20

2.9K 148 6
                                    

ATAS meja tu penuh dengan buku-buku Neil Gaiman. Dan Douglas Adams. Dan pinggan. Bedroom Window - Nice Stupid Playground yang keluar daripada corong speaker menggantikan Chasing Butterfly yang dinyanyikan kumpulan yang sama.

"Dua-dua genius in their own rights." Yani capai Coraline. "Dan dua-dua ada wicked sense of humour. Gaiman is darker though."

Husna memikir. "Adams is funnier." Dia pandang So Long, And Thanks for All the Fish di atas meja.

"Sudah-sudah tu." Ijat yang baru keluar dari dapur Garpu & Camca bawa kopi ais Husna memotong dulu sebelum Yani menjawab. "Bagi budak tu makan dulu."



SUARA Doris Day menyanyikan Perhaps, Perhaps, Perhaps.

"Antara adaptasi buku ke filem terbaik yang pernah tengok setakat ni... Mat Som. Terbaik as in it did the book justice. Following everything down to a tee."

"Novel grafik Lat tu?"

Angguk "The best part is, the cast was really en point."

"Tak pernah tengok." Husna geleng.

"Nanti boleh try tanya Ijat kalau dia tau mana nak cari." Yani pandang Ijat yang tengah ambil order dari meja depan." I'd say that the director, the cast and the whole production team did a good job to do it justice. Eighty percent ikut buku." Yani memutar straw di tangan. "Bahagian paling epik apabila dia orang betul-betul pay homage to parts apabila Mat Som pergi malam deklamasi sajak yang ada Pak Agi, Usman Awang, Pyanhabib and the others."

Oh?

"Cuma ending la tak sama dengan buku. Patut Mat Som bawak Yam pergi konsert Ramli Sarip tengah dia nyanyi lagu Orang Kota, tapi dalam filem tu pergi konsert Search. Still ohsemperit though. Imuda steady jepakai baju Melayu bawak Tiara pi konsert rock."

Serius?



SUARA Freddie Mercury melagukan Somebody To Love mengambil alih I Want It All yang dinyanyikan kumpulan yang sama. Queen tak berhenti hari ni nampaknya.

"King, is king. Enough said." Nada noktah.

Yani hanya angkat kening sebelah.

"Buku-buku dia sangat wow kut." Husna tambah lagi. "Stephen King tak ada siapa lagi boleh sentuh leveldia."

"The Shawshank Redemption tu epik tahap gaban, okey." Ijat menegakkan telunjuknya ke arah Yani. "The Shining dengan Carrie versi movie yang first tu pun not too bad."

"Tu movie. Ni cakap fasal buku."

"Same difference."

Yani buat muka. "Masih tak suka."



LOVE is All We Need nyanyian Tommy Edwards menggantikan Minnie the Moocher nyanyian Cab Calloway.

"Komik bukan untuk lawak budak-budak atau lawak bodoh semata. Calvin and Hobbes for example is actually a social critique. Rejabhad... dengan siri Periwira Mat Gila dia tu saja dah letak batu aras tinggi untuk industri kartun Malaysia. Jaafar Taib... dengan siri Hang Tuah, siri Sang Kancil segala.... Not to mentionmacam Lat, macam Nan. Dia orang cover isu sosiopolitik, dalam bentuk mudah hadam dan santai. Kadang satira kadang sinis. Tapi tu la gunanya seni."

"Dekat Rune's tak banyak sangat pilihan untuk komik atau novel grafik." Husna memikir. "Mungkin kena explore lagi."

"And don't even get me started on the mangas..." 

Garpu & CamcaWhere stories live. Discover now