11

3.3K 156 3
                                    

DIA... tak datang.

Dari Sabtu sampai ke Isnin.

Langsung tak nampak bayang, walaupun untuk minta claim duit basuh kereta seperti ugutan awalnya.

Yani letak Seberkas Kunci di atas Lokomotif yang menindih The Prince dan Matinya Seorang Pahlawan – Jebat/Death of a Warrior – Jebat di atas meja. Antologi puisi tulisan T. Alias Taib tu pulak yang mengingatkan dia pada budak mengamuk tu. To be specific, puisi Di Parlimen dalam antologi Seberkas Kunci tu. Sebab penuh dengan tanda tanya dan tanda seruan. Lebih kurang sama la dengan isi kepalanya sekarang. Dia tarik nafas panjang sambil alih perhatian ke arah skrin TV. Ijat tengah melayan The Godfather entah untuk kali yang ke berapa.

Sabtu dan Ahad ialah hari yang sibuk dari siang bawa ke malam. Memang tak ada kerja la dia nak pergi menjengah ke Rune's Regatta nak menyiasat fasal budak tu. Dah la dia kena sarung apron sebab kitchen stafftak menang tangan. Tambah pula dia kena menyiapkan produce list untuk minggu seterusnya. Tu belum lagi fasal nak tengok balik roster untuk floor staff dan kitchen staff. Floor staff punya turnover tinggi. Tambah-tambah pulak dengan musim budak-budak tengah nak tunggu result SPM ni. Isnin pulak sibuk mengejar supplier. Ni dah hari Selasa.

"Pada hemat aku, kau ni kira bernasib baik sebenarnya." Ijat tiba-tiba bersuara walaupun mata masih pandang skrin TV.

Yani angkat kening sebelah. "Kau dah bunyi gaya Nujum Pak Belalang tu kenapa?"

"Kira nasib baik la budak Daria tu bapak dia bukan Godfather, hanya tauke Rune's Regatta semata." Ayat Ijat dah kalah gaya orang berpuisi. Ijat kalau tengok The Godfather memang jadi macam tu. Menurun saka Itali gamaknya. "Kalau dak, selamat dah kau kena sleeping with the fishes."

"Leave the gun. Take the cannoli." Yani menjulingkan mata ke siling sambil mengikut dialog Clemenza kepada Rocco selepas Paulie tamat riwayat.

Ijat; lelaki yang namanya kerja banyak tapi mengada cari kerja lain. Hari Sabtu sanggup dia celah cari masa buat reconnaissance mission ke Rune's Regatta. Untuk siasat betul atau tidak Si Daria tu kerja kat Rune's Regatta seperti telahan Yani (apabila tengok budak tu meluru masuk Rune's Regatta lepas keretanya jadi omelette merangkap telur bungkus). Lepas tu Ijat hangkut rekrutkan Si Opie dengan Eman sekali buat kerja tak berfaedah yang sama. Hasil siasatan sepakat mengatakan, Daria tu budak baru habis SPM yang duk kerja kat kedai buku tu, sebab kedai tu bapak dia punya.

"Tapi kau kena ingat jugak. In Sicily, women are more dangerous than shotguns." Ijat dah menurun saka Calò. "Tak payah ayah dia Godfather pun kau boleh selamat kena bungkus."

"Itu Sicily. Ini Malaisie, comprende?"

"Well, perempuan Melayu zaman Kesultanan Melaka tikam orang pakai cucuk sanggul je. Lagi badasskut." Ijat kemudian angguk kepala dengan kesimpulannya sendiri.

Yani tak menjawab. Kepala tengah berfikir. Rune's Regatta tu salah satu favourite kalau dia nak lepak cari buku. Satu; sebab tu kedai buku yang best. Dua; sebab senang nak pergi fasal dekat dengan Garpu & Camca. Tapi sekarang ni macam mana... dan nak buat gaya apa....

Walaupun kafe yang kini bernama Garpu & Camca telah bertapak di premis yang sama sejak hampir 15 tahun yang dulu; sejak dari zaman namanya Warung Manis – tak pernah lagi dia berkenalan dengan tuan punya Rune's Regatta tu. Tapi Rune's Regatta tu pun baru je wujud, ada kut sejak empat tahun lepas. Sebelum ni kedai sebelah tu kedai serbaneka Pak Cik Mail. Dia dah uzur, anak-anak pun tak ada yang nak ambil alih. Tapi yang nyata waktu milikan kedai jatuh ke atas bahu diri ini sepenuhnya, Rune's Regatta dah kira established. Dan sejak mula-mula kedai buku tu dibuka, memang dah jadi tempat lepak dia untuk mencari bahan bacaan. Selama ni dia kenal Kak Mim manager tu je la. Dan dengan Francis si manager sebelum Kak Mim. Tak pernah tau pun fasal kewujudan Daria dan apaknya.

Ada sebab ke pun untuk kau ambil tau fasal 'Daria dan apaknya' tu? Suara dalam kepala menyela. Yani geleng sendiri.

"Kau tengah fikir apa?"

"Tengah fikir apa yang nak kena buat la ni." Yani mengetuk-ngetuk hujung telunjuk ke dagu dengan mata tenung tembus dinding. "Aku ada letak order untuk Asterix dengan Calvin & Hobbes punya boxsets kut kat Rune's. Patut sampai minggu depan." Dia menggumam. "Hampeh sungguh Amazon tak nak shipping ke Malaysia." Sambungnya rendah mengomel sendiri.

"Agak-agak kau dah kena banned daripada jejak masuk Rune's?"

"Mana la aku nak tau."

"Dah tu kau nak buat apa?"

"Kan aku tengah fikir ni."

Ijat hanya angkat bahu sambil sambung tengok The Godfather di skrin TV.

Hening baru berselang lima saat apabila Yani tiba-tiba petik jari. "Aku tau dah nak buat apa."

"Apa? Making an offer that can't be refused?"

"Shut the front door. Enough with the Godfather quotes already." Sumbat mulut tu dengan cannoli baru tau.

Hahahaha. Meriah Ijat gelak. 

Garpu & CamcaWhere stories live. Discover now