TAEHYUNG POV
"Hyung!!!" Ryuhon mengejutkan aku yang syok mengelamun.
Ganggu aje budak ni. Sepak kang!
"Ko dah kenapa kacau hyung fikir nak settle kan masalah ni?" Aku menjerling.
"Hehehe... Saja nak bermanja dengan hyung. Tak kan tak boleh?" Ryuhon tersenyum kambing.
Eish budak ini lebih mengada daripada Y/n betul!
"Kau nak makan kaki tak?" Aku malas juga nak layan budak ni.
"Aduh hyung ni... Ryuhon ke sini nak discuss ciket dengan hyung pasal Y/n ni." Ryuhon meneruskan niat dia.
"Hah? Kenapa dengan Y/n? Dia nak kawin?" Teka ku.
"HA HA HA! Lambeeeeet lagi. Berjanggut lah kita tunggu budak tu kawin. Dengan laki bukan main ganas lagi. Kalahkan gangster." Ryuhon memerli adik nya.
"Dah tu pasal apa?" Aku menyoal.
Entah lah apa yang ingin di sampaikan oleh Ryuhon.
"Boleh ke budak 12 orang itu dapat menambat hati keras Y/n macam batu tu?" Ryuhon membuka soalan nya.
Apa lah Ryuhon ni... Dalam banyak banyak soalan, soalan itu juga kau nak tanya kan. Mana lah aku tahu diorang boleh ke tidak.
"Kau ingat hyung ni boleh lah baca hati orang?" Kekadang menyampah pulak dengan si Ryuhon ni.
"Tapi, Ryuhon rasa kan, mereka tu boleh kot sebab..." Ryuhon berhenti kan ayat nya seketika.
Manakala aku masih menanti.
"Sebab... Sebab... Sebab..." Ryuhon melengahkan.
"Sebab apa?" Geram pulak aku!
"Sebab diorang handsome!" Kata Ryuhon.
Aku tidak sempat memukul nya kerana dia sempat lari.
"Tak guna punya adik!" Cakap ku sorang.
A/N POV
Y/n sedang menikmati main game di rumah tetiba ada yang membuatkan dia terkejut nak mati. Nasib umur masih panjang.
"Main apa?" Tanya namja itu kepada Y/n.
Y/n masih mengusap dada nya tengah berdegup kencang. Dia memandang namja itu dengan pandangan maut. Namja itu pula takut.
"Kkamjagiya!!!!!" Jerit Y/n sekuat kuat nya.
Namja itu hanya ketawa.
"Main main masuk jer rumah orang. Tak ada rumah ke? Rumah dah terbakar ke apa?" Erh tiber pulak si Y/n ni.
"Bosan duk kat rumah. Kalau nak lepak kat sini boleh tak?" Namja itu tetiba duduk di sebelah Y/n tanpa di ajak.
"Erh tak malu. Awak tak boleh lepak kat sini! Dah keluar!" Y/n menunding jari kearah pintu.
Bermakna dia menghalau namja itu.
"Alaaaaah boleh laaa..." Rayu dia macam bayi.
Eii geram pulak!
"Junghwan! Nanti tak pasal pasal saya terajang awak kang! Dah keluar sana!" Kali ini Y/n menolak nolak badan Junghwan.
Junghwan mengeraskan badan nya.
"Please... Kali ini aja. Lagi pun hyung hyung saya tak suka saja duduk dengan diorang." Junghwan mempout mukanya.
"Sebab awak mengada dan suka berkepit. Sapa aja yang tak suka." Perli Y/n.
Junghwan senyap dan dia sedih.
Y/n dengan tiba tiba melihat memek muka nya Junghwan.
"Aish... Jangan jual muka murah awak kat sini. Saya langsung tak nak beli. Dah berambus sana." Y/n masih lagi tegas dengan pendirian nya.
Tapi itu hanya seketika oleh kerana Y/n rasa bersalah selepas melihat Junghwan menangis seperti budak kecil.
Y/N POV
Entah tiba tiba hati aku lembut ingin memujuk si Junghwan sedangkan aku tidak suka mereka. Mungkin Junghwan betul betul menangis dan tidak pandai berlakon.
"Yak. Neon wae gurae?" Aku berlembut dengan.
Junghwan bersedia memberitahu ku.
"Saya tahu lah saya dah tak ada mak ayah, tapi jangan lah lakukan saya macam ini. Macam saya tak ada hati dan perasaan."
Aku terkejut apabila dia kata kan begitu.
"Bukan ke awak anak kepada mafia tu? Kenapa pulak cakap tak ada mak ayah." Aku dengan prihatin nak ambil tahu pasal nya.
"Saya anak angkat. Tapi tak rasa macam anak angkat. Dari kecik lagi saya di ajar dan di pukul dari ayah angkat saya. Ayah tak selalu bagi apa yang saya nak. Saya pun tak suka hidup macam ni. Kadang kadang bila saya share problem dengan hyung hyung, diorang cakap yang diorang pun sama macam saya. Tapi diorang tak bagitau kepada orang lain. Menyesal pula jadi anak angkat nya." Terang Junghwan sambil menangis.
Aku betul betul sedih apabila mendengar Junghwan meluahkan isi hati. Aku pun tak rasa dia menipu sebab muka dia betul betul menunjukkan muka yang jujur.
"Jinjja? How could them! Kenapa awak tak lari aje dari neraka tu?" Aku pula yang menghasut.
"Huh! Kalau awak nak tahu, masa umur saya 8 tahun, hampir setiap bulan saya cuba melarikan diri tapi tak berjaya. Saya ditangkap dan di denda ataupun kena kurung. Masa tu saya dah give up nak lari dari neraka tu."
Aku jadi kaku.
Too bAd
YOU ARE READING
Love To Hate You {TREASURE}
Fanfiction12 jejaka kacak yang meminati seorang gadis yang teramat amat sombong kerana keberanian dan kebolehan gadis itu yang bernama Y/n, Kim Y/n (mix amerika). Y/n seorang yang fobia dengan lelaki kerana sikap ayahnya telah mempengaruhi minda nya. Ayah nya...