Sambal Terung Mak

2.7K 98 11
                                    

2 biji terung

Secawan ikan bilis (separuh untuk digoreng, separuh untuk dikisar)

Udang kering

Setengah labu bawang putih

3 biji bawang besar

2 sudu besar cili giling



1. Potong terung ikut saiz yang nak. Goreng dengan minyak hingga masak/lembut. Ketepikan.

2. Basuh dan toskan ikan bilis. Goreng hingga garing. Ketepikan.

3. Kisar lebihan ikan bilis bersama udang kering, bawang putih dan bawang besar.

4. Tumis bahan kisar hingga naik bau/garing.

5. Masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak.

6. Masukkan terung goreng. Gaul dengan sambal.

7. Masukkan ikan bilis goreng bila sambal telah sejuk. Gaul isi kuali hingga sambal salut rata terung dan ikan bilis.

8. Perasakan dengan garam dan asam keping (untuk masam) jika mahu.


Nota: Resipi ni tak pakai air langsung, sebab tu pakai asam keping dan bukan air asam jawa. Untuk pastikan ikan bilis kekal rangup. 

Garpu & CamcaWhere stories live. Discover now