(Serius resipi mi kuah paling senang. Foolproof untuk orang-orang malas juga. Macam tauke Garpu & Camca. Haha.)
½ labu bawang putih (ditumbuk)
Cendawan shiitake/inoki (atau mana-mana spesies cendawan yang dirasakan sesuai)
Lada sulah
Daun saderi
Cili merah (jika mahu)
Mee
Air
Stok ayam/udang atau kiub ayam
Ayam/udang/daging/seafood mix/arnab/landak raya/apa-apa yang halal. Potong kecil.
1. Celur mi. Tapis. Letak tepi.
2. Tumis bawang putih hingga kuning dan wangi.
3. Masukkan cendawan. Goreng hingga separuh masak.
4. Masukkan rencah (ayam/udang/daging/seafood mix/arnab/landak raya/apa-apa yang halal). Kacau hingga separuh masak.
5. Masukkan stok/air secukupnya. Biar hingga mendidih
6. Masukkan kiub ayam (jika mahu, atau jika tidak menggunakan stok).
7. Masukkan daun saderi yang telah dipotong.
8. Perisakan dengan lada sulah dan garam.
9. Tambah air jika perlu.
10 Hidang dengan mi yang telah dicelur. Tambah cili hiris/bawang goreng/daun sup daun bawang jika mahu.
YOU ARE READING
Garpu & Camca
פרוזהA short one. From the '10' anthology compilation (published November 2016, ISBN 978-967-0851-49-5). Goodreads : https://www.goodreads.com/book/show/32805008-10