"BOS!!!"
Yani berpaling ke arah pintu.
Ijat angkat kening double-jerk. "She's back."
"Hohoho!" Gelak gaya penunggu gua.
"Nak masak apa?"
"Surprise."
*
MATA tak beralih daripada hidangan di meja. Gadis bertudung hitam berbunga putih tu sedikit mencondongkan kepalanya ke kiri. Kemudian ke kanan. Kemudian kepala ditegakkan semula. Ibu jari dan telunjuk kanan dibawa ke dagu di bawah sedar. Meneliti isi mangkuk dan pinggan yang terhidang di atas meja di depannya.
Ini sah percubaan yang agak over the top di situ.
Dah orang nak bagi makan. Baham je la.
Mangkuk tempura udon yang berasap nipis tu ditarik ke arahnya. Husna angkat tangan baca doa makan. Tangan kanan kemudian capai chopsticks yang disediakan. Terung tempura dicelup ke dalam kuah broth. Perlahan-lahan dibawa ke mulut.
Sedap. Dia mengangguk sendiri.
Mana pernah pun apa-apa yang dia makan kat Garpu & Camca ni tak sedap, kan? Terung tempura dibawa ke mulut untuk suapan kedua.
*
IJAT peluk tubuh, tak puas hati.
"Buruk aih kau buat muka gitu." Yani sengih.
"Ini sungguh tidak adil." Makin kelat muka Ijat. "Aku pun nak jugak tempura udon!"
Haha. Yani gelak terus. "Tempura bawah tudung saji." Dia mengisyaratkan kepala ke arah kaunter di belakangnya. "Broth atas dapur."
*
HUSNA menghirup perlahan kuah sup udon di dalam sudu. Matanya sambil lalu meniti senarai makanan di dalam booklet menu yang terbuka di depannya. Memang tak ada tempura udon dalam tu walaupun dia dah selak dan semak lebih sepuluh kali dari depan ke belakang, dari belakang ke depan.
"Lama tak nampak, cik. Pergi mana?" Teringat pada abang tukang ambil order tu yang tadi menegur dengan senyum ramah masa nak mengambil pesanan. Tapi senyum tu gaya semacam je. Tak tau nak letak tafsir sebagai label apa.
Dia jawab pendek je pada soalan random yang entah datang dari mana tu.
"Oh... ingatkan masuk hospital." Husna dengar abang ambil order tu gumam sorang-sorang dengan muka semacam macam tahan gelak apabila mendengar jawapannya. Tapi sebab tak terasa dia faham apa lawaknya maka dia pun buat tak dengar je.
Mata Husna kembali meneliti booklet menu yang berlaminate tu. Dia suka makan sini sebab menu makanan pelbagai. Ada Melayu, ada Western, ada fusion. Dan bakery dia pun banyak pilihan untuk dibungkus bawa balik kalau teringin. Harga tak terlalu over the top. Masakan sedap. Dan yang paling penting, dekat!
Tapi sekarang tengah susah hati walaupun tak dicerminkan di muka. Tempura udon ni harganya berapa? Namun udang tempura tetap dicapai juga.
*
"NOT even flustered." Ijat mengangguk sungguh-sungguh sambil membaham tempura udon mengalahkan orang tak makan dua hari. "Even more Daria than the real Daria."
"Dia hilang tak datang tu fasal apa?" Yani dah duduk bertopang dagu menghadap Ijat yang tengah makan.
"Oi!!! Tunggu tunggu! Nak dengar jugak!" Eman bergegas datang ke arah kaunter tempat Ijat makan tu dari stesen airnya.
Opie yang baru habis plating char kuey teow, dalam satu fluid motion meletakkan order pada arch-windowmenghala ke ruang kafe dan terus tekan loceng memanggil floor staff untuk ambil hidangan yang dah siap tu. Dengan sudip masih di tangan dia terus menebeng sebelah Ijat. "Biar aku teka dulu. Dia masuk hospital?" tekanya sambil gelak jahat pandang Yani.
"Kau nak kena seligi?" Cerun mata Yani pandang Opie.
Opie gelak je. "Ala bos... at least kita tau dia survive makan gravy tu."
"Dia pergi interviu kerja?" Eman pulak buat telahan.
Ijat aman je terus sambung makan tempura udon tanpa jawab apa-apa.
"Ijat, aku tarik tempura tu karang." Yani ugut. Boleh dia nak buat gaya cliffhanger pulak. Ini bukannya episod season finale NCIS!
"Dia...." Ijat hirup sup kuah udon perlahan-lahan. Menikmati sungguh. Yani rasa dah nak telangkupkan jemangkuk tu atas kepala manager Garpu & Camca yang tak makan saman ni.
" ...sakit perut." Opie sambung.
"Hoi!" Yani sergah.
Sekali lagi gelak Opie pecah. Eman dan Ijat pun tumpang sekaki.
"Dia balik kampung." Ijat menghabiskan jawapannya sambil capai udang tempura dengan chopsticknya. "The end."
"Ceh." Opie dan Eman sama buat muka. "Antiklimaks betul. Dramatik je lebih."
Yang pasti, Yani muka lega.
*
"YANG ni... saya tak sure nak bayar berapa." Gadis tu pandang Ijat. "Tak ada dalam menu."
"It's on the house." Ijat senyum sambil pandang pintu menghala ke dapur.
Husna terdiam. Uh...
YOU ARE READING
Garpu & Camca
General FictionA short one. From the '10' anthology compilation (published November 2016, ISBN 978-967-0851-49-5). Goodreads : https://www.goodreads.com/book/show/32805008-10