YANI capai remote controller. Butang play ditekan. Seketika kemudian guitar riff Barracuda-Heart berdentum daripada speaker.
"Bos, retro hari ni?" Eman yang tengah menyusun gelas menegur.
Yani sengih. Heh. "Tidak disangkal lagi. Retro and beyond. Aku dah letak siap dengan lagu R. Azmi, lagu-lagu Muhammad Rafi dan Kishore Kumar."
"Andres Sisters punya Boogie Woogie Bugle Boy pun aku nampak dalam playlist tu." Ijat buat muka. "Taste kau horror betul."
Yani muka tak berperasaan. "Ada aku kesah?" Dia hanya angkat bahu sambil melangkah ke arah bilik kecilnya. Nak kena telefon supplier fasal barang-barang pastry kitchen yang dah lewat sehari tak sampai-sampai.
"Diktator."
"And proud!" Yani sengih tak pandang belakang menjawab sela Ijat tu. Dia melabuhkan duduk di atas kerusi di belakang meja. Another day, another list of waiting responsibilities. Dan juga sehari lagi mencari possibilities menu yang mungkin untuk dia buatkan budak perempuan Si Daria tu angkat tangan untuk tak lalu makan, atau mengamuk sakan.
Barracuda masih berlagu daripada ruang memasak. Yani mengetuk hujung jemari kiri ke meja sambil jemari kanan melarikan kursor di atas skrin laptop, untuk meneliti to-do list hari ni.
Berjela.
Yani pandang angka digital di bucu kanan skrin yang menunjukkan masa. Baru pukul 10.30 pagi. Masih ada masa sebelum dia kena capai sudip untuk memasak 'menu isolasi' untuk hari ni. Dia capai telefon bimbit. Nama Kak Seha dicari. Jumpa. Butang dail ditekan.
"Assalamualaikum. Ha... Kak Seha? Ni Yani dari Garpu & Camca. Nak tanya fasal supplies yang order hari tu..." Tangan dah mencapai fail senarai inventori.
*
RUANG memasak tu hening. Hanya bunyi jam berdetik di dinding yang menunjukkan hari dah nak menjejak ke pukul tiga petang. Memang antara waktu crowd kurang, sebab lunch hour baru habis. Tapi yang pastinya hening sunyi ruang itu tak ada kena-mengena dengan crowd yang kurang. Tapi kerana SEORANG ahli crowdyang hilang tak nampak bayang.
"Dia tak datang la wei."
"Entah-entah dia kena food-poisoning tak?" Opie dah muka cuak. "Kut sampai kena warded."
Tea towel bergumpal melayang ke arah Opie dengan hipotesis tak berinsurans tu. Nasib baik sempat tepis.
"Tu la, bos." Eman berpaling ke arah Yani. "Buat resipi letak benda bukan-bukan tak pernah dibuat orang. Tak pernah aku jumpa orang letak Ribena dengan lemonade soda dalam marinade-mix dengan gravy."
"Hamparasit, kau." Yani buat muka. "Ada pulaknya tak dibuat orang. Tu resipi turun-temurun famili aku tu. Tak pernah pun orang kena food poisoning makan gravy aku tu dalam sejarah." Tapi sebenarnya cuak jugak. Kut entah betul pulak perut budak perempuan tu sensitif. Parah...
"Buat lawak benda-benda macam tu." Ijat pulak mencelah. "Buatnya budak tu betul sakit perut sampai kena masuk hospital macam Opie kata, mana gaya?"
Muka Yani berubah. Ah... sudah! Betul jugak. Kalau betul-betul budak tu perut dia tak tahan macam mana? Kalau betul-betul dia masuk hospital macam mana? Mau mati aku kena dakwa. Tak pun tak tidur malam sebab rasa bersalah la kut. Tapi memang serius, mana pernah orang sakit perut makan gravy aku tu. Tu bukan resipi eksperimen. Memang resipi keluarga kut!
"Pergi siasat la, weh!" Opie mengusul.
"Nak siasat macam mananya? Kat mana?" Yani buat muka. "Apa kau ingat aku ada salinan kad pengenalan dia ke?"
Opie dan Ijat sama garu kepala. Betul jugak. Eman gosok dagu.
"Dah tu selama ni bos ulam budak tu, sepatah apa benda pun tak tau fasal dia?" Opie pandang Yani.
Yani angkat bahu. "Yang aku tau dia tak kesah la kena bagi makan apa pun." Dia memikir sejenak. "Spesies senang nak bagi makan." Selamba dia menyambung. "Tolak batu dengan kayu je."
"Gila keji kau punya description." Ketawa Ijat pecah. "Dah bunyi budak tu pelahap gaya apa je."
Yani muncung. "Mana... maksud aku dia tu tak fussy la. Senang nak jaga." Dia membela diri. "Tahap sabar dia ada kut ala-ala tinggi Kinabalu."
"Dah tu macam mana ni?" Eman tanya.
"Kalau nak siasat pun, tak tau macam mana." Opie angkat bahu.
"Tunggu budak tu sihat la kut."
"Mulut!" Bulat mata Yani. "Tunggu dia datang balik." Dia membetulkan ayat Ijat tu. Tak ada bukti sahih pun yang kata budak tu sakit. Dan kalau betul budak tu sakit pun, tak ada bukti sahih yang kata dia sakit sebab gravy aku!
Haha. Ketawa pecah terus. Opie, Ijat dan Eman dah gelak sampai pejam mata. Nampak sangat Yani muka cuak tahap tak ingat. Bos tak bos. Ni memang kes lawak.
"Hamparasit berkuasa hampagas la kau orang!" Yani mencerunkan mata. Sakan pulak gelakkan orang. Libas kepala satu-satu dengan kuali Tefal aku kat rumah tu karang baru tau langit tinggi rendah. Ingat kuali tu fungsi dia boleh pakai buat memasak je?

ANDA SEDANG MEMBACA
Garpu & Camca
Fiksi UmumA short one. From the '10' anthology compilation (published November 2016, ISBN 978-967-0851-49-5). Goodreads : https://www.goodreads.com/book/show/32805008-10