahaya"ujarku

"Nope, kau ikut je aku"aku hanya mengangguk

"Jom! Kita mulakan ekspedisi kita"Anne melangkah diikutiku.

"Anne jauh ke perjalanan kita nii?" soalku sambil berusaha melangkah dengan keadaan muka bumi yang tidak rata ini.

"Kenapa? Dah nak balik?" soalnya pula.

"Mana adaA!"aku bertindak drastik memeluk Anne apabila ada serangga mendekatiku. Anne hanya tertawa dengan reaksiku.

"Apahal gelak-gelak"marahku melepaskan pelukannya.

Aku terus melangkah besar tanpa sedar sehingga terpijak batu menyebabkan aku terseliuh dan terjatuh.

"Aduh" buku laliku mulai berdarah dek tergeser dengan batu tadii. Anne mendekatiku.

"Itulah, lain kali ikut je aku. Kan dah luka" bebel Anne sambil menyelongkar beg galasnya.

Dia mengambil air untuk membersihkan kawasan lukaku. Aku berdesis perlahan. Dia tersenyum kecil memandangku. Aku terpandangnya menyebabkan kami bertentangan mata. Perbuatannya terhenti. Sakit yang aku alami aku abaikan sahaja. Aku hanyut di dalam tenungnya matanya. Wajahnya yang disinari dengan cahaya bulan menunjukkan lagi seri wajahnya. Aku mendekatinya. Merapatkan ruang di antara kami...

"Ssstt"desisku apabila dia menekan kawasan lukaku dengan kapas.

"Sakitlah!"aku menampar bahunya.

"Don't look at me like that, or I'll fall harder into you. Please don't give me any hopes"perlahan dia berkata sambil merawat lukaku. Aku diam menganalisis setiap bait percakapannya.

"Done" dia mengemas semua barang rawatan tadi lalu menghulurkan tangannya kepadaku untuk aku bangun.

"Thanks"ujarku.

"welcome" suasana awkward mula menguasai.

"Jom-

hahahaaha! suara gelak yang lain menyapa telinga kami berdua.

Aku mendekati Anne. Dia meletakkan jari telunjuknya di bibirnya menyuruh aku senyap. Aku tak cakap apa lagii pun...

"Dahh, jom. Bukan kita je yang ada dekat sini. Kawasan bukit kan" ujarannya membuatkan aku semakin mendekatinya. Rasa seram sejuk menguasai diri. Kami meneruskan perjalanan.

3rd view

Setelah lama berjalan, mereka pun tiba di puncak. Terdapat sebuah taman permainan, tetapi yang mengejutkan taman permainan ini tidak terlihat seperti ketinggalan. Sebaliknya, ia seperti dijaga rapi.

"Penatt" usai sampai ke puncak terus lemah lutut Addie sehingga dirinya terduduk. Mengambil nafas sedalam-dalamnya selepas pengdakian yang extreme tadi. Anne pula berlalu ke kerusi yang menghadap ke kuala kota kuala lumpur itu. "Bukit nii papa dengan aku selalu pergi" dia mengeluarkan kamera dari beg galasnya.

" Bukit ni dia punya. Papa jaga dari dulu lagi. Waktu kecil aku dengan Tasya selalu datang sini. Selalunya ada seorang pakcik nii, dia yang bersihkan taman ni. Tapii awal lagi kot. Sebab tu dia takda" terang Anne sambil menyetup kameranya di hadapan kerusi batu yang menghadap lereng bukit.

Setelah selesai, Anne mendekati Addie. Dia menghulurkan tangannya untuk Addie bangun. Addie mencapai tangannya. Dia membawa Addie untuk duduk di kerusi itu.

Pemandangan yang mula menyapa adalah pemandangan kawasan kota yang dipenuhi dengan bangunan dan lampu malam. Bintang-bintang yang berkelipan di langit dengan cahaya bulan yang mencerahi bumi mencantikkan lagii suasana.

"Lagi setengah jam" ujar Anne seraya melihat jam di tangannya. Anne mengerling Addie yang terpesona dengan pemandangan di hadapannya.

"Woahhh, Anne! Anne! Tengok! Lampu diaorang tutup sekali gus. Cantiknya!!"ujar Addie teruja apabila lampu-lampu di setiap bangunan mulai tertutup satu demi satu. Anne tersenyum dengan riaksi Addie.

"Cantik"

"Wahh"semakin kuat "wah" Addie apabila matahari mulai menunjukkan sinarannya disebalik bangunan-bangunan tinggi itu. Sinaran yang menunjukkan kehijauan bumi. Dan kecantikkan alam semula jadi.

Anne mencapai kamera lalu menangkap gambar Addie yang disinari cahaya matahari. Niatnya untuk menangkap gambar sunrise untuk dijadikan koleksinya sudah terpesong. Kali ini dia menangkap seseorang yang telah memiliki hatinya.

Anne ralit menangkap gambar Addie sehingga dia ternampak air mata Addie yang menggelongsor setitik demi setitik ke pipinya.

"Huh?! Why are you crying?" soal Anne seraya menghulurkan sehelai tisu kepada Addie.

"Nothing. Just remember a piece of memory with my parents" Addie membalas dengan selebar senyuman di bibirnya. Anne hanya tersenyum nipis. Dia faham akan perasaan itu. Teringat memori bersama orang yang tersayang tetapi telah pergi dari hidupnya. Kadang kala ia dapat dijadikan pengubat hati disebalik kesedihan yang dirasai.

"Heyy Anne, what if I say yes?" Anne yang lembab itu menelengkan kepalanya ke kiri.

"Yes?"

"I will be your girlfriend start from today..." Addie tertunduk dengan berkata perlahan sambil menguis kedua-dua jari telunjuknya

"What!?" Anne mengcekup wajah Addie sehingga bibir Addie termuncung.

"Are you serious!?" Addie mengangguk perlahan. Spontan Anne memeluk Addie erat. Senyuman lebar mula terukir di bibir Anne

Disebaliknya, senyuman Addie semakin pudar. Fikirannya bertanya adakah keputusannya betul atau salah. Akan ada kesan yang buruk kepada mereka berdua pada masa akan datang kerana masanya yang semakin suntuk. Tetapi hatinya tetap memilih kebahagiaan.

Tbc...

Another chap y'all. Enjoy reading bestiee ( ˘ ³˘)♥

Falling [gxg]Where stories live. Discover now