FG 23

701 31 27
                                    

NO!!

Baru haritu saja dia berjanji akan berada di sisi Anne walau apa pun jadi mengapa hari ni dia perlu berpisah dengan Anne selama 3 bulan.

"Sayang, flight you dah nak gerakkkkkk. Nanti you terlepas flight sayangggg" Addie cuba melepaskan pelukkan erat si Anne.

"You ni macam tak kisah pun kita nak berjauhan. Ke you ada perempuan lain belakang I. Lagi senanglah you nak curang nanti masa I takde" tuduh Anne yang memeluk tubuhnya.

"Aikk, ke situ pula. Mana ada sayang. I setia dengan you je.

"Hmph! ayat buaya" ujarnya memcebik.

"Aikk, haih you ni waktu period banyak overthinkinglah. Macam manalah dekat sana nanti" jawab si Addie berusaha mendapatkan kepercayaan Anne.

"Dekat sana setiap masa you kena update I. Kalau you tak update I. I tuduh you curang. Faham?!" jari telunjuk Anne tertuju elok di hadapan wajah Addie memberi amaran.

"Iye sayang, I janji I akan selalu update you"

"Anne cepatttttt, flight kita nak berlepas dahh" tanpa berlengah Mel terus menarik tangan Anne. Anne yang tertarik oleh Mel itu hanya melambaii Addie semasa mereka menuju ke flight. Kadang dia lupa agaknya yang dia tuu pelakon. habis ditariknya perhatian orang sekelilingnya.

Addie hanya tersenyum kelat. Apakah nasibnya selama 3 bulan ini tanpa kekasih hati. Mesti sakit rindu tanpa pertemuan. Tak pernah sekalipun mereka berpisah begitu lama sejak pertemuannya dengan Anne.

Dan hatinya menjadi tidak tenteram lagi apabila Kay yang mengikuti mereka. Memanglah Kay tu sponsor diaorang tapi perlu ke dia ikut. Pelbagai persoalan bermain di pemikirannya. Dia hanya berharap perkara baik-baik saja yang berlaku di sana.

"Dah ke? Jom" soal Hana. Sementara Anne di sana Addie akan tinggal bersama Hana. Dalam pada itu dia akan menjalani treatmentnya dalam masa 2 hari. Jadinya tidaklah susah mana untuk berjumpa dengan Tasya. ya, Tasya yang akan lead Addie untuk menajalani treatment ini.

"Dahh" jawab Addie lalu mengekori Hana. dalam hati Hana bukan main suka dia dapat meluangkan masa dengan si Addie berduaan.

"Nak pergi makan dulu tak?" soal Hana seraya mengklik seatbelt keretanya

"Boleh juga. Aku lapar" jawab Addie perlahan.

"oh ya by the way, aku ajak Tasya sekali boleh ke?" soal Addie lagi. saja dia nak ajak Tasya supaya Tasya memberitahu Hana tentang keadaan dirinya. Sudah lama dia berfikir masa yang sesuai untuk memberitahu kawan baiknya tentang penyakitnya itu.

"Err, buat apa?" soal Hana lagi. Kali ni dia hairan, kenapa dengan Tasya. Kenapa dia nak ajak Tasya sekali? Apa hubungan dia dengan Tasya?

"aku janji nak jumpa dia, alang-alang tengah free ni. bolehlah ehh?" soal Addie memujuk Hana melihatkan hana yang seakan tidak selesa.

"Boleh lah" jawab Hana pasrah. Baru saja nak berduaan dengan si Addie. Dah ada pengacau baru.

##################################

"Boleh ke Hana tahu pasal benda ni" bisik Tasya kepada Addie. Hana yang sedang mengunyah makanan itu terkerut dahinya. Sakit hati kenapa perlu berbisik di hadapannya.

"Boleh je. Dia kawan baik aku" jawab Addie ringkas. Taknak lama-lama, takut Hana tak selesa.

"Dah habis berbisik" soal Hana dingin. Addie mengetap bibir. Kan dah cakap mesti Hana terasa.

"err, ehem, sorry Hana" jawab Addie seraya menyuap fries ke dalam mulutnya.

"Hana" panggil Tasya.

"Apa?" jawab Hana dingin lagi.

"Kau nak tahu pasal Addie tak?" Hana memandang tepat ke sepasang mata yang bertentang dengannya itu. Sepasang mata itu pun membalas seolah mencabarnya.

Hana meletakkan sudu dan garfunya di atas pinggan. Lalu fokusnya mula tertumpu ke arah Tasya.

"Apadia?" soal Hana

Addie, dia sakit.

##################################

Pada masa yang sama.

Anne merenung ke luar tingkap kapal terbang menikmati pemadangan awan yang berkepuk-kepuk. Perasaan rindunya pada Addie sangat tinggi sekarang ni. Padahal baru beberapa minit mereka berpisah.

Mahu sahaja dia call kekasih hatinya itu tetapi dalam flight mana boleh hm. Kadang dia terfikir boleh tak dia call Addie setiap masa. Biar terasa diri Addie bersama dia setiap masa.

Tapi kalau call je mana best. Nak peluk sekali. peluk sampai takleh lepas.

argh, dia dah gila. gila dengan cinta Addie. walau sekejap pun dia dah rindu sampai macam ni.

"kau okey tak ni?" soal Kay di sebelah melihatkan rakannya yang tak senang duduk itu.

"Aku. hm. rindu Addie" sakit. hatinya remuk. dia yang dihadapan ini tidak dipandang pun. malah merindui yang jauh. kadang dia hairan apa yang Anne suka sangat dekat Addie sampaii dia pun Anne tak pandang.

Nak kata Addie ada waktu susah senangnya, tipu sama sekali. dari dulu sampai sekarang dia yang sentiasa ada di sebelah Anne. Nak kata cantik, dia lebih cantik dari Addie. Baginya lah. Nak kata kaya, dia jauh lagi kaya dari Addie yang hanya seorang PA itu. Bertahun. Bertahun dia tunggu untuk Anne memandangnya. Tetapi tak pernah sekali pun Anne perasan akan dirinya. Hatinya sakit sangat bila Anne dan Addie ada hubungan sebagai kekasih. kenapa. kenapa bukan dia.

"Kay" panggil Anne melihatkan rakannya yang termenung jauh itu.

"oh ya. kau ni takyah rindu-rindu bagai. 3 bulan je pun. kau nak makan apa-apa tak?" selindungnya.

"Tak lalu lah nak makan" Anne hanya merenung keluar tingkap.

"Oh Kay, I nak makan. You nak tolong orderkan ke?" soal Mel di sebelah.

"Takpelah, you order sendiri. I nak tidur kejap

"Give up aje lah Kay" bisik seseorang di telinganya.

"oii! apesal bisik-bisik. Geli tahu tak" Kay mengosok-gosok telinganya.

"tch, over je you ni. I hempuk you kang" Mel berdecit lalu menjeling Kay sekilas.

"Anne tuu dah cinta mati dah dengan Addie" sambung Mel berbisik ke telinga Kay lagi.

"Ish aku cakap jangan bisikkan" marah Kay lagi.

"Habis takkan nak bagi Anne dengar" jegil Mel. Kay hanya terdiam.

"Dah lah aku nak tidur" Kay memakai sleep eye mask covernya.

Dia tak mengantuk pun sebenarnya tetapi dia tak sanggup nak terima fakta yang diludah oleh Mel tadi.

Anne dah cinta mati dengan Addie.

Baginya dia boleh ubah rasa itu. Dia percaya masih ada ruang lagi untuknya di dalam hati Anne. Dia cuma perlu singkirkan Addie sahaja.

tbc...

new chapp out!!

actually i ada pub new short story. dah complete dah pun. jemput² baca ye

Falling [gxg]Where stories live. Discover now