"WEH."
"Hmm." Yani tak alih mata daripada Hadji Murat.
"Aku lapar."
"Dah tu?" Mata Yani masih tak beralih. Tolstoy sedang bercerita padanya tentang sesalan ayah kepada Petrukha; si anak muda yang jadi korban berlaganya antara Rusia dan Chechnya.
Ijat cebik. "Sanggup kau lebihkan Hadji Murat tu daripada aku."
Yani ketawa terus. Dia angkat muka. "Kacau la, kau!"
Ijat muka tak bersalah. "Kau dah baca buku tu lebih sepuluh kali."
Yani pulak cebik. "Maka?"
"Mihun tomyam, bos?" Ijat buat muka kesian dari posisinya yang tergedang menghadap Howl's Moving Castle di skrin TV.
"Mengada aih. Dan-dan panggil aku bos." Yani capai poskad Penn State yang jadi penanda buku tu. Diletakkan untuk menandakan bacaan yang terhenti.
Haha. Meriah Ijat gelak.
"Mihun tomyam versi malas je." Yani mengalah. Sebab perut sendiri pun lapar. Dia bangun menuju ke dapur.
"On." Ijat sengih lebar.
"Kau siang, aku campak."
Ijat bangun sambil capai remote controller. Butang pause ditekan. Menghentikan dialog antara Sophie dan Suliman tentang Howl. Dia kemudian melangkah ke arah peti ais di dapur. Sambil lalu dia capai tapis keluli dari draining board di singki. Pintu peti ais dibuka. Laci fresh produce ditarik. Dulang-dulang polistirenaberbalut plastik selofan berisi cendawan inoki, putik jagung, snow peas, cili merah, lada Benggala, lobak dan bunga kubis dikeluarkan, diletak dalam tapis.
Yani letak deep wok atas tungku dapur. Minyak dituang sikit. Api dihidupkan. "Keluarkan balang pes tomyam tu sekali."
Ijat hulur dengan tangan kanan. Tangan kiri sarat dengan tapis sayur. Balang kaca tu bertukar tangan.
Yani capai sudip. Pes dituang dengan sukatan agak-agak masuk ke dalam kuali. Berdesir bunyinya bertemu minyak panas.
Ijat meletakkan tapis sayur ke dalam singki. Paip air dibuka. Kemudian dia buka pintu peti ais. Salah satu bekas plastik berisi isi ayam yang dah didadu dan dinyahbeku dibawa keluar. Rumah ni isi dapurnya memang hampir semua dah sedia untuk dimasak. Memang lekat ajaran Mak Cik Za dalam bab tu. Bekas ayam tu bertukar tangan. Yani tuangkan isinya ke dalam kuali. Bekas kosong tu dicampak masuk singki.
Yani pandang jam di dinding sekilas. Hampir nak 6.30 petang. Tak apa la. Kira early dinner. Esok memang nak kena gerak awal pun ke kedai. Day-off untuk Garpu & Camca hanya hari Jumaat. Enam hari yang lain jalan all-out dari pukul 10. 30 pagi sampai 10. 30 malam.
Memang perancangan yang sangat bagus untuk pastikan masa sentiasa penuh dengan macam-macam benda yang nak kena dibuat.
"La la laaa la laa... this is my stuff... got to get off... I might go pop... excuse me... excuse me...." Suara sumbang Ijat yang menyanyi sambil basuh sayur tu buatkan keningnya terangkat sebelah. Bukan kerana sumbangnya, sebab memang sejak dua dekad lepas dia memang maklum akan hakikat hakiki yang suara Ijat tu memang sumbang. Tapi keningnya terangkat kerana lagu pilihan Ijat tu.
"Itu namanya tak subtle langsung." Yani menggumam rendah sambil capai paket mihun dari dalam almari tepi peti ais. Tu lagu tema siri kartun Daria.
Ijat gelak je sambil mengambil bunga kubis yang dah dibasuh. Pisau di tangan kanannya laju memotong. "Excuse me... excuse me...." Saja dia mengulang lirik yang hujung tu.
"Dah la tu. Berdarah telinga aku." Yani rendam mihun dalam besen keluli. Kemudian kembali ke kuali di atas dapur. Ayam dah nak separuh masak.
"Aku Team Daria..." Ijat pause. "...dan order mihun tomyam dia." Sengih keji.
"Aku tengah ada kuali isi menggelegak ni." Datar suara Yani kacau isi kuali dengan sudip.
"Aku tengah pegang pisau." Selamba jawapan Ijat.
Stalemate.
Yani capai jag plastik berisi air masak. Dituang ke dalam kuali yang bahan tumisnya dah pecah minyak. Dalam bayang kuah tomyam tu rasa boleh nampak je balik replay pada babak dengan Si Daria dan mihun tomyam dia hari tu. Budak tu memang Daria sungguh! Tak ada emosi! Boleh dia bagi cold dismissal je kat aku. Nak diakui atau tak... memang dalam diri ni ada tercalar la jugak dibuatnya.
"Nah." Ijat hulur tapis yang berisi sayur yang dah dipotong.
Yani capai dengan fikiran masih menerawang.
"Aku rasa nak pergi berkenalan la dengan dia." Ijat saja menggiat sambil dia basuh pisau dan papan pemotong. "Nanti aku nak pinjam buku-buku kau tu, nak studi buat bahan."
"Mengada!"
"Third. Degree. Burn." Ijat ucap sepatah-sepatah. "The mighty has fallen." Dia letak pisau dan papan pemotong di atas draining board sebelum keringkan tangan pada tea towel yang tergantung. "Dalam mimpi pun aku tak pernah terlintas nak jadi saksi kejadian babak epik gitu."
Yani masih tak menjawab. Teringat balik apabila dia terkulat-kulat depan Si Daria apabila budak tu menjawab provokasinya dengan hanya 'saya nak order mihun tomyam' yang tak bernada. Sudahnya dia yang terus bangun sendiri blah masuk dapur dan tak keluar-keluar dah.
"Epik." Ijat mengulang sekali lagi. Saja.
Yani terus campak cendawan inoki masuk kuali. "It is now personal."
YOU ARE READING
Garpu & Camca
Ficção GeralA short one. From the '10' anthology compilation (published November 2016, ISBN 978-967-0851-49-5). Goodreads : https://www.goodreads.com/book/show/32805008-10