FG 17

914 42 20
                                    

Lirikan sekilasnya ternampak Tasya membisikkan sesuatu kepada maid Puan Azlin. Pada awalnya dia malas ambil tahu. Tapii tiba-tiba makanan Addie ditukar kepada sayuran hijau oleh maid Puan Azlin. Dia naik hairan.

Kelopak matanya dikecilkan memandang Tasya. Sebaliknya Tasya hanya buat muka "dunno". Lalu pandangannya beralih kepada Addie yang disebelah. Addie hanya tersengih sahaja lalu menyuapkan broccoli ke dalam mulutnya.

Dapat dia lihat anak mata hitam Addie mengerlingnya sekilas. Sungguh hairan. Tetapi semakin menghairankan apabila Addie mahu mengambil daging masak rendang, Tasya berdehem menyebabkan Addie tak jadi nak ambil makanan itu. Selepas itu, saat Addie mahu mengambil ayam goreng rempah, lagi sekali Tasya berdehem. What happened with them!?

"What's wrong with you, Tasya? Biar je lahh Addie nak makan apa dia nak" bentak Anne. Lama dah nii tahan haaaa...

"Tak boleh, Tasya punya. Lagi-lagi kalau dia nak makan, lagilah tak boleh" Addie hanya berdiam. Dia tahu apa yang difikir Tasya.

"Haah, Tasya. Kenapa tak bagi Addie makan" sampuk Puan Azlin.

"Biarlah" Puan Azlin menggeleng dengan perangai kebudak budakan Tasya. Puan Azlin mengalihkan diri menghadap Anne.

"Tidur sinilah"ujar Puan Azlin seraya menyuap sesudu nasi berlauk ayam rempah.

"Taknak" balas Anne pendek.

"Bukan selalu kau nak jumpa mama kau ni. Entah-entah nanti kau datang balik aku dah mampus" Anne diam.

"Apa mama nii. Anak mama lagi sorang ada sini" ujar Tasya. Sakit pulak dia dengar mama dia kata macam tuu.

"Addie" Puan Azlin memanggil Addie menyebabkan dia menegakkan diri serta merta.

"Tidur sini ehh. Boleh mama nak kenal-kenal dengan kamu lagi"ajak Puan Azlin dengan senyuman di bibir. Merah padam muka Addie.

"Okeyy" sebaliknya Anne sudah menggulingkan bebola matanya.

"Ehh, Addie kenapa dengan kepala kamu tuu, bertampal" soal Puan Azlin risau.

"Kena baling batu dengan hantu AHAHHAAHAHAHAHA" sampukan Tasya mengubah suasana.Gelakan Tasya memenuhi ruang makan. Anne pun menahan gelak. Addie hanya tersengih malu. Tapi kalau nak diikutkan mahu sahaja dia sepak si Tasya tuu. Apakan daya depan mak orang kena baik-baik.

Ding! dong! Ding! Dong!

"Siapa tu" ujar Tasya dengan mulut penuhnya.

"Assalamualaikum!" susuk Kay dan Hana menyapa penglihatan masing-masing. Anne menyengetkan kepalanya manakala kening Addie terangkat. Terlalu kaget rakan-rakan mereka ada di situ. Kay terus memeluk Puan Azlin dan Hana menyalam Puan Azlin dengan selebar senyuman.

"Kenapa kamu datang tak bagitahu Kay. Nasib baik ada masak lauk lebih ni" Puan Azlin membuka bicara. Teruja anak angkat kesayangannya pulang. Sepanjang Anne tiada, Kay lah yang selalu menjenguk dan melayannya. Kay sudah dianggap anak olehnya.

"Ehh saje lah, nak surprise ke mama" Kay menghulurkan beg kotak kepada Puan Azlin sebagai buah tangan. Addie memandangnya tajam. "Dia nii nak ambil hati mak Anne aku ke apa"

"Ni siapa? Girlfriend kamu ke?" soal Puan Azlin sambil tunjuk Hana.

"Ehh bukanlah, gila ke nak couple dengan dia hahaha" Hana mencubitnya pedas.

"Tak baik kamu nii, Kay. Duduklah. Makan sama-sama" Hana dan Kay mengambil tempat berhadapan Addie dan Anne.

Mereka berdua senyap. Tidak mahu berbicara apa-apa. Hana perasan dengan perangai mereka. Dia pun tidak senang duduk melihatkan kepala Addie yang berbalut. Kalau diikutkannya mahu dia bertanyakan keadaan Addie. Tetapi buat masa sekarang dia perlu senyap dahulu.

Bukan dia tak tahu. Kay dan dia mengikuti mereka berdua sejak pagi lagi. Setiap kacauan yang berlaku di bukit seperti gelakan dan batu yang dibaling di kepala Addie dilakukan oleh Kay. Dia hanya mampu melarang sahaja. Tetapi itu tidak dapat memberhentikan Kay.

"Tidur sini jelah ehh. Anne dengan Addie pun tidur sini" ujar Puan Azlin.

"Wahh, seriouslah. Boleh-boleh" balas Kay. Sudah muncul idea-idea syaitannya disebalik senyuman yang diberi.

"Tapi mama takde tau malam ni, kawan mama ajak spend time dengan dia" masing-masing mengangguk sahaja.

"Okeyy" balas Kay ceria.

##################################

Anne membuka pintu balkoni memberi udara masuk ke dalam bilik. Rambutnya disisir diikat ponytail. Lalu dia mengambil tuala kecil di dalam almarinya. Dia mengelap meja, almari, katil dan tingkap. Plastik yang menutupi katilnya ditarik perlahan. Air purifier dipasangnya. Setiap ruang di dalam biliknya dibersihkan.

Addie hanya memerhati perbuatan Anne. Niatnya mahu menolong tapi dibiarkan sahaja. Cantik pula dia lihat Anne begini. Dengan pancaran matahari yang terus ke arahnya menyerikan lagii si dia. Khusyuk sangat kawan tuu mengemas sampai lupa girlfriend dia ada dekat situ.

"Buat apa berdiri dekat situ. Duduklah" ujar Anne yang sibuk lap meja soleknya. Baru dia perasan yang girlfriend dia ada dekat situ.

Addie tersenyum kecil. Dia membuka langkah perlahan lalu merangkulkan tangannya ke pinggang Anne dari belakang lalu membenamkan wajahnya ke leher Anne. "Kenapa tinggalkan aku? I miss you" ujar Addie lembut.

Anne pusing menghadap kesayangannya. Tersenyum lembut dia. "Sorry" dia memegang tangan Addie lalu membimbingnya ke birai katil. Pandangan mereka tidak lari antara satu sama lain.

"Duduk sini dulu..." Addie menarik Anne duduk di pahanya. Dia melaraskan kedudukan Anne menghadapnya. Pelukan mesra diberikan.

"Berapa lama dah tak balik sini?" Addie menyoal melihatkan habuk-habuk yang agak banyak di dalam bilik Anne.

"Honestly, sejak papa takde 2 tahun lepas, aku tak pernah balik sini. Tak sanggup nak terima kenyataan yang papa dah takde. Banyak sangat kenangan dekat sini" Addie memandangnya sayu. Dia berasa bersalah kerana dia yang menyetujui ajakan Puan Azlin. Patut Anne rasa was-was nak buka pintu tadi.

"Tapi takpe, sekarang aku dah ada kau" Anne memegang tangan yang memeluk dirinya.

"Aku rasa kuat sikit"digosok lembut sepasang tangan itu.

"Mesti kau terkejutkan hubungan aku dengan mama tak berapa baik"ujar Anne

"Taklah. Sejak hari tu lagi aku dapat rasa hubungan korang tak baik" Anne tersenyum nipis. Obviously, lah kan. Tindakan dia sebelum ni menunjukkan segalanya.

"Mama taknak aku jadi actress, sebab dia kata tak menjamin masa depan. But papa sokong aku 100%. Dia selalu bagi aku peluang pilih apa yang aku suka. Tak macam mama, suka memaksa aku. Tapii aku tak benci dia pun. Aku rasa geram. Aku still sayang dia. And aku tau dia pun sayang aku" Addie mendengar dengan baik. Dan sambil-sambil tuu dia meneliti setiap inci wajah Anne

"Cuma aku tak ready nak tengok dia lagi. Sakit tu masih tersisa" Addie hanya mengangguk. Dia faham.

"By the way, kepala kau dah okey ke?" Addie hanya mengangguk kecil.

"You should get a bath. Pakai je baju aku tuu" Addie mengangguk lagii sehingga muncul satu idea dalam kepala otaknya

"Jom mandi sesama sayang" Addie menunjukkan puppy eyes nya

"Serious? Aku okey je. Kena naked ehh" wajah Addie berubah gelisah.

"Aku gurau je. Kau janganlah serious" teriak Addie. Anne hanya tergelak dengan perangai comel Addie

Tbc...

Get a weeks off ꒰⑅ᵕ༚ᵕ꒱˖♡. See you guys later and enjoy!! ❤

Falling [gxg]Where stories live. Discover now