INI ialah sesuatu yang macam makin jadi selalu je kejadiannya. Dahi Husna berkerut. Betul la, memang patut berkenal-kenalan dan berbaik-baik sesama jiran... tapi ni dah macam lain je rasa.
"Uh... er..." Yani garu belakang kepala. "Join... me?" Dia menunjukkan ibu jari ke arah pintu masuk Garpu & Camca. Suara Stevie Wonder menyanyikan Superstition sayup-sayup kedengaran dari dalam.
Kening Husna terangkat tinggi.
"Uh... makan?" Yani garu belakang kepala lagi.
Husna masih merenungnya dengan kening terangkat.
"Err... apa kata hari ni kita buat Garpu & Camca-Rune's Regatta Joint Lunch. Late lunch. Whatever." Yani sengih teragak-agak. "On me, of course."
"Bos!" satu suara melaung.
Yani dan Husna serentak berpaling ke arah pintu. Kepala Ijat terjengul keluar.
"Bilanya boleh makan ni?" Ijat buat muka. Kemudian baru perasan yang Husna pun ada kat situ. "Cik adik manis..." dia menegur dengan sengih lebar. Dah bunyi gaya pak cik Benggali jual karpet.
Muka Husna macam orang tertelan limau purut.
Yani rasa nak baling Ijat dengan tong gas. Jangan buat gaya menakutkan orang boleh tak?
Haha. Ijat gelak meriah tengok reaksi Yani dan Husna. Muka transparent macam cling wrap.
"Orang kat dalam tu dah lapar dah tu." Ijat mengulang. Dah tak gaya pak cik Benggali jual kain. "Makan, jom."
Yani dan Husna masih tak bergerak.
"Opie dah pergi panggil kawan-kawan Cik Husna." Ijat menuturkan pada Husna. "Dia orang dah ada kat dalam, masuk ikut pintu belakang. Tengah tunggu big boss berdua je ni." Dia memeluk tubuh. "Bilanya boleh kami nak makan ni?"
Pandai kau fikir, Ijat. Yani memuji dalam hati.
Hoh? Mana aci main perangkap orang Rune's tanpa bagi tau aku dulu? Husna merungut dalam hati.
"Cik Husna?" Ijat memeluk tubuh dengan kening terangkat sebelah. Dia mengisyaratkan kepala ke arah pintu dapur.
Husna angguk kecil dengan muka tak beriak. "Husna." Dia membetulkan sepatah sebelum melangkah ke arah Ijat di pintu dapur.
Ijat sengih. "Husna."
Yani yang ditinggalkan Husna di belakang muka kelat.
Sengih Ijat makin lebar apabila matanya beralih ke wajah Yani.
Yani rasa nak baling Ijat dengan tong gas. Tak, bukan tong gas. Tong gas dengan dapur gas sekali. Hamparasit! Kacau daun!
"SEBENARNYA dulu kedai ni bakery je." Yani menolak sedikit platter berisi udang celup tepung agar lebih hampir ke hadapan Husna. "Bukak bahagian yang jadi kafe ni pun baru je lagi."
"Oh." Husna hanya mengangguk.
"Terima kasih." Yani memutar sudu di tangan.
Husna muka kelam. Tak pasti entah datang dari mana ucapan tu.
"Sebab..." terkial-kial pulak nak menyusun ayat.
"...sebab tolong bagi tenang orang kecamuk perasaan tu..." suara Ijat mencelah memotong dulu.
Yani jegil mata ke arah Ijat. Muka Ijat langsung tak ada bayang bersalah. "...sebab... masa kat hospital hari tu..." Yani sambung balik ayatnya yang terhenti dipancung tadi.
YOU ARE READING
Garpu & Camca
General FictionA short one. From the '10' anthology compilation (published November 2016, ISBN 978-967-0851-49-5). Goodreads : https://www.goodreads.com/book/show/32805008-10